Chereads / Beautiful You [Malay] / Chapter 3 - Chapter 3

Chapter 3 - Chapter 3

"Love is so beautiful. Like the falling snowflakes during winter or dead mapple leaves during autumn. Either blossoming flowers during spring or sun blazes during summer. But once we waste on it, they're all gone with the wind blows."

****

Hanna fikirkan Fariz membawanya ke sebuah restoran atau kedai makan. Tapi sangkaannya meleset bila keretanya berhenti di perkarangan rumah agam milik Fariz. Hajat apa tiba-tiba membawa dia ke rumahnya malam-malam begini

sedangkan esok hari bekerja. 

Dia perasan ada tiga buah kereta terparkir di halaman rumah dua tingkat itu. Pasti ada tetamu lain yang bertandang ke rumah. Harapnya Hanna sudah mengenali mereka. Kalau tak, pasti dia agak kekok.

"Kenapa tak bagitau yang you nak bawak I jumpa keluarga you?" Meski Hanna sudah kenal benar dengan keluarga Fariz, tapi sebaiknya bagitau la dulu. Dia tak suka dengan benda mengejut macam ni. Nak-nak dia baru balik dari kerja. Dengan tak mandinya. Dengan bau masamnya. Baju pun tak berganti.

Cermin yang terselindung pada bahagian atas tempat duduknya ditarik. Wajahnya yang nampak kusam dan berminyak dilap terlebih dahulu dengan tisu basah sebelum sedikit foundation Sephora dioleskan ke serata permukaan kulit. Tak terkecuali juga Lip Matte Maybelline dikenakan pada ulas bibir. Hanna mengemamkan bibirnya seraya memperbetulkan rambutnya yang agak serabai.

"You tak make up pun dah cantik." Puji Fariz.

Pujian Fariz langsung tidak membuatnya rasa gembira malah agak menyebalkan. Cubalah bagitau awal-awal. Tak adalah dia kelam-kabut membetulkan penampilannya.

Langkah diatur perlahan menuju ke pintu rumah yang sudah terkuak sedikit. Sempat Hanna mengintai sedikit dari celah-celah ruang pintu. Wedges Jimmy Choo dicabut lalu disusun elok di beranda rumah. Ucapan salam diberikan.

Suasana riuh-rendah di ruang tamu dengan perbualan rancak mereka terhenti. Serentak mereka menjawab salam sambil tertinjau gerangan yang datang bertamu.

Satu-persatu Hanna memerhatikan wajah-wajah di hadapannya. Sah. Semuanya wajah-wajah baru dalam memori Hanna. Seingatnya tak pernah langsung dia bersua muka dengan saudara-mara Fariz yang ini.

Kedatangan Hanna disapa mesra oleh mereka. Kelibat ibunya Fariz, Puan Serina tidak pula muncul. Cuma ayah Fariz, Haji Halim saja di ruang tamu.

"Oh ini ke tunang kamu Fariz?" Tegur seorang wanita yang agak sebaya Puan Serina.

Hanna sekadar mengangguk tanpa sebarang bicara. Tangan tua yang sudah berkedut halus itu dikucup. Tersenyum dia tanda menyenangi dengan tingkah laku sopan yang dipamerkan Hanna.

"Haah mak long. Hanna Ayesha namanya." Fariz memperkenalkan Hanna kepada mak longnya.

"Woah. Cantiknya bakal isteri kamu ni Fariz." Pujian tipikal mak-mak saudara Fariz terhadap dirinya. Hanna buat-buat tersipu malu.

"I heard your ACCA papers ranked Top Ten in the world. World Prize Winner, something like that?" Hanna mencari si empunya suara yang tiba-tiba saja bertanyakan latar pendidikannya.

"Yes, Adam. She's appeared a lot in newspapers because of her achievement. On magazines too. Such a beauty with brain." Belum sempat Hanna menjawab, seorang wanita tinggi lampai berambut separa bahu laju menutur kata.

Boleh kembang semangkuk macam ni Hanna dibuatnya sebab tak putus-putus mereka memberikan pujian. Tapi, Hanna macam kenal dengan perempuan itu? Takkanlah itu Dania Imelda?

"Hebatlah Fariz kau boleh dapatkan perempuan macam ni. Because I thought the history that I've learnt told you're a loser." Dengan selambanya Adam berkata sedemikian. Kakinya disilangkan atas sofa. Lagaknya tampak sombong.

"Well, the history has changed. Kau pun apa kurangnya. Ada Dania Imelda. A famous model? I bet we have a different standard in women."

Mendengarkan perbualan sarkastik mereka, Hanna menghidu apa yang tidak kena. Nampak sangat yang hubungan mereka langsung tak baik. Tapi, apa bendalah membandingkan antara dirinya dan kekasih sepupunya?

"Ermm apa-apalah korang berdua ni. Dah besar panjang pun semua nak dijadikan competition." Mak long menegur mereka. Dari kecil sampai ke besar, Adam dan Fariz tak pernah sebulu.

"But, congrates. Bulan depan Fariz dan cik Hanna ni bernikah. Aku tumpang gembira." Adam memegang sekeping kad undangan perkahwinan berwarna putih. Tertulis di situ nama Fariz & Hanna.

Hanna hampir terlopong. Sejak bila mereka berdua dah bersetuju untuk bernikah bulan depan? Bukankah lagi tiga bulan? Lagipun, fitting baju pengantin hari itu pun terbengkalai? Persiapan semua lagi? Mereka pun tak lagi memilih tarikh yang tepat untuk bernikah. Kenapa Fariz sewenangnya merancang segala di luar pengetahuannya?

"Thank you." Hanna buat-buat tahu. Air mukanya yang hampir marah cuba disembunyikan.

"You sejak bila kita nak nikah next month?"

Bisik Hanna perlahan takut kalau mereka terdengar.

"Surprise." Fariz berbisik semula ke cuping telinga Hanna.

"Dah jom makan." Puan Serina mengajak mereka menjamu selera di meja makan.

Hanna masih tak dapat terima hakikat yang Fariz membelakangkan dirinya daripada membuat keputusan bersama. Inikah yang dikatakan 'surprise'? Wah!

Melihatkan lauk-pauk yang terhidang, selera Hanna mati. Masih geram soal tadi. Makanan yang depan mata semuanya pedas-pedas belaka. Fariz sendiri tahu yang Hanna langsung tak tahan pedas. Tapi bila Hanna cuba mengadu dengan Fariz, Fariz suruh dia jamah juga bagi menjaga air muka ibunya. Alasan sebab Puan Serina sudah penat-penat masak. Berulang kali dia makan disulami dengan meneguk air jus oren. Mujur aje penuh ais.

"So, betul la lepas kahwin nanti, Hanna jadi suri rumah?"

Hampir tersedak Hanna meneguk jus oren dengan soalan yang diajukan oleh mak long Fariz. Nasib tak tersembur di meja makan.

Kejutan apa lagi yang kau cuba tunjukkan?

"Uh.." Belum lagi Hanna cakap apa-apa, Fariz sudah memotong.

"Ha'ah mak long. Lepas ni, Hanna akan jadi isteri yang terbaik untuk Fariz. Suri rumah sepenuh masa." Fariz memberi isyarat menyuruhnya supaya mengiyakan apa yang dia cakap. Di khalayak saudara Fariz dan yang lebih penting di hadapan ibu bapa Fariz, takkan Hanna mahu menidakkan? Takkan Hanna nak malukan diri sendiri? Dalam keterpaksaan, Hanna mengangguk juga.

"Tak apa pun jadi suri rumah. Mak long pun dulu belajar tinggi tapi kerja sekejap je. Asyik busy je dengan kerja sampai anak-anak mak long terabai. Dahlah masih kecil lagi. Masa mak long untuk keluarga itu macam singkat sangat. Kadang hari sabtu pun mak long kena datang kerja. Lama-lama dengan rela hati, mak long letak jawatan dan jadi suri rumah sepenuh masa. Seronok lihat anak membesar depan mata dengan hasil didikan kita sendiri." Mak Long Fariz membuka cerita lama.

"Tak semua perempuan memilih untuk jadi suri rumah. Kalau suami mampu tanggung, tak apalah. Kalau pendapatan suami seciput takkan suruh isteri dia berhenti kerja kan? Zaman sekarang ini ekonomi tak stabil. Ramai isteri bekerja nak tampung kos sara hidup yang tinggi. Kalau jadi apa-apa, isteri adalah simpanan sikit. Either being a housewife or having a career for woman is a choice. Dua-dua sama pentingnya dalam institusi kekeluargaan."

Hanna mengeluarkan pendapatnya. Hatinya makin membengkak dengan Fariz. Sejak bila pula dia nak berhenti kerja lepas berkahwin? Dia sayangkan karier dia. Tak pernah pun dia memandang rendah dengan wanita tak berkerjaya tapi takkan dia nak jadi suri rumah sebab terpaksa? No. Susah payah dia sampai ke tahap ini.

"Hanna jangan risau. Sebab pendapatan Fariz dah cukup untuk tampung korang berdua." Mak Long Fariz meyakinkan Hanna.

Ini bukan masalah cukup ke tak cukup ye. Ini masalah kena ikut telunjuk Fariz tanpa rela.

"Well, Farah pun pilih untuk jadi suri rumah sebab nak jaga dua orang anak kembar ni. Masa dia kerja dulu, kami hantarlah anak-anak kami pergi nursery. Dalam seminggu tu saya perasan yang budak-budak kembar ni kena dera. Lebam-lebam kat badan dorang. Tak nak percayakan nursery lagi dah. So Farah decided to resign and raise our kids at home. Takut kalau hantar ke nursery yang lain, benda yang sama berulang lagi. Kita orang tak mahu ambil risiko." Kali ini Azhar, abangnya Adam pula berkongsi cerita.

Hanna mahu membalas lagi tapi dia membatalkan saja niatnya. Nak aje dia cakap kenapa nak samakan keadaan mereka dengan Hanna? Itu mereka. Hanna lain.

Usai sesi makan, Hanna bersalaman dengan mereka semua. Jam yang melingkari pergelangan tangan dijeling. Sudah 11 malam.

Sempat bakal mertuanya mengajak untuk datang lagi ke rumah mereka. Kalau boleh datang dengan keluarga Hanna sekali. Tapi sesungguhnya itu sangat mustahil. Ibu dan ayah Hanna sudah ada keluarga sendiri semenjak mereka berpisah. Mereka pun tidak sehaluan. Jumpa sekejap pun asyik bercakaran.

Fariz menghantarnya pulang. Sepanjang perjalanan Hanna mendiamkan diri. Mencari waktu yang sesuai untuk menyatakan rasa hati. Kalau dia menghamburkan kemarahan ketika memandu, nanti lain pula yang jadi.  Setiba di hadapan rumah sewa Hanna, Hanna tidak mahu lagi keluar.

"Bagi I sebab kenapa you buat macam tu." Ujar Hanna dengan bengang.

"Because I love you so much." Sebaris ayat yang dituturkan oleh Fariz membuatkan Hanna mencebik. Rasanya baru dua minggu lepas Hanna luahkan ketidakpuasan hatinya. Berharap yang Fariz akan faham. Namun, rupanya tak.

"Arrange the date of our marriage without any discussion. Told me to be a housewife after we are married? What kind of love do you want to prove, Fariz Haikal?!" Hanna meledak marah.

"I tahu apa yang berlaku kat you masa kat tempat kerja. I tak nak benda tu jadi kat you lagi. Pasal tarikh pernikahan, I dah bagitau kat parents you. Ayah you pun setuju. Apa yang I buat sebab I nak yang terbaik untuk you. I nak jaga you secepatnya."

"Stop controlling my life." Bait perkataan itu terluah dek inginkan pengertian daripada kekasih hati. Satu persatu tindak tanduk Fariz terlakar pada layar fikiran. Setiap perbuatan yang menunjukkan bahawa Fariz sangat mengongkong hidup Hanna. Dan tiap kali itu, Hanna menelan semua natijahnya. Baru dia terfikir kenapa dia yang harus minta maaf untuk setiap kesalahan yang Fariz dah buat?

"This is for your good sake!"

Hanna menarik nafas panjang.

"Five years already passed and you still don't understand me. Tiap kali I keluar you suruh I bagitau dengan siapa, kat mana. I turutkan permintaan you tanpa cakap apa-apa. Bila ada lelaki yang cuba mendekati I, you tak tanya I apa-apa. You terus serang lelaki-lelaki macam dorang lah berniat nak rampas I dari you. And you tak bagi I mesej dengan mana-mana lelaki sebab takut sangat ke dorang nak mengurat I? Sedangkan untuk kerja, takkan I tak boleh bergaul langsung dengan lelaki lain? Dan sekarang, you tentukan bila kita kahwin macam you yang sorang je akan duduk kat atas pelamin. Jadi housewife? I would never sacrifice my career without any concrete reasons." Puas hati Hanna dapat menghamburkan isi hatinya.

"Hanna, I thought you're okay with that." Fariz meraup wajahnya.

"Ask yourself whether I am a human or a puppet, Fariz. If I am a human, you would never treat me like this."

Hanna membuka pintu kereta dan menghempasnya kasar. Kali ini hatinya betul-betul tak dapat terima apa yang Fariz dah buat. Tak tahu sama ada dia boleh maafkan Fariz atau tak. Kerana dia rasakan kesabarannya dah sampai ke penghujung. Kemaafannya sudah tiada. Kata-kata Stephy terngiang-ngiang dalam benak.

'You bahagia tak?'

****

"Please reconcile Other Payables, Other Receivables, Trade Payables, Trade Receivables, do bank reconcilition, and please make sure all the items for assets and liabilities are correct. And make sure debit balance only existed for assets meanwhile credit balance only existed for liabities. Kalau benda senang ni pun you tak mampu buat, silakan angkat kaki dari Team General Ledger ni. Malam ini, jangan lupa, meeting dengan auditor. Tempatnya I akan bagitau nanti."

Encik Farid sengaja mahu membunuhnya. Hanna tahu soal itu. Sebelum kes Daniel, tak pernah pula dia berikan kerja yang melambak kepada Hanna.

This workload is too much to handle.

Hanna mengurut pelipis kelopak matanya. Satu-satu masalah dalam hidupnya timbul. Soal Fariz, dia terfikir banyak kali sama ada untuk meneruskan perkahwinan atau pun tidak. Walau pun dia membentak keras dengan keputusan Fariz, hatinya masih ada rasa cinta. Kendatipun dia sendiri tak pasti sampai bila perasaan itu akan ada.

Pening!

Buk! Timbunan Official Receipts (OR) diletakkan di atas meja yang seakan tiada lagi ruang untuk dokumen yang lain.

"Key in semua Official Receipts ni." Arah Batrisya dengan lagak seperti seorang bos.

Hanna buat tidak tahu sebab itu bukan kerjanya. Apa yang bos suruh saja yang dia akan buat. Orang lain di situ bukan bos dia. Jadi, dia takkan tunduk.

"Pekak ke? Budak ACCA memang pekak ke?" Batrisya mengetuk mejanya dengan pembaris panjang. Hanna masih buat tak endah.

"Mentang-mentang ada professional paper, biadap ye kau, Hanna."

Hanna menelengkan kepala. Kenapalah dia dikurniakan rakan sekerja yang tidak menyenangkan seperti Batrisya?

"Suruh la Account Assistant awak tu buat kerja tu. Lagi pun, tengok budak Sarah tu, hari-hari saya tengok asyik make up je kerja. Mungkin kalau awak bagi dia buat kerja ni, hilang sikit bebanan." Hanna menuding jari ke arah Sarah yang sedang sibuk melentikkan bulu matanya. Kadang-kadang Hanna perhati separuh harinya dihabiskan dengan bermake up. Tak nampak kerja apa yang dia buat.

"Tak boleh. Dia ada kerja lain. Aku tak kira, aku nak kau siapkan key in Official Receipts ni hari ni juga. Kau baru masuk team ni tapi tak payah nak tunjuk lemak pulak." Batrisya berdalih.

"Okey-okey, saya key in. Rilekslah sis jangan marah-marah." Hanna menarik timbunan Official Receipts ke hadapan PC.

"Ha, kan bagus. Kan senang kalau kau ikut cakap aku." Batrisya kembali ke tempat asalnya. Dia tertawa sendiri. Budak baru itu bajet. Mentang-mentang boleh buat kerja high level, sudah berlagak. Saja la tu nak ampu bos.

Hanna mencapai sebatang pen biru Pilot dari bekas pensel lalu mencoretkan sesuatu atas sticky note kuning cair. Sticky note empat segi tepat itu ditarik lalu dilekatkan pada timbunan Official Receipts. Punggung dijarakkan dari letak duduk. Bergerak kakinya ke arah budak bertuah yang satu ini.

Timbunan OR beralih meja. Serentak Sarah terhenti mencalitkan gincu pada bibirnya. Anak mata yang berselindung di balik kanta coklat hazel merenung tajam ke arah Hanna. Hanna menyimpulkan kedua belah tangan di dada.

Telapak tangan Hanna menepuk kasar atas timbunan OR.

"Cik Adik Sarah, please do your work properly." Tegur Hanna. Di saat semua pekerja di departmentnya bertungkus-lumus menyiapkan kerja, Sarah ni boleh pula curi tulang. Batrisya pun suka-suka je main pass-pass kerja macam ini.

Sarah terkesima. Selama ini tak ada seorang pun yang berani menegurnya. Membiarkan apa yang dia nak buat semasa waktu kerja. Tak sangka, pekerja baru masuk ni berani pula. Nak dibantah, jawatan dia lagi tinggi dari Sarah. Nota yang terlekat pada timbunan OR dibaca.

'Make up will not polish your accounting skills.'

Wah! Ayat ini sangat makan dalam.

"Gila eh you Hanna?" Stephy menegur dengan wajah cuak.

"Mengajar orang yang malas bukan satu kerja yang gila. Tapi untuk menyedarkan dia." Selamba Hanna berkata.

Stephy menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Dia akui bab pendidikan, kemahiran, kerja Hanna semua tip top. Soal cinta je hampeh.

"Dia tu anak CEO. Masuk sini sebab pakai kabel besar. Nanti you kena terkam dengan bos seriously I betul-betul tak dapat nak tolong."

"Yeke? Tapi anak CEO takkan tak boleh buat kerja?"

Manusia itu sama. Kenapa perlu dibezakan mana datangnya? Bila berada kat tempat kerja, kenalah buat cara kat tempat kerja. Ya tak?

Tanpa sedar, waktu sudah menginjak ke angka 7 malam. Encik Farid memaklumkan yang dia sudah bergerak ke tempat mesyuarat. 'Tempat mesyuarat'? Pelik juga mengapa tidak meeting kat dalam syarikat je. Perlu ke kat luar?

Pada saat-saat akhir inilah Emmy merangkap Senior Accountant dalam team General Ledger kata tak dapat hadir untuk meeting. Harap Hanna tak rasa agak janggal masa perbincangan nanti.

Lokasi mesyuarat bersama auditor dikongsi melalui WhatsApp. Dahi Hanna berkerut. Matanya terkebil-kebil bagi memastikan apa yang dilihat itu benar. Biar betul tempat ini?

Aplikasi GrabCar ditekan menaip lokasi yang harus dituju.

Havana Bar & Grill. Tempat di mana mereka suka berparti.

****

Bukit Bintang. Suasana malamnya sentiasa hidup. Pusat beli-belah, deretan restoran dan kelab-kelab malam sering dikunjungi penduduk kota metropolitan Kuala Lumpur. Namun, di tengah kota itu juga lambakan pengemis berpeleseran di kaki-kaki lima kedai dan jambatan.

Tak kira dari negara ini sendiri atau pun asing.

Tidur malam mereka tidak menentu. Acapkali berpindah tempat apatah lagi hujan lebat pada waktu malam. Dicari tempat yang lebih teduh daripada terkena tempias hujan. Kadang, bergaduh dengan pengemis lain hanya kerana tempat tidurnya direbut. Kadang, ada antara mereka yang tak tidur langsung.

Wajah mereka yang meminta sedikit rezeki berupa wang atau makanan pasti menimbulkan ihsan pejalan kaki yang lalu lalang. Ada yang memberi. Tidak kurang juga ada yang mencela.

"Aku dah kata jangan mencuri tapi kau degil. Ni kalau masuk lokap siapa nak jamin kau? Siapa nak tolong kau? Sedangkan duit yang kita ada pun cukup-cukup untuk makan." Semalam Hud yang berleter panjang, malam ni giliran Syah pula. Plaster sengaja ditekan di pipi kiri Hud biar dia terasa lagi sakit. Padan muka dia.

"Adoi! Sakitlah! Kau ni tak sayang kawan! Dah pak imam kata jangan curi selipar. Aku curilah duit!" Pipi digosokkan-gosokkan bagi meredakan kesakitan. Bukan banyak pun duit yang dia seluk tu. Nasib sempat lari. Ni cedera sikit pun sebab terjatuh masa nak cabut lari. Kifarah kut.

"Huh, baguslah loyar buruk ngan aku." Syah menekan lagi kesan lebam pada wajah Hud.

"Sakitlah!" Hud mengusap lagi pipinya.

"Tapi, bagus gak masuk lokap. Dapat makan free. Tak delah aku susah-susah cari makan kat sini. Duk luar lokap pun bukannya aku ada rumah." Hud mempamerkan wajah sugul. Adik-adiknya semua ditempatkan kat rumah anak-anak yatim. Memandangkan dia dah besar panjang, takkanlah dia duduk sekali kat situ. Nak tak nak, merempatlah dia kat kaki lima Bukit Bintang.

"Biar kita digelar pengemis, bukan penjenayah. Dua-dua memang nampak hina pada mata dunia, tapi kau nak ke dilabel 'orang jahat'? Bila dalam lokap kau dilabel banduan. Bila keluar lokap kau dilabel bekas banduan walaupun kau dah berubah baik mana pun. Kau nak ke macam tu?" Syah bagaikan mengajar pendidikan sivik kepada Hud. Hud ni kadang putus fius otaknya. Salah ke betul semua dilanggarnya.

"Alaaa lantak dorang nak cakap apa. Aku cuma nak berteduh kat tempat yang selesa." Tipulah kalau dia tidak mahukan kesenangan. Miskin tidak mengapa asalkan masih ada tempat berteduh yang dinamakan rumah. Alangkah seronoknya.

"Aku rasa tempat ini dah cukup selesa buat aku. Sebab aku rasa aku dapat balas balik dengan kesalahan yang aku dah buat."

Dia rasa tindakan dia betul bagi memuaskan semua pihak. Kalau mereka semua merana kerana dia, dia mesti ikut merana seperti mereka.

"Bodoh gak kau ni. Selama ini kau selalu ajar aku mana betul, mana yang salah. Tapi kau sendiri tak buat benda tu. Apa yang kau buat ni salah tau tak?" Suara Hud mula meninggi. Dia akui dia memang bodoh dan tak berpelajaran, tapi bila dia tahu kenapa Syah sanggup hidup merempat macam pengemis, dia rasa Syah ni sangat bodoh.

"Kau tak faham betapa rasa bersalahnya aku."

Syah menunduk menekur permukaan jalan. Terfikir juga sampai bila dia kat sini?

"Masa tu kau cakap, ada terserempak dengan adik arwah?" Tanya Hud. Mengikut perkiraan dia, pasti budak itu lebih kurang dalam 17 tahun.

"Ha ah. Tapi aku lari walaupun dia cuba panggil aku banyak kali. Aku tak nak dia nampak aku lagi. Nasib aku tak nampak mak dia. Kalau tak, tak tau la apa nasib aku." Pasti mereka menyimpan dendam terhadap dirinya.

"Kenapa kau lari dari kenyataan? Haih!" Hud melepaskan keluhan panjang.

"Sebab kenyataan tu sangat perit. Sakit. Bila aku teringat, hati aku sakit. Untuk berdepan dengan orang-orang yang aku dah lukakan, aku tak kuat. Aku rasa aku gagal jadi manusia yang baik. Aku malu nak pandang orang-orang yang aku sayang." Syah cuba menahan air matanya daripada tumpah. Kemusnahan hidupnya adalah galang ganti yang indah buat semua orang.

"Sedihlah aku tengok kau ni. Aku rasa kau ni lagi menyedihkan dari hidup aku. Orang kalau dah buat salah, dia berubah jadi baik. Tapi kau aku tak tahulah. Memang kau dah berubah jadi baik pun tapi kau salah tempat."

"Aku tak salah tempat. Sebab tempat ini ada memori arwah sebelum aku bunuh dia, orang yang paling aku cinta."