Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

VIRGIN

Nur_Natasha_6151
--
chs / week
--
NOT RATINGS
28.2k
Views
Synopsis
Kecantikan ialah anugerah Tuhan. Namun, kecantikan Ian seakan sumpahan derita untuknya apabila menjadi mangsa kerakusan nafsu si abang tiri Iskandar. Ian mahu lari! Namun, di mana dia boleh berlindung sedangkan rumah yang sepatutnya menjadi tempat yang paling selamat untuknya sudah menjadi neraka. Mampukah dia larikan diri daripada terus menjadi mangsa lelaki berTuhan nafsu Iskandar?
VIEW MORE

Chapter 1 - BAB 1 (Part 1)

Rumah teres satu tingkat itu gamat dengan jeritan dan bunyi kaca pecah. Pasangan yang tinggal di situ sedang bergaduh besar. Di dalam bilik utama, ada anak kecil berusia sebelas tahun sedang menangis teresak-esak sambil menutup telinga.

"Mak! Ayah! Tolong jangan bergaduh lagi! Tolonglah jangan bergaduh lagi!" rintih si anak berkali-kali namun suara kecilnya tenggelam di sebalik dua suara tinggi. Satu suara garau lelaki dan satu lagi suara nyaring seorang wanita.

"Awak tak pernah nak hargai apa yang saya buat untuk awak! Yang awak nampak semua kesalahan saya aja! Saya korbankan masa muda saya untuk bersama awak walaupun awak tak berduit! Saya menyesal tak dengar cakap mak saya dulu! Ternyata Hashim lebih baik!" jerit Darlina.

"Ha…Menyesal? Sebab kau menyesal kahwin dengan orang tak berduit macam aku, kau pergi layan jantan tak guna tu?" tingkah Ismail. "Patutlah bila aku nak sentuh kau, kau tolak tangan aku dengan alasan kau penat, hmm?" perlinya lagi.

"Memang! Memang itu yang saya buat! Saya dah tawar nak bersama awak lagi. Sekarang, awak dah dengar pengakuan saya kan, awak lepaskanlah saya! Kalau awak tak nak dipanggil dayus, biarkan saya pergi! Tak guna simpan bini curang macam saya ni!" cabar Darlina.

"Baik! Kalau itu yang kau mahukan! Aku akan bagi kau di sini juga! Darlina Abdullah, aku ceraikan kau dengan talak satu! Kau berhambus dari rumah aku! Aku tak nak tengok muka tak tahu malu kau kat rumah ni lagi! Aku haramkan kau jejak rumah ni walaupun untuk berjumpa Ian!" Turun naik nafas Ismail. Dia sudah melafazkan talak pada isteri yang sudah dua belas tahun dikahwini. Egonya dicabar wanita jalang itu. Lebih menyakitkan, dia dibandingkan dengan Hashim, kekasih lama Darlina. Tak guna menyimpan wanita begitu sebagai isteri. Gelaran dayus sangat menakutkan bagi seorang lelaki.

Darlina senyum puas. Dia sudah mendapat talak yang dimahukan. Selepas ini, dia bebas untuk bersama dengan Hashim, lelaki kaya berharta yang menjanjikan kesenangan dan kebahagiaan berbanding lelaki sengkek seperti Ismail. Sudah dua belas tahun kahwin, tak pernah dia rasa bersandar dalam sebuah kereta. Rumah pun muat-muat untuk tiga orang sahaja. Itupun, sewanya selalu tertunggak. Bil-bil juga tertunggak. Menanti masa untuk dipotong. Dia benci hidup kesempitan begitu. Tiada sekelumit pun rasa gembira.

Darlina mencapai tas tangan yang ada di atas sofa sebelum berjalan angkuh melepasi Ismail. Saat ini juga dia akan keluar. Dia tak perlu bawa apa-apa. Semua dokumen penting sudah ada dalam tas tangan itu. Baju? Huh, tak perlu kot bawa baju yang selayaknya digelar kain buruk. Hashim menjanjikan pakaian dari apa jenis kain yang cukup selesa asalkan wanita bermata galak itu datang ke pangkuannya.

Anak kecil yang berada dalam bilik tersedu-sedan. Dia lepaskan kedua belah tangan daripada menutup telinga apabila suara bingit pergaduhan tadi sudah tiada lagi. Dia ingin menjengah keluar. Mungkinkah mak dan ayah sudah berbaik semula? Dia lap air mata dengan rakus. Ingin segera berjumpa mak yang sudah dua hari tidak ditatap wajahnya.

Sebaik dia pulas tombol pintu dan menjengah keluar, dia lihat kelibat mak yang berblouse kuning keluar dari pintu. Pintu itu ditutup kasar.

"Mak! Mak nak pergi mana, mak? Jangan tinggalkan Ian mak!" Menangis-nangis dia cuba mendapatkan tubuh mak yang semakin hilang apabila daun pintu tertutup.

Melihat anak perempuan yang berlari cuba mendapatkan bekas isteri, Ismail seraya menghalang dengan memeluk tubuh anaknya itu.

"Jangan! Jangan ikut mak! Mak bukan mak yang baik untuk Ian!"

"Ayah! Ayah jangan biar mak pergi ayah! Ian rindu mak! Ayah halanglah mak! Mak kat depan sana tu!" rintih si anak.

"Mulai hari ni, mak dah tak ada dalam hidup kita berdua. Ayah cuma ada Ian, Ian cuma ada ayah! Tak apa, kita boleh gembira tanpa mak!" pujuk Ismail mengemaskan pelukan menghalang anak yang meronta-ronta ingin pergi mengejar Darlina yang sudah keluar dari pagar rumah teres.

"Kenapa kita tak boleh bahagia dengan mak? Ian nak mak! Ian nak jumpa mak! Nak peluk mak! Nak cium mak! Ian rindu mak!"

"Mak tak sayang Ian lagi! Kalau dia sayang, dia tak akan tinggalkan Ian dan lari ikut jantan tak guna tu!" tegas ayah. Tinggi suaranya memarahi Ian. Mencerlung mata ayah memandang mata basah Ian.

Ian tersedu-sedu. "Mak tak sayang Ian lagi?"

"Bila orang dah tak sayang kita, kita tak boleh hidup dengan dia dalam satu rumah lgi. Kalau kita hidup dengan dia, inilah yang jadi!" Badan Ian dipusingkan untuk melihat keadaan rumah. Semuanya bersepah. Bingkai-bingkai gambar pecah. Majalah bersepah. Piala-piala, cenderahati dari sekolah Ian berterabur di atas lantai. Yang buat Ian termanggu, bingkai gambar mak yang sedang memangku Ian ketika bayi turut pecah. Seakan memori itu sudah tiada ertinya lagi.

"Mak!!!" jerit Ian berharap jeritannya akan kembalikan mak ke sisi.