Angin yang bertiup membawa seribu satu pesan.
Caleb mundar mandir di hadapan banglo milik keluarga Orange. Sesekali dia menekan loceng di luar pagar. Namun, tidak ada tanda-tanda bahawa seseorang akan keluar dari dalam rumah. Bukan mudah bagi dirinya mengambil keputusan yang agak drastik ini untuk datang ke rumah Orange. Secara kebetulan dia pernah melihat Orange di luar pagar rumahnya dahulu dan menumpangkannya ke sekolah, maka dia tahu dengan pasti di mana rumah gadis tersebut. Tapi kini, kehadirannya sia-sia sahaja. Dia mahu meluahkan perasaannya terhadap Orange. Tidak kisahlah gadis itu mahu menerimanya atau tidak, yang pastinya dia mahu Orange tahu bahawa dia menyimpan perasaan terhadap dirinya.
"Excuse me, anak muda...who are you? And what are you doing in front of my house?"
Seorang wanita dalam pertengahan usia keluar dari dalam rumah. Akhirnya, tidak sia-sia saya datang. Caleb tersenyum manis.
"Hi, auntie. I'm Caleb. Actualy, saya datang nak jumpa dengan Orange."
Pn.Amily mengangkat keningnya sedikit terkejut. Okay, ini adalah kali pertama seorang jejaka tampan datang mencari Orange. Oh, bukan yang pertama. Hampir dia terlupa tentang seorang lagi yang berambut blonde, teman lelaki Orange. Ini adalah yang kedua dan orangnya juga bukan calang-calang. Tampan seperti Tom Cruise (pada pandangan Pn.Amily).
"Is Orange home, auntie?"
Caleb memberanikan dirinya bertanya.
Pn.Amily tidak menjawab, matanya merenung Caleb dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. Boleh tahan famous juga anak daranya ini. Baru berubah sedikit penampilannya, berbaris dua jejaka tampan mahukan dia. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Pn.Amily tersenyum sendiri.
"Awak classmate Orange ke?" Pn.Amily tidak menjawab soalan Caleb, sebaliknya menanyakan soalan lain. Ibu mana yang tidak mahu menyoal siasat kalau ada kawan lelaki yang datang ke rumah untuk mencari anak gadisnya.
"Oh, tidak...schoolmate only. Tapi kelas kami boleh dikatakan bersebelahan dan saya..." Caleb tidak meneruskan kata-katanya melihat wajah Pn.Amily yang sedang serius merenungnya. Dia salah cakap ke? Dia tersengih seperti kerang busuk. Setelah beberapa ketika mengamati pemuda tersebut dan yakin bahawa dia datang berniat baik, barulah Pn.Amily bersuara lagi.
"Tunggu sekejap. Auntie panggil Orange keluar." Pn.Amily kemudiannya berlalu masuk kembali ke dalam rumah.
Berbunga-bunga hati Caleb, tidak sabar menanti Orange keluar. Jantungnya tiba-tiba berdebar lebih kencang daripada yang biasa, dia cuba untuk bertenang tetapi gagal.
Beberapa minit kemudian, kelihatan Orange keluar dari dalam rumahnya. Berpakaian polos dan bersahaja. Namun, kelihatan semakin cantik di mata Caleb. Sedang dilamun cinta, katakan.
Caleb melambai mesra sambil tersenyum manis di luar pagar. Orange membalasnya bersahaja, kemudian dia membuka kunci pintu pagar tersebut agar Caleb boleh masuk ke dalam halaman rumah.
"Hi, Orange. Sorry, saya mengganggu awak ke nie?" Caleb bertanya sambil matanya memandang tepat kearah mata gadis tersebut.
Orange menggeleng perlahan. Hatinya tertanya-tanya, apa tujuan sebenar lelaki itu datang ke rumahnya hari ini. Mereka kemudiannya duduk di patio berhampiran kolam ikan milik papanya.
"Rumah awak cantik."
Caleb yang bingung mencari kata-kata berusaha untuk mencari isu.
Sekali lagi, Orange sekadar tersenyum sahaja. Sukar untuk mahu memancing suaranya. Caleb semakin butuh, dia tidak tahu apa lagi topik yang boleh dia bangkitkan.
Di dalam rumah, Selina dan Pn.Amily sibuk mengintai dari tingkap ruang tamu. Sesekali mereka bersembunyi di sebalik tabir, takut di lihat Orange. Nanti tidak pasal-pasal mereka akan dimarahi. Walaupun, anak gadis tersebut agak pemalu dan pendiam di luar tetapi kadang-kadang boleh menjadi sedikit agresif jika berada di rumah. Sebab itulah, mereka tidak boleh membiarkan Orange melihat gelagat mereka mengintai.
"Awak dan Noah, couple ke?"
Soalan itu keluar secara tiba-tiba dari mulut Caleb. Disebabkan tiada topik lain yang boleh dia timbulkan, maka dia terpaksa direct to the main point.
Orange sedikit terkejut dengan persoalan tersebut. Dia tidak menyangka yang Caleb akan menanyakan soalan tersebut.
"Emm...iya..."
Orange menjawab perlahan. Walau bagaimanapun, jawapan yang perlahan itu bukan bermaksud yang dia tidak ikhlas menjawab tetapi dia was-was jika Noah tiba-tiba lalu di kawasan rumahnya. Dia tahu perkara tersebut adalah mustahil tetapi berjaga-jaga lebih baik.
"Oh..."
Hanya itu yang mampu Caleb ucapkan. "Jadi awak memang sukakan Noah? I mean, benar-benar sukakan dia?"
Orange menelan air liurnya, resah. Sebenarnya, dia sendiri masih kurang pasti dengan perasaannya. Namun, tanpa dia sedari dia mengangguk perlahan tanda setuju.
"Jadi tidak ada ruang untuk saya mencuba mencuri hati awak?" Orange tersentak mendengar soalan Caleb itu. Dia mengangkat mukanya memandang wajah lelaki tersebut.
Adakah sekarang dia juga sedang berimaginasi? Benarkah lelaki yang sedang duduk di hadapannya ini ialah Caleb. Macam mana lelaki tersebut boleh meluah sedemikian rupa di hadapannya?
"I am serious, Orange. Saya sudah tidak boleh menyimpan perasaan yang saya sukakan awak selama ini. Sebab itulah, saya sanggup datang ke rumah awak." Caleb menunduk, memandang air yang mengalir tenang di dalam kolam. "Saya tahu, sukar untuk saya mahu berbicara dengan kamu kalau di sekolah. Luckily, i know your house. It takes lot of courage for me to come here." Caleb diam lagi, cuba mengumpul kekuatan untuk meneruskan kata-katanya. Dia tidak kisah malu ditolak. At least, dia sudah mencuba. "Actualy, i fall in love with you since the first time we met at school. Tapi saya tidak mempunyai keberanian untuk meluahkan perasaan saya kepada awak. Tidak sangka pula, Noah juga menyimpan perasaan dengan awak. If i know..." Caleb tersenyum sendiri. Mungkin kecewa.
Kalau sahaja, Caleb meluahkan perasaan kepadanya sejak dahulu lagi. Dia mesti tidak akan menjadi 'maid' Noah kerana dia tidak perlu berasa malu dengan apa yang dia tuliskan di dalam diarinya. Kalau sahaja...
Orange menarik nafasnya dalam-dalam. Kalau dulu, mungkin dia akan berasa sangat excited. Tapi kenapa kini, dia tidak mempunyai sebarang perasaan mendengar luahan Caleb? Mungkinkah dia mahu luahan itu datang daripada orang lain dan bukan Caleb.
"I'm sorry..."
Akhirnya, hanya itu sahaja yang mampu dia katakan kepada Caleb. Kisah dia meminati Caleb dan menyimpan perasaan dengannya adalah kisah lalu. Apa yang dia zahirkan di dalam diarinya adalah perasaannya pada ketika itu dan bukan sekarang. Iya, dia faham sekarang.
Dia sudah tidak mempunyai perasaan dengan lelaki itu tetapi dia sudah jatuh hati dengan Noah. Noah the devil. Iya, dia.
"Thank You, Orange. Walaupun awak tidak menerima saya. Namun, akhirnya saya lega kerana sudah berjaya meluahkan perasaan saya yang sebenarnya kepada awak. He is so lucky to have you. You are great person with strong personality." Ujar Caleb sambil berdiri dari duduknya. Tipu jika dia mengatakan yang dia tidak kecewa. Siapa yang tidak kecewa jika luahan perasaan di tolak. "I need to go. Terima kasih sebab sudi meluangkan masa dengan saya." Dia mengundur diri kemudian berlalu pergi. Tiba di hadapan pintu pagar, langkah Caleb terhenti. Dia menoleh kembali, memandang Orange.
"Before i go. I neee to ask you, one more question." Orange berdiri dari duduknya, sedia untuk mendengar. "Jujur dengan saya, pernahkah awak juga menyimpan perasaan dengan saya?"
Orange sedikit tergamam dengan soalan tersebut tetapi dia berjaya mengukir satu senyuman manis.
"Past is past."
Pendek jawapannya.
Caleb turut tersenyum kemudian masuk ke dalam keretanya dan pergi. Dia terlambat beberapa ketika untuk meluahkan perasaannya. Jika dia bukan jodohku, Tuhan tolong jodohkan dia dengan insan yang mencintainya sepenuh hati, lebih daripada apa yang dia rasakan. Bahagiakan dia dengan pilihan hatinya.
Orange masuk semula ke dalam rumahnya dengan satu perasaan yang sebenarnya masih takut-takut dengan pilihan dirinya. Betulkah apa yang dia lakukan? Tidak menyesalkah dia kelak?
"Mama, Selina...don't ask me anything. I want to sleep and please...don't disturb me." Pn.Amily dan Selina saling berpandangan kemudian mengangguk akur. Orange seperti tahu-tahu sahaja yang mereka mahu menyoal siasat dirinya.
Mereka berusaha untuk mendengar butir perbualan diantara Orange dan Caleb tadi tetapi gagal. Namun, mereka tahu yang butir perbualan tersebut agak serius.
"You know that guy, Selina?" Pn.Amily bertanya setelah lama mereka berdua berdiam diri.
Selina mengangguk penuh semangat.
"Of course i know him, mama. Jejaka idaman ramai gadis di sekolah, selain daripada Noah."
Giliran Pn.Amily pula mengangguk perlahan.
"And your sister, couple dengan Noah kan..."
Kali ini Selina mengangguk penuh semangat. Berbanding dengan Caleb, dia sebenarnya tergolong dalam golongan peminat Noah. Dia berasa bangga apabila Noah mengwar-warkan bahawa Orange adalah kekasihnya. Selina tumpang glamour disebalik kejayaan kakaknya itu.
Orange menghempaskan tubuhnya di atas katil. Masih terngiang-ngiang luahan hati Caleb sebentar tadi kepadanya. Sekali lagi, dia mencuba mencari rasional tindakannya menolak Caleb. Padahal dia juga belum pasti dengan perasaan Noah kepadanya. Benarkah lelaki itu mempunyai perasaan dengan dirinya atau hanya sekadar bergurau sahaja.
Ting!
Satu mesej masuk ke dalam peti mesejnya.
Datang ke rumah saya. ASAP.
Teks mesej tersebut daripada Noah. Orange melihat jam dinding yang tergantung di hadapan katilnya. Sudah menunjukkan jam5.30pm. Apa kes pula mamat seorang ini, mahu berjumpa dengannya sekarang.
Ting!
Satu lagi teks mesej masuk ke dalam peti mesejnya.
Please bring me some foods and drinks. We got party in here but we forget to buy foods.
Orange sudah mulai menyesali keputusannya. Boleh pula, jam-jam begini Noah memberikan arahan yang tidak masuk akal dengan dirinya. Positif Orange, positif...mungkin dia sengaja memancingnya datang ke rumah kerana dia mahu membuat kejutan untuknya. Manalah tahu, tiba-tiba dia meluahkan perasaan kepadanya. Orange tersenyum sendiri.
Ting!
Lagi mesej daripada Noah.
Tik,Tok!
Orange melompat pantas dari katilnya dan bergegas mencapai tuala mandinya. Tidak sampai 15 minit, dia sudah siap berpakaian kemas. Dia meluru turun ke tingkat bawah dengan tergesa-gesa.
Selina dan Pn.Amily yang masih berada di ruang tamu berasa cukup hairan. Tadi bukan main, katanya mahu rest dan tidak mahu diganggu. Tup,tup. Sudah berpakaian cantik untuk keluar.
"Where are you going at this hour, Orange?" Pn.Amily bertanya hairan.
"Corina called mama...dia minta teman ke mall, ada barang dia nak beli." laju sahaja nama Corina keluar dari mulut Orange. Sorry, Cor!
Pn.Amily mengangguk tidak banyak soal apabila nama anak buahnya itu disebut.
"Okay, be safe. Jangan balik terlalu lewat."
Orange tersenyum manis sambil melambai dan bergegas ke keretanya. Dia perlu cepat kerana dia perlu ke kedai dahulu untuk membeli pesanan Noah. Hatinya berbunga-bunga, memikirkan Noah.
Tanpa mempedulikan engin kereta yang masih berpasang, Orange berlari-lari anak masuk ke perkarangan rumah Noah. Kelihatan berparkir di halaman rumahnya beberapa kereta yang agak familiar bagi Orange tapi dia tidak pedulikan. Tangannya sarat dengan plastik makanan ringan dan minuman botol. Penuh bersemangat dia membeli belah sebentar tadi, memikirkan apa yang bakal dia hadapi nanti. Orange tersenyum sendiri sambil menanti pintu rumah di buka.
Beberapa minit menanti, pintu masih belum di buka. Namun, dia dapat mendengar dengan jelas muzik yang agak kuat dari dalam rumah. Mustahil Noah tidak menanti kedatangan dirinya.
Tok! Tok! Tok!
Orange mengetuk lebih kuat kali ini. Kemudian kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri pintu masuk. Orange tersenyum.
"Hey, Orange! So, you are here! Guys, Orange is comingggg...with lotsssss of foods and drinks."
Orange tergamam di hadapan pintu. Senyumannya hilang. Bukan Noah yang datang membuka pintu tetapi Elisya. Yes, Elisya. Tuan-tuan dan puan-puan, diperkenalkan ex-girlfriend Noah sebelum ini iaitu Elisyaaaaaaaaa. Bagaimana Orange mengetahuinya? Well, wanita apabila sudah meminati seseorang, hingga ke hujung dunia dia menyiasat. Atau membenci seseorang juga sama kisahnya dan bagi kes Noah, Orange menjalankan penyiasatan tersebut diawal perkenalan mereka.
"Thanks for the foods and drinks. Tadi i sebenarnya nak order dari food panda but then Noah said that he know someone better than food panda."
Bamm!
Dada Orange seperti dihempap batu besar, sakitnya bukan kepalang. Nafasnya terasa sesak. Apa yang Elisya cuba katakan? Adakah Noah memanggilnya gara-gara untuk menghantar makanan sahaja? Dia seperti mahu menangis di situ juga.
"Oh, hai Orange!"
Xavier menegurnya sambil mencapai sebotol coca-cola kemudian berlalu ke ruang tamu.
Orange masih tercegat di hadapan pintu. Fikirannya bingung melihat beberapa muka yang tidak pernah dia lihat sebelum ini, kecuali Xavier.
"Come and join us, Orange. Noah kat atas...tukar baju. Xavier said that you are close to him. So, its okay if you want to join us." ujar Elisya sambil duduk di birai sofa.
Orange masih berdiam diri.
"Don't mind her Eli...shes the weirdo that i told you before. Tapi sekarang sudah upgrade sikit tidak lagi seteruk dulu. Hahahahaha!"
Kata-kata Xavier disambut derai tawa sahabat-sahabatnya yang lain. Elisya kemudian melirik memandang Orange dengan pandangan mengejek.
"Oh, ya...damn...i love her style, actualy." Ujarnya sinis.
"Apa yang riuh sangat nie?"
Satu suara yang cukup familiar bagi Orange, hatinya sedikit lega. Please, tell me that this is nonsense. Hold me and tell them to shut up.
Noah turun dari tingkat atas dengan seluar pendek dan t-shirt putihnya, memandang sekilas kearah Orange lalu berlalu kearah Elisya.
"Sorry, sebab lambat..."
Dia merangkul pinggang gadis tersebut lalu mengucup ubun-ubun kepalanya.
Orange kaku, diam seribu bahasa. This is not happening, right? Lututnya terasa lemah. Badannya menggigil menahan marah dan tangis.
"No lah babe...its okay. 1000 tahun pun i sanggup tunggu you, okay." Elisya menjawab manja. Mengada-ngada.
"Wow...the hot couple is back! " salah seorang daripada teman-teman mereka menjerit, di sambut tepukan daripada yang lain.
"I thought you really with 'the weirdo', man...you really got me." Xavier pula bersorak. Noah hanya tersengih sambil duduk di sebelah Xavier tanpa mempedulikan Orange yang kebingungan.
The weirdo? Oh, itu saya. Orange menahan dirinya daripada jatuh terjelopok. Dia tidak sanggup lagi untuk mendengar dan melihat semua itu. Hatinya sakit, sangat sakit, terlalu sakit. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.
Senyuman sinis Noah memandangnya seakan menikam jantungnya berkali-kali. Dia sungguh tidak menyangka semua ini akan berlaku. Bodohnya dia selama ini.
Perlahan dia mengundur kemudian berlari keluar dari rumah tersebut. Dia sudah tidak mempedulikan Xavier yang memanggilnya atau itu Noah atau orang lain, dia juga kurang pasti. Kalau boleh, dia mahu menghilangkan diri selamanya. Dia tidak mahu bertemu dengan sesiapa.
Stupid. How stupid you are, Orange. Takkan awak tidak sedar, lelaki itu tidak pernah ada sedikit pun perasaan dengan awak kecuali perasaan mahu mempermain-mainkan awak dan memperbodohkan awak. Padan muka. Welcome to the new reality, Orange!
Beberapa langkah dari keretanya, Orange jatuh terjelopok. Kakinya tidak mampu lagi menahan dirinya. Air mata jatuh membasahi pipi seakan tidak mahu berhenti. Get up, Orange! Get up!
Perlahan dia bangkit dari jatuhnya, dia menoleh memandang ke belakang dengan harapan ada bayang Noah mengejarnya. Berharap yang semua ini hanyalah satu lagi imaginasi. Namun, dia tahu...ini adalah realiti. Realiti bahawa Noah bukan lelaki impian yang dia impikan. Harapannya hancur berderai, dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan lagi. Menyerah atau bertahan?