"We met again in an unexpected way. Introducing myself, a broken soul."
****
Setelah memberikan tambang kepada pemandu Grabcar, Hanna keluar dari perut kereta. Bukan dia tak boleh memandu, tapi dia trauma lepas kes dia hampir melanggar seorang wanita yang sedang sarat mengandung di tengah jalan. Mujur dia sempat mengelak. Semenjak itu, tangan Hanna menggigil tiap kali memegang stereng kereta. Asyik bayangkan kalau dia betul-betul langgar orang semasa memandu. Teruk sangat overthinking dia. Sampai ke hari ini, dia masih belum berani untuk memandu semula.
Getah rambut yang disimpan di dalam poket skirt hitamnya yang separas lutut dikeluarkan. Rambutnya diikat pony tail. Kemeja putihnya yang sedikit terdedah pada bahagian dada dibutang penuh. Laporan audit tahun lepas dibelek-beleknya. Tak faham betul kenapa Encik Farid sibuk nak tukar auditor untuk tahun ini. Kan dah susah? Sebab auditor baru pasti mahu menilik kembali laporan kewangan untuk tahun lepas. Sudah itu, buat audit untuk tahun ini juga. Tak ke makin menambahkan kerja?
Lampu neon berwarna kuning terang dan merah cili yang menerangi pinggir jalan ditatapnya lama. Hanna kenal sangat dengan tempat ini. Dahulu waktu zaman nakalnya, adalah beberapa kali dia mengunjungi bar ini. Di sinilah dia dan Stephy bertemu buat kali pertama.
Beep! Beep!
Telefon pintarnya yang tersembunyi dalam lambakan skincare dalam beg tangan bergetar beberapa kali.
'Cepatlah datang. Auditor dah tunggu. I thought you're a dedicated worker. Maybe I'm wrong.'
Selain daripada ada rakan sekerja yang meluatkan, Hanna juga ada seorang majikan yang sengaja minta penampar.
Hanna tak suka dengan tempat ini. Namun dia cekalkan hati juga menapak ke dalam Havana Bar. Lepas habis pasal kerja, dia tak sabar untuk balik.
Suasana bar tidak banyak berubah seperti beberapa tahun lepas. Cuma dekorasinya yang lain. Matanya melilau mencari di mana Encik Farid. Dari kejauhan dia melihat Encik Farid sedang bergelak sakan dengan beberapa orang lelaki yang Hanna tidak kenal. Mungkin itulah auditor baru syarikat mereka. Mesyuarat apanya kat tempat seperti ini.
Hanna mendekati mereka. Eh? Dia kenal salah seorang daripada mereka. Inikan, Adam? Sepupunya Fariz. Adam nampak tenang. Langsung tak terkejut melihat Hanna di situ. Lain pula dengan reaksi Hanna.
"So, meet Hanna Ayesha, Account Executive of Heaven Group a.k.a my beautiful dedicated worker."
Apahal Encik Farid ni? Hanna dah rasa lain macam bila bos memperkenalkan dia kepada auditor. Apatah lagi bila perkataan 'beautiful' ditekankan. Auditor-auditor di situ pula dah pandang Hanna dengan senyuman meleret.
"Take your seat, Miss Hanna." Adam mempelawa Hanna duduk sebelahnya. Itu saja bahagian sofa yang kosong. Nak tak nak, Hanna terpaksa duduk juga tapi menjarakkan bahagian tubuhnya sejarak yang mungkin dari Adam.
"This is Mr Richard, Senior Audit of Derick & Co. The rest is Mr Darren, Mr Shawn, Mr Lee, and Mr Adam, Audit Associate."
Tangan mereka dihulur untuk berjabat tangan dengan Hanna. Seorang demi seorang Hanna sambut salam mereka. Bila tiba giliran Adam, sempat dia tersenyum sinis. Tak tahulah kenapa. Sukar untuk Hanna tafsir.
"You looked familiar, Miss Hanna." Ujar Mr Lee sambil jari telunjuknya dikeluarkan mengetuk dagunya tanda berfikir sesuatu. Hanna dilihatnya dari atas sehingga ke bawah. Senyumannya mengherot.
"Er.. This is our first time meeting each other right?" Hanna tidak selesa dengan cara Mr Lee memandangnya. Mungkin dia berprasangka buruk. Tapi, pandangan yang dipamerkan Mr Lee nampak gatal.
Mr Lee memetik jari. Hanna mengangkat kening sebelah kiri.
"Yes! You're the one who scored the best results in ACCA papers. Patut la I macam cam. Your papers ranked top ten among thousands people who took that professional papers last year. Glad to meet you."
Hanna tidak menyangka orang luar akan mengenalinya.
"I'm glad to meet you too, Mr Lee. I hope that we can cooperate together to prepare audit for this year." Hanna berbasa-basi.
"Of course. Lebih dari tu pun I boleh bagi."
Mr Lee tersenyum nakal. Hanna dapat menangkap maksud yang tersirat di sebalik kata Mr Lee. Memang sah, gatal!
"So, here's financial report for last year. This is balance sheet and profit & loss report." Hanna mengeluarkan kertas-kertas yang tersusun rapi dalam fail merahnya.
"Hold on Miss Hanna. Are you this eager to talk about work at this place? Look at your surrounding. This place is suitable for entertainment. Maybe you can entertain us." Mr Richard memandang Hanna dengan sebatang cerut yang terjepit di jari. Cerut disedut lalu dihembuskan ke hadapan Hanna. Kepulan asap terkena pada wajah Hanna sebelum meruap hilang di udara. Sesekali dia terbatuk. Tapi, mereka hanya mentertawakan Hanna.
"Jadi, apa yang perlu saya cakap selain kerja? Bukan itu ke tujuan utama saya datang ke sini? Discuss about our audit report? And about audit process for this year? Kalau bukan sebab itu, saya pun tak nak jejakkan kaki kat tempat ni. Sebab tempat ni tak sesuai untuk orang professional macam saya. Hanya sesuai untuk orang-orang korporat yang tak professional dan tak tahu hormat klien mereka."
Hanna kembali membelek laporan audit. Wajah Mr Richard langsung tidak dipandangnya. Mereka semua terdiam dek terpukul dengan kata-kata Hanna.
"Hanna, don't be rude." Encik Farid menegur. Meletus tawa kecil Hanna. Orang lain yang kurang ajar, dia pulak yang kena marah.
"Bold and sexy. I like your style." Mr Darren pula bersuara.
Hanna tak faham betul dengan sikap mereka. Kalau nak menggatal, bersepah pelayan bar yang seksi-seksi di sini.
"I'm just bold. Not sexy. At least I have a brain to generate something good before do the talk." Hanna sudah tak kisah. Mana boleh mereka suka hati memijak maruahnya sebagai seorang perempuan. Padanlah muka.
"Sorry ya. Cik Hanna ni memang macam ni sikit. But her performance in work is the best." Encik Farid harap mereka tak terasa hati dengan sikap Hanna. Sempat dia menyuruh Hanna menjaga perilakunya. Ini auditor dari syarikat besar kut. Bukan calang-calang auditor.
"What about her performance in bed? Is it the best or not?"
Yang bertanya itu bukan mereka, tapi Adam. Terjegil mata Hanna dibuatnya. Pipi Hanna yang putih melepak mula memerah. Sekali lagi dia ditertawakan mereka. Ingat benda ni kelakar ke?
"Sexual jokes are not funny, Mr .."
Kata-kata Hanna terhenti seketika.
"Whatever your name. Mungkin tak penting bagi saya untuk ingat nama encik. So, let's proceed to our main discussion for tonight." Lelaki-lelaki di hadapan Hanna tak boleh dilayan sangat. Kira dia cukup kental berhadapan dengan mereka. Sungguhlah harap je ada karier dalam dunia korporat, tapi perangai tak semenggah.
"Wait. Wait. Sabar dulu Miss Hanna. Let's cheer first." Mr Shawn, auditor yang paling muda antara mereka menuang segelas wine Mascota. Warnanya bening keemasan. Botol Mascota diletakkan kembali antara botol Pinot Noir dan Gamay. Gelas wine tadi dibawa dekat ke arah Hanna. Hanna langsung tak mahu meneguknya.
"Just take a sip. Don't worry. Kami tak letak apa-apa pun dalam wine ni." Tangan Adam sudah mencapai gelas wine yang lain. Begitu juga dengan mereka. Masih menunggu Hanna untuk membuat 'cheers' dengan mereka.
"Minum jelah sikit. Kau pun bukan pernah solat pun." Encik Farid melagakan gelas winenya dengan gelas Hanna. Betul la yang Islam hanya sekadar pada nama. Begitu juga dengan Hanna. Tapi dia tak nak minum benda haram ni.
"Maybe you don't like this? I thought Mascota is suitable for a beginner like you. Ke you nak rasa blackcurrent dan raspberry? Kalau tu, I boleh tuangkan Gamay ni." Botol wine merah yang tertulis Gamay pada luarnya dijentik dengan jari. Mr Shawn meneruskan lagi katanya.
"Atau you suka rasa cranberry dan cherry?" Pinot Noir dihala ke arah Hanna.
"Sorry but I don't drink. And I think we should postpone our meeting for tonight. Maybe we can arrange it again at a proper time, proper place and with a proper attitude. Sorry Encik Farid if I let you down." Hanna menolak pelawaan mereka. Kertas-kertas di atas meja dimasukkan kembali ke dalam fail. Beg tangan dicapai lalu dia mengangkat punggung dari situ. Alunan muzik yang tadinya bergenre Blues bertukar rancak dengan El Bano-Enrique Eglesias.
"Hanna, sit down. Hanna!" Suara Encik Farid tenggelam bersama alunan muzik. Hanna tidak mahu menoleh ke belakang. Tak patut dia datang ke tempat ini. Mereka bukan serius nak bincang tentang kerja. Memanjang mengusiknya dengan kata-kata yang tak sedap didengar.
****
"What if we do a trade? You give us Hanna, then our audit will go smoothly. Fire her, then we will hire her to work at our company." Mr Richard memberi tawaran. Rata-rata mereka sudah tahu yang Hanna punya pencapaian bukan biasa-biasa.
"Kalau saya pecat dia belum tentu dia bersetuju untuk kerja kat Derick & Co. Tengok jelah perangai dia. Semua nampak kan?" Encik Farid tidak akan melepaskan pekerja seperti Hanna. Graduan mentah tapi dia boleh buat full set account tanpa banyak bertanya dengan senior di situ. Paling mengagumkan, kemahiran dia hampir menyamai dengan Assistant Accountant yang pengalamannya lebih banyak berbanding Hanna.
"So pity. Because I want her." Mr Richard kembali membakar batang cerut yang lain.
"Excuse me. I need to go to the toilet." Adam meminta izin lalu meninggalkan mereka sebentar di situ.
Kelibat Hanna dicari. Dia tahu Hanna belum lagi melangkah keluar dari bar ini kerana arahnya tadi menuju ke arah toilet. Adam tersenyum senget. Dia suka perempuan suka melawan macam Hanna. Makin melawan, makin rasa tercabar.
"There you are. I found you." Adam melihat Hanna yang baru keluar dari toilet. Hanna membetulkan skirtnya. Gelagat Hanna diperhatikan oleh Adam di tepi dinding. Tiada orang di situ.
"Line clear, baby."
Terkejut Hanna dibuatnya bila Adam terjengul dari tepi dinding.
"Hello, dear Hanna." Adam melambaikan tangan kanannya.
"Encik Adam nak apa?" Hanna malas melayan. Geli bila dia teringatkan soalan Adam tadi yang berbaur lucah.
"I want you, Hanna." Derapan kaki Adam makin menghampiri Hanna. Berlaga kasut kulitnya dengan wedges yang dipakai Hanna. Hanna terundur ke belakang merapati dinding.
"Gila? Jangan buat macam-macam dengan aku." Hanna memberi amaran keras. Jejaka seperti Adam tak boleh diberi muka.
Hanna menepis kasar tatkala Adam cuba memegang dagunya. Tertawa Adam dibuatnya. Apalah sangat dengan daya seorang wanita lemah di hadapannya.
"Tengok perempuan sempurna macam kau ni. Cantik. Bijak. Badan pun mantap. High class." Tangan Adam mula melingkari pinggang Hanna. Wajahnya didekatkan. Sampaikan dia rasa helaan nafas kasar Hanna. Penuh marah. Tapi dia, suka.
"Lepaslah!" Hanna membentak lalu menolak kasar dada Adam namun tenaganya tidak cukup kuat. Adam makin berani untuk mencumbui lehernya. Belum sempat dia berbuat demikian, pipinya sudah ditampar kasar oleh Hanna.
"Kau tau tak, antara perempuan murah dengan perempuan yang jual mahal macam kau ni, lelaki lagi suka perempuan macam kau. Banyak cabaran. Dan lelaki macam aku, sukakan cabaran." Adam mencengkam dagu Hanna. Pelukan di pinggang diketatkan.
"Tapi sayangnya aku benci lelaki tak guna macam kau. Yang gunakan kekerasan dan paksaan untuk memiliki apa yang dia mahukan. Aku label dia sebagai lelaki tak tau malu." Hanna tersenyum sinis. Sengaja dia buat Adam rasa tercabar. Kalau dia tak boleh lawan dengan fizikal, dia boleh lawan dengan emosi.
"The more you resist, the more I insist." Adam menghidu rambut Hanna yang harum mewangi. Kenapa baru sekarang dia bertemu dengan wanita seperti Hanna. Lantang dalam memberikan pendapat. Katanya bisa tapi penuh dengan makna. Lagi sekali dia suka.
Hanna cuba meronta untuk meleraikan pelukan Adam. Lelaki di hadapan dia bukan lagi lelaki pada pandangan matanya tapi tak ubah seperti binatang yang bertuhankan hawa nafsu semata. Kalaulah Fariz tahu perangai sebenar Adam, habis dia dikerjakan.
Adam sudah hilang sabar dengan setiap tolakan Hanna. Perempuan ni degil. Apa yang susah sangat terima dia buat benda ni dengan dia? Benda macam ni baru mukadimah. Dah jadi perkara normal dalam Havana Bar. Lagipun, kalau diperhatikan keadaan sekeliling bar ni, mereka buat lagi teruk.
"Kau nak ke aku dakwa kau di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan? Atas tuduhan mencabul kehormatan aku? Sabit kesalahan, kau boleh meringkuk dalam penjara 10 tahun!" Hanna melenting. Dia jijik dengan tindakan Adam.
"Sekarang kau nak jadi peguam pulak ye Hanna? Bagus-bagus. Aku makin suka. Ingat baik-baik apa yang aku buat, lepas tu, cepatlah dakwa aku." Adam mencabar. Dia menarik kasar kemeja putih Hanna sehinggakan mendedahkan bahagian bahu sebelah kiri Hanna. Skirt hitamnya ditarik sehingga terkoyak menampakkan paha.
Kali ini Hanna cuba menepis lagi tapi usahanya gagal. Kudratnya seakan tiada bila tubuh sasa Adam menghimpit tubuhnya ke dinding. Sekuat mana pun tenaganya untuk menepis setiap perbuatan Adam, maruahnya sebagai perempuan tercalar juga. Leher dan bahunya yang terdedah dicumbui kasar dengan Adam. Sesekali dia terasa tangan kekar Adam merayap ke permukaan pahanya.
Hanna menjerit semahunya. Banyak kali rontaannya langsung tidak diendahkan. Pelupuk matanya mula bergenang. Hari ini hari yang malang.
"Bang, kalau nak buat pun, cover-cover la sikit! Bodoh ke apa?" Sergah satu suara.
Pelakuan Adam terhenti bila seorang perempuan muda memukul kepalanya dengan dulang besi yang digunakan untuk menatang minuman. Serta-merta pelukannya dileraikan. Hanna menarik lengan kemejanya yang sudah terkoyak melindungi bahunya semula.
"Sakitlah pompan!" Adam memegang belakang kepalanya yang sakit. Hampir dia mahu mencekik leher perempuan itu namun gerak-gerinya dimatikan dengan tumbukan kasar darinya. Sempat kaki Adam ditendang kuat.
"Kau ingat aku tak boleh main kasar dengan perempuan? Huh?!" Adam meledak marah. Berani betul perempuan ini mengasari dia. Rambut perempuan itu ditarik kasar.
"Dah kerja kau pelayan bar, jadi buat jela kerja kau tu elok-elok." Adam berbisik ke telinga perempuan itu.
"Celine!!!!" Seorang lelaki datang menjerit satu nama. Tarikan Adam dileraikan.
Perempuan itu menoleh.
"Balik sini buat kerja kau. Jangan nak sibuk jaga tepi kain orang. Dia tu pelanggan tetap kita. Nak aku pecat kau ke? Kau tu selalu buat masalah kat sini."
Hanna pelik dengan situasi di hadapannya. Yang bersalah itu Adam. Bukan dia, bukan juga perempuan yang cuba membantu dia.
"Pergilah budak! Dengar cakap boss kau tu! Urusan aku, jangan sibuk nak masuk campur."
Perempuan yang bernama Celine itu merengus kasar. Salah dia lagi ke hari ni?
"Bye la, abang setan."
"Celine! Aku cakap sudah kan?" Dia dimarahi lagi.
"Akak jangan kahwin pula dengan abang setan ni. Nanti dapat anak setan. Pastu, lepas ni belajar la seni mempertahankan diri. Best dapat sepak abang setan macam depan akak ni."
"Woi budak! Kau jangan kurang ajar dengan aku!"
"Sorry, Encik Adam. Er.. maaflah Celine ni budak baru kat sini. Celine, cepat mintak maaf kat encik ni." Arah lelaki tadi. Celine hanya menjuihkan bibir tanda tidak mahu.
"Celine cuma akan minta maaf lepas abang setan ni mintak maaf kat akak tu." Jari telunjuknya dibawa menghala ke arah Hanna yang sedang mengesat sisa air mata. Namun, lelaki tadi menarik telinganya menyuruh dia kembali membuat kerja yang tergendala. Celine dipaksa beredar dari situ.
Adam tertawa puas. Ada hati budak mentah itu cuba nak melawannya. Pandangannya kembali ke arah Hanna.
"Now, where are we?" Soalannya jelas menginginkan menyambung kembali perbuatan terkutuknya.
"Kau memang setan. Nama Adam terlalu baik untuk lelaki setan macam kau. Aku akan pastikan kau meringkuk dalam penjara. Aku tak main-main, lelaki setan." Hanna memeluk tubuhnya. Matanya galak mencerlung dengan penuh kebencian.
"Oh, kau cuba nak gertak aku? Ingat aku takut?" Adam mencengkam dagu Hanna. Betul la perempuan seperti Hanna hanya mampu berkata-kata. Tapi, tetap nampak lemah di matanya.
"Jangan menyesal, Adam. Undang-undang akan menghukum kau. Kalau undang-undang dunia tak mampu nak hukum kau, balasan dari Tuhan ada. Setiap hari aku akan berdoa kau akan dapat balasan."
Adam melepaskan cengkamannya yang meninggalkan kesan merah pada dagu Hanna.
"Ini baru permulaan ye Hanna. Lain kali aku jumpa kau lagi, lebih dari ini aku boleh buat, ye sayang."
Adam melangkah pergi meninggalkan Hanna bersama siulan kecil. Seorang wanita yang berpakaian seksi muncul lalu berpaut pada lengan Adam. Sempat pipi Adam dikucupnya.
Playboy, bad boy, devil.
Tiga perkataan yang cukup menggambarkan perwatakan Adam. Hanna akan mengotakan apa yang dia katakan. Sebelum wanita lain menjadi mangsa Adam, lebih baik dia bertindak.
Adam, penjara dunia setia menunggu seorang penghuni seperti kau.
*****
Kelibat Adam sudah tidak kelihatan. Mungkin saja dia tengah gembira berseronok dengan gadis lain. Encik Farid dan auditor-auditor tersebut kelihatan sudah mabuk di tempat mesyuarat tadi. Hanna hanya melihat dari jauh. Mujur mereka tidak perasan. Semua ini salah Encik Farid. Salah auditor-auditor yang tak professional. Salah Adam yang bertindak di luar kawalan sehingga kehormatannya tercalar.
Selebihnya, salahnya juga.
Yang tidak berfikir panjang untuk menjejakkan kaki ke tempat ini tanpa ditemani oleh sesiapa-sesiapa.
Yang dungu menurut saja arahan majikan.
Yang berpura-pura berani padahal sebaliknya.
Yang hanya ingat akan Tuhan bila ditimpa musibah saja.
Salah Hanna juga. Air matanya yang tadi sudah kering kini bergenang kembali. Kaki diheret lemah keluar dari pusat hiburan itu. Pahanya yang terdedah cuba diselindungkan dengan fail merah. Lengannya ditarik lagi. Pelanggan-pelanggan yang baru mahu memasuki ke dalam Havana Bar pelik memandang Hanna tatkala mereka berselisih. Mereka berbisik sesama sendiri. Hanna tidak kisah apa yang mereka perkatakan. Perkara ini berlaku tanpa dia pinta.
Langkahnya tidak stabil tatkala berjalan. Lutut terasa lembik. Minda terasa kosong. Tak tahu sama ada dia mahu pulang sekarang atau tak. Stephy pasti sedih kalau lihat dia dalam keadaan seperti ini. Persis seorang wanita yang baru diperkosa. Dia tak nak buat Stephy bersedih kerana dirinya lagi. Mengadu pada Fariz? Dalam keadaan macam ni? Adam pasti akan dibantainya cukup-cukup. Fariz pun pasti membentak kenapa Hanna seorang diri berani masuk ke tempat ini dan hanya dikelilingi lelaki saja.
Kesilapan Hanna, biar dia tanggung sendiri.
Derapan kaki Hanna terhenti di hadapan kedai 7-Eleven. Hati menghasut untuk membeli benda yang lama dia tidak sentuh. Yang dulu selalu menjadi penawar tatkala dirundung masalah.
Rokok.
Dah lama Hanna tidak merokok. Kali terakhir adalah lima tahun lepas. Waktu terkebelakang semasa dia hilang arah tuju. Seperti kali ini, hatinya perlu ditenangkan.
Setelah membeli sekotak rokok dan pemetik api, Hanna merehatkan diri di kaki lima. Wedges dicabut. Urat-urat kaki diregangkan. Tangan dibawa menggosok-gosok bahagian leher. Terasa jijik dengan bekas ciuman kasar Adam. Pertama kali dalam hidup, dia dinodai seperti itu.
Api cuba dinyalakan beberapa kali. Direnungnya saja. Terasa bahang pada bahagian muka. Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak. Dibakar pada hujungnya. Rokok dihisap sehingga puntungnya habis. Sebatang, dua batang. Kemudian, cukup tiga batang. Namun, hatinya tetap resah. Tetap tidak tenang.
"Apa yang kau dah buat ni Hanna?" Hanna berkata kepada dirinya sendiri. Kotak rokok Dunhill dicampak ke tepi jalan. Rokok pun tidak dapat mententeramkan jiwanya.
Gerimis halus mulai turun meninggalkan kesan tompokan kecil pada kemeja putih yang tersarung. Hanna masih tidak berganjak memandangkan hujan tidak begitu lebat.
"Hujan, mengapa kau turun sekarang?"
Makin bertambah hiba hatinya. Hanna memeluk lutut. Terfikir yang maruahnya telah hilang. Diselangi dengan gambaran masa lampau tika hujan. Yang di mana dia cuba meragut nyawanya sendiri setelah mencederakan adik tirinya dengan sebilah pisau.
Semenjak itu, Puan Helena membencinya. Bertambah luka bila melihat ibunya lebih mesra dan sayang akan adik tirinya. Padahal dia bukan anak kandung dari ibunya.
Hanna, anak kandung hanya pada status. Bukan pada kasih sayang yang dicurahkan.
Wajah diraup dengan kedua belah tapak tangan. Dia menangis semahunya. Dia nakkan sebuah keluarga tapi tiada. Dia mahukan sebuah kerjaya yang membanggakan tapi hanya menjadi bahan kepada lelaki tak guna. Dia inginkan seorang kekasih yang memahami dirinya tapi seringkali dia disakiti.
Cuma Stephy yang betul-betul ada buat dirinya.
Pandangan menala ke arah langit gelap tanpa sebutir bintang yang menghiasi. Gelap. Seperti apa yang dia rasakan sekarang ini.
"Cik, nak beli kerepek?" Seorang wanita tua datang menyapa Hanna. Segera Hanna menoleh. Dilihatnya seorang wanita tua berdiri dengan membawa dua bungkus plastik besar yang dipenuhi kerepek. Selendang merah terlilit menutupi lehernya.
"Maaf, saya tak makan kerepek. Tapi saya boleh sedekah kat mak cik sedikit duit." Hanna mengeluarkan sekeping not 50 ringgit dari dompetnya untuk diberikan kepada wanita tua itu.
"Eh, cik. Tak boleh macam ni. Mak cik malu. Mak cik nak menjual, bukan nak mengemis dengan tangan kosong." Wanita itu diserbu rasa bersalah.
Tapi Hanna terus menyerahkan duit itu. Diselitkan pada tangan wanita tua. Dia teragak-agak untuk menerima.
"Kalau macam tu, cik kena ambil semua kerepek mak cik ni." Dua bungkus plastik yang dipenuhi dengan bungkusan kecil kerepek diletakkan di tepi Hanna.
"Eh, mak cik. Saya ikhlas ni." Hanna memandang kerepek di sebelah. Banyaknya. Tak mungkin dia mampu habiskan seorang. Lagipun, dia bukan penggemar kerepek.
"Terima kasih, Cik." Wajah wanita tua itu bertukar ceria. Kalau dia dah bagi semua, macam tak elok pula Hanna mahu pulangkan balik semua kerepek ni. Wanita tua itu terhincut-hincut menuju ke arah sebuah kedai. Sebelah kakinya tempang.
Hanna baru perasan tempat ini banyak sangat homeless people. Apa yang menjentik hati Hanna, dua orang pengemis sedang menunaikan solat bersejadahkan kepingan kotak nipis. Seorang jadi imam, seorang jadi makmum di belakang.
'Kau bukannya solat pun.' Suara Encik Farid seakan berbisik di corong telinga. Katanya tidak enak untuk didengar. Tapi, hakikatnya memang betul. Lima waktu, tapi satu waktu pun Hanna tak pernah nak kerjakan. Lebih mengutamakan kerjanya yang menggunung.
Mungkin sebab inilah hatinya tidak tenang. Dia dah hilang Tuhan.
Hanna menunduk hiba. Ya Allah, ampunkan aku. Hati cuba dipujuk agar tidak menangis lagi. Namun dia tumpas dengan perasaan sendiri.
"Kalau aku nyanyikan lagu itu sekarang, mesti kau makin tambah sedih." Suara serak basah menyedarkan Hanna daripada tenggelam dengan perasaan sedihnya. Wajahnya diangkat melihat gerangan yang berbicara di belakangnya.
Seorang pengemis lelaki berdiri dengan sebuah gitar.
Dia, lelaki yang bermata sayu.