Permulaan yang buruk tidak semestinya akan berterusan menjadi mimpi buruk. Kadangkala, ianya akan menjadi mimpi yang lebih indah daripada mana-mana mimpi yang lain. Begitu juga dengan perhubungan diantara manusia, perkenalan yang tidak dirancang mungkin akan membawa kepada sesuatu yang boleh mengubah kehidupan seseorang.
Hubungan Noah dan Orange yang selama ini agak huru-hara, kini menjadi lebih baik. Orange yang dulunya agak introvert juga semakin terbuka untuk bergaul dengan orang lain yang ada di sekelilingnya. Hari demi hari dia mencuba untuk merobohkan benteng yang dia bina selama ini memisahkan dunianya dan dunia luar. Terima kasih diari.
"Orange, wait for me!" Corina memanggil sambil berlari anak mengejar Orange di hadapan. Nafasnya tercungap-cungap dek kepenatan, dia tidak menyangka Orange berlari agak laju daripadanya.
Hari ini mereka menyertai Fun Run yang dianjurkan oleh sebuah badan swasta. Orange yang sebelum ini tidak pernah menyertai event seperti ini mengajaknya dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat. Untuk tidak mahu mengecewakan sahabat baiknya itu a.k.a sepupunya terpaksa juga dia menyertainya. Padahal tidak pernah terlintas di fikirannya tentang event seperti ini akan dia sertai.
"Come on, Cor! Semangat! Kita perlu habiskan larian dalam ranking 50 terbaik. Tho, this is our first time." Ujar Orange sambil terus berlari anak tanpa mempedulikan Corina yang hampir putus nafas mahu mengejarnya. Gila ke apa perempuan seorang ini. Ada hati mahu menamatkan larian top 50 padahal bersenam pun tidak pernah. Corina memarahi dalam hati tapi mahu tidak mahu terpaksa juga dia gagahkan langkah kakinya.
"Anggap sahaja yang kita dikejar zombie. You see the people behind us, just imagine...that they are zombies and we are running from them." Orange menambah lagi sambil menoleh sekilas memandang Corina di belakangnya. Corina tidak menjawab, dia membiarkan kata-kata Orange itu tidak berbalas. Mahu mengatakan sepatah perkataan pun, rasanya agak payah saat ini. Kalau boleh dia mahu berbaring di tepi jalan tanpa mempedulikan peserta yang lain. Nasiblah dia ada rasa malu, apatah lagi apabila melihat sebilangan daripada para peserta adalah peserta veteran dan masih dapat berlari dengan tenang.
Orange tersengih lucu melihat wajah Corina. Dia tahu yang sepupunya ini bukan jenis yang suka bersukan, jangankan menyertai aktiviti sukan, bersenam untuk kesihatan juga tidak pernah. Nasib sahajalah, badannya kekal slim walaupun tidak pernah bersenam. Dia agak terkejut apabila ajakannya beberapa minggu lalu untuk menyertai Fun Run diterima oleh Corina tanpa sebarang rungutan. Mungkin kerana dia mahu menyokong setiap keinginnannya untuk mula bersikap terbuka dengan dunia luar. Thanks, Cor.
"Hey, Orange! I thought its not you. Ingatkan saya just berimaginasi sahaja."
Satu suara menegur Orange dari belakang. Dia menoleh pantas. Kelihatan Caleb tersenyum lebar di sebelah Corina sambil mengangkat tangannya melambai mesra. Langkah Orange serta merta menjadi lebih perlahan, dia tidak menyangka akan bertemu dengan lelaki itu. Dia hanya tersenyum sambil meneruskan langkahnya yang sudah menjadi sumbang.
"Tidak sangka yang kita akan bertemu di sini." Caleb menegur lagi dan kali ini dia sudah berlari seiringan dengan Orange.
Orange tersenyum lagi tapi tidak menjawab apa-apa. Dia teringat kembali kata-kata Noah yang melarangnya untuk berbual dengan Caleb dan setiap satu akibatnya jika dia melanggar arahan Noah. Namun, saat ini Noah bukannya ada atau akan tahu. Lelaki itu sedang sibuk bermain games di rumah atau sedang lepak bersama dengan teman-temannya di mall. Terbayang di benaknya wajah lelaki itu apabila dia mengajaknya, wajah mengejek dan selepas itu dia terpaksa mendengar ejekannya dari A sehingga Z dan bagaimana dia memberi 1001 alasan untuk tidak turut serta.
"Kalau saya tahu awal-awal awak turut serta, boleh kita berlari bersama sejak awal. Tak juga bosan berlari keseorangan."
Caleb menambah lagi, cuba memancing Orange untuk bersuara. Orange masih tidak menjawab apa-apa. Caleb mulai gusar, adakah gadis itu tidak menyukai kehadirannya. Mungkinkah apa yang dia fikirkan selama ini adalah silap? Orange tidak pernah meminatinya. Selama ini dia cuma berperasaan sendiri dan bertepuk sebelah tangan.
"Awak selalu ke join event begini?" Lembut suara Orange bertanya. Entah, kenapa suara dia seakan tidak mahu keluar dari dalam kerongkongnya. Kembali kepada dirinya yang lalu. Kalau boleh saat ini dia mahu berlari mencari semak samun atau pokok besar atau juga longkang untuk dia menyorok. Nasib baik pipi dia sudah merona merah seperti memakai blusher kerana penat berlari dan sedang berlari. Maka, tidak terlalu ketara memperlihatkan yang dia malu. This is Caleb, okay. Caleb. Lelaki yang dia impi-impikan selama ini. Nyah semua rules Noah, itu semua duniawi semata-mata.
"Oh, ya...saya memang suka aktiviti-aktiviti seperti ini. Boleh released tension. Plus i can meet lots of people and make new friends. This is your first time?" Caleb menjawab penuh semangat. Semangat kerana Orange mengajukan soalan kepadanya. Bukan perkara yang biasa terjadi, selalunya kalau bukan diam seribu bahasa, dia akan ditarik Noah lah dan lain-lain lagi.
"Ya...first time." Kali ini suara Orange lagi perlahan, dia seakan-akan berbisik dengan diri sendiri sahaja. Come on, Orange. Semangat, pleaseeeeeeee. This is your only chance to talk with him without being seen by Noah. Topik lain, topik lain...faster, faster! Jangan biarkan perbualan mati di sini sahaja. Orange berusaha untuk mencari topik yang boleh dia bangkitkan untuk berbual dengan Caleb. Penat yang dia rasakan tadi, kini hilang entah ke mana. Corina? Dia sudah tidak pedulikan sepupunya itu di belakang, atau...Orange menoleh sekilas mencari bayangan Corina di belakangnya.
Kelihatan Corina dengan langkah longlai sudah ketinggalan agak jauh dibelakang mereka. Corina yang menyedari Orange melihatnya hanya melambai, memberikan isyarat okay dan meneruskan tanpa dia. Orange tersengih, rasa bersalah. Bukan main dia beria-ia mengajak Corina walaupun dia tahu gadis itu bukan jenis yang bersukan tapi kini dia tinggalkan pula, gara-gara Caleb. Dasar minah tidak mengenang budi.
Orange menghentikan langkahnya, Caleb yang menyedari tindakannya turut berhenti. Hairan.
"Why? Any problem? Kaki awak cramp ke? Atau sprained kat mana-mana?" Caleb bertanya sedikit risau.
Orange menggeleng perlahan. Eh, risau pula dia. So, sweet. Kalau Noah, adakah dia juga akan concern begini? Atau dia akan teruskan perjalanan tanpa mempedulikannya atau akan memarahinya dan mengejeknya. Why Noah? Stop thinking about him. Orange tersenyum malu-malu, apatah lagi apabila pandangan mereka bertentangan. Sedar tidak sedar, dia tertunduk memandang hujung kasutnya. Dasar...
"Awak boleh pergi dulu, i'll run with Corina..." Orange menjawab sambil tersenyum lagi tapi kali ini dia sudah tidak berani mahu mengangkat kepalanya, walaupun jauh di dalam hatinya dia agak kecewa juga. Siapa yang tidak kecewa bila terpaksa melepaskan peluang keemasan berdua-duaan dengan crush, berlari seiringan. Manalah tahu, ada chance mahu berkenalan dengan lebih rapat. Cia,cia,cia.
"Oh..." Caleb tidak meneruskan kata-katanya, matanya melihat kearah Corina yang masih berada di belakang dan yang tadinya masih berlari anak kini berjalan lenggang kangkung seperti mak cik ke pasar. Kecewa.
"Just go...awak mesti take time kan. Nanti tidak pasal-pasal buruk pula record awak nanti." Orange menambah lagi. Tapi kalau boleh, awak nak tunggu kitorang pun boleh. Dia menambah di dalam hati. Mulut kata pergi, hati kata lain.
Caleb menggaru kepalanya yang tidak gatal, serba salah untuk meneruskan lariannya seorang diri atau berlari (atau lebih tepat berjalan kaki) bersama Orange dan Corina.
"Seriously, you can go...we are okay." Orange cuba menyakinkan lelaki itu, walaupun hatinya berat tapi mahu tidak mahu dia terpaksa menolak perasaan pentingkan diri. Kalau ada jodoh, tidak akan ke mana. Dia bermonolog sendiri, menyenangkan hati.
"I'm so sorry... I love to finish the run with you but i'm dead meat if i ruin my record. My father won't forgive me."
Setelah beberapa ketika berperang dengan diri sendiri, Caleb meminta maaf. Mahu diikutkan hati, dia memang mahu bersama-sama dengan Orange. Namun, apakan daya. Melihat keadaan Corina, sungguh...mereka mungkin akan menamatkan larian dalam ranking last dan dia tidak boleh mendapat ranking dibawah 10 atau bapanya akan membunuhnya. Apatah lagi kalau dia tahu yang dia melakukan semua itu gara-gara seorang gadis yang dia minat. Ulang suara, dia minat. Bukan siapa-siapa yang berkepentingan bagi bapanya.
Caleb melambai kecewa dan meneruskan lariannya meninggalkan Orange dan Corina.
Orange merenung susuk tubuh lelaki itu hinggalah hilang dari pandangannya. Kemudian dia menghela nafas berat, tanpa dia sedari mata Corina tajam merenungnya. Apabila dia tersedar, dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah lain. She got me.
"Awak...awak masih minat dengan dia ke?" Corina bertanya serius. Orange yang kononnya tidak fokus, berdiam diri. Berpura-pura tidak perasan dengan soalan yang diajukan oleh Corina.
"Hei, i'm talking with you." Corina menyiku sahabatnya itu, tidak berpuas hati apabila persoalannya dibiarkan gantung tidak berjawab.
Orange mati kutu. Dia tidak menyangka akan berhadapan dengan soalan tersebut hari ini. Dalam kepenatan berlari a.k.a berjalan, boleh pula isu tersebut wujud. Bukan apa, dia cuma kini berstatus 'kekasih Noah'. Namun, itu semua gara-gara khabar angin yang disebarkan oleh Noah tanpa persetujuannya. Corina tidak mengetahui kebenaran disebalik komplot tersebut, maka dia tidak tahu apakah jawaban yang paling sesuai untuk dia berikan.
"Ingatkan awak sudah moved on sebab tiba-tiba bercouple dengan Noah dan saya tengok awak dengan Noah memang dah sweettttttt sangat sekarang. Pergi sekolah bersama, ke kantin bersama sampai lupa 'kawan' yang selama ini menjadi tempat bergantung. Dating kat mall bersama-sama. Pendek kata, dah macam belangkas tidak boleh dipisahkan. I'm a bit surprised he is not with us today." Ujar Corina lagi. Orange masih berdiam diri, cuba mengatur kata-kata terbaik.
"Well..." Orange mematikan lagi kata-katanya.
"Awak tidak bencikan Noah sudah?" Soalan tersebut muncul tiba-tiba. Gara-gara dia kehilangan idea, hanya soalan itu yang agak relevan bagi dirinya saat ini.
"Saya bukan bencikan dia sangat pun. I'm just annoying dengan sikap perasan hebat dia tue. Plus, dia belasah bf i. Awak pun kan tahu, dia tue 'the devil', tapi tak sangka pula awak 'the weirdo' boleh couple dengan dia. Itu memang benar-benar buat saya terkejut tahu..."
Orange menarik nafas sedikit lega, Corina memakan umpannya untuk melupakan isu 'Caleb'.
"Bf awak pun bukan baik sangat pun. Lebih kurang juga dengan Noah, selalu cari gaduh dengan pelajar lain." Orange menjawab acuh tidak acuh.
"Oh, awak dah pandai mengata orang pula sekarang! Banyak cantikkkkk mengata bf i..." Corina menjawab sedikit geram apabila bf nya dikatakan tidak baik. Orange terkekeh ketawa, bukan sengaja tapi kenyataan.
"Ops, sorry...terlepas pula." Orange menutup mulutnya sambil berlari anak meninggalkan Corina.
"Stopppp...i can't run lah...kaki saya masih sakit, okay...kalau saya tidak dapat berjalan esok, awas!" Corina merengek menahan sakit kakinya, terpaksa Orange menanti Corina tiba di sampingnya. Kesian...
"By the way, saya salute dengan Noah. Saya bersama dengan awak dekat 18 tahun, tapi tidak dapat mengubah sikap pemalu tahap gaban awak tue. Tapi dia, tidak sampai berapa bulan. Awak berubah banyak sangat. Daripada gadis bisu, sekarang awak sudah boleh berbual dengan orang lain sedikit demi sedikit. Daripada kuntilanak, bolehlah jadi manusia biasa."
Orange menampar bahu sepupunya itu, sampai hati dia cakap saya kuntilanak. Sedih. Corina tertawa kecil. Kemudian menyambung kata-katanya.
"Daripada anti-social, sekarang boleh pula ajak saya join fun run. Walawehhhh...kita perlu buat party untuk semua perubahan ini. Welcome to the real world, Orange."
Orange tersengih-sengih seperti kerang busuk, dia tidak menyangkal kenyataan yang disebut oleh Corina tersebut. Jangankan orang di sekelilingnya, dia juga terkejut dengan perubahan yang dibawah oleh Noah. Dia tersenyum lagi. Dalam kekalutan yang dia hadapi, perlahan-lahan dia meninggalkan sikap lamanya itu. Terima kasih Noah untuk kesekian kalinya.
"Lupakan Noah...jom, jalan dengan penuh semangat. Walaupun angan-angan mahu top 50 sudah lebur, at least kita tamatkan larian hari ini dan bukan esok." Orange menarik tangan Corina agar bergerak dengan lebih pantas. Kalau malar bercerita, memang hingga ke sudah mereka tidak akan sampai. Corina tersengih sambil mempercepatkan langkahnya. Jauh di dalam lubuk hatinya, dia turut berterima kasih dengan Noah The Devil.