Sebiru-biru warna langit, kadang ia akan ditutupi dengan putihnya awan. Memberikan ketenangan kepada penghuni alam, meredahkan panasnya terik mentari.
Orange berjalan terhenjut-henjut keluar dari dalam rumah, terpaksa dia melangkah lebih pantas walaupun kakinya agak sakit. Nanti tidak pasal-pasal dia akan dimarahi oleh Noah, sudah dimarahi nanti diejek lagi. Sedang dia berusaha menutup kembali pintu pagar rumah, tanpa dia sedari Noah sudah berada di belakangnya.
"Go inside the car. Biar saya yang kunci." Noah memberikan arahan singkat.
Orange terpinga-pinga, kurang percaya dengan keprihatinan Noah. Sukar untuk dia mempercayai yang itu ialah Noah, lelaki yang suka menyakatnya dan tidak habis-habis menyusahkan hidupnya.
"Takkan awak nak saya gendong awak masuk dalam kereta?" Noah menambah lagi.
Orange menggeleng pantas lalu cepat-cepat berlalu masuk ke dalam kereta. Amazing, bukan selalu dia boleh melihat sisi cerah milik Noah.
Masuk-masuk sahaja ke dalam kereta, Noah sudah mulai membebel seperti ibu-ibu.
"Itulah...ada hati mau join run tanpa ada sebarang preparation awal. See...susah sendirikan. Perasan sangat hebat." Bebel Noah, Orange hanya tersengih-sengih di tempatnya. Malas mahu menjawab, nanti tidak pasal-pasal bebelannya akan melarat lebih panjang.
"Luckily, nothing happen during your run. Kalau jadi apa-apa, sendiri juga yang susahkan. Exams is around the corner, you know." Ujar Noah lagi. Orange melirik memandang wajah lelaki tersebut. Adakah dia membebel sebab risau atau hanya sekadar membebel untuk menyakitkan hatinya semata-mata? Namun, daripada pengamatan mata kasar jelas terpancar kerisauan di wajahnya. Boleh tahan tampan pula mamat ini bila serius, kelihatan lebih matang dan boleh diharap. Orange bermonolog di dalam hati.
"Hei, are you listening?"
Orange tersentak dari lamunannya. Dia tersengih sambil mengangguk pantas, Noah melirik sekilas kemudian menghela nafas berat.
"Saya dengarlah...every words. Semua yang awak..." kata-kata Orange mati disitu, dia tergamam apabila tangan Noah membelai lembut kepalanya. Adakah dia bermimpi?
"Don't do it again. Awak buat saya risau." Noah berkata lembut tanpa mengalihkan tangannya dari kepala Orange.
Orange terpaku diam, masih berusaha memproses perkara yang sedang terjadi. First, Noah membantunya menutup pagar, second, wajahnya serius risau. Third, dia membelai kepalanya lembut. Forth, dia meluahkan kata 'risau' kepada dirinya dengan lembut (intonasi yang tidak pernah dia dengar selama ini).
"Sorry sebab awak terpaksa berlari seorang diri."
Orange menelan air liur, bingung. Seriously?
"Actualy, i am okay. Don't worry. Sakit sikit saja pun, bukannya..."
"Just don't do it again, please." Noah memotong kata-katanya lagi.
Tanpa dia sedari, dia mengangguk akur. Kemudian barulah Noah menarik kembali tangannya dari kepala Orange.
Wth. Orange tahu, saat itu mukanya mesti sudah merah padam. Mukanya terasa panas hingga ke telinga. Dia membuang pandangannya jauh ke luar jendela. Kalau boleh, mahu sahaja dia membuka pintu kereta dan berguling di jalan raya.
"Nanti waktu rehat, tidak payah ke kantin. I'll help you to buy foods. Just tell me, what do you want to eat." Kata-kata Noah itu membuatkan Orange semakin tidak keruan.
Hari ini hari apa? April fool? Tapi sekarang sudah bukan bulan april. Atau adakah Noah memasang kamera tersembunyi di mana-mana dan sengaja mahu menjadikan dia bahan jenaka? Kemudian nanti, dia akan sebarkan kepada teman-temannya. Orange risau sendiri.
"Emm...well...actualy...No...Noah..." Orange tidak menghabiskan kata-katanya apabila kebetulan dia menoleh kearah Noah, Noah turut menoleh melihatnya. Mata mereka bertentangan, automatik badan Orange seperti terkena renjatan elektrik. Dia kehilangan idea untuk menyambung kata-katanya.
Cepat-cepat dia menunduk memandang hujung kasutnya. OMG. This is humiliating.
"What? Apa yang awak nak cakap tadi?" Noah bertanya apabila lama menanti Orange meneruskan kata-katanya.
Kebetulan saat itu mereka sudah sampai ke sekolah. Orange menggeleng sambil membuka pintunya, pantas dia turun sehingga terlupa tentang kakinya yang sakit.
"Adoi !" Dia menjerit kecil kerana terkejut.
Boleh pula dia lupa tentang kakinya, matanya berair menahan sakit.
Noah bergegas keluar dan menuju kearahnya.
"Awak nie...cuai sangat. Sudah tahu kaki tue sakit, cuba bergerak perlahan sikit. Awak nak kejar apa juga tergesa-gesa? Ada 15minit lagi sebelum jam7.00am."
Orange tidak menjawab, yang dia tahu kakinya sakit tapi dia malu sangat-sangat dan dia mahu sampai ke kelas dengan segera. Noah mencapai beg milik Orange dan memimpin tangan gadis tersebut.
"Hold my hand and try to walk slowly. "
Mahu tidak mahu, Orange terpaksa mengikut arahannya. Okay, first thing yang dia noticed adalah tangan sasa lelaki tersebut. Second, how strong he hold her hand not to let her fall. Perasaan malu semakin menebal di dalam hatinya. Kaki oh kaki...kalaulah dia boleh berlari. Sudah pasti dia berlari 100m menuju ke kelasnya. Noah mengambil berat tentang dirinya, benar-benar di luar kebiasaan. Jantungnya berdegup kencang, why? She can't explain. Sudahlah kelasnya terletak di hujung bangunan, dia berjalan pun slow seperti kura-kura. Confirm jadi tontonan umum. Sabar Orange, sabar.
Dia dapat rasakan renungan mata pelajar-pelajar lain di sekelilingnya, pasti mereka sedang mengata tentang dirinya. Mengada-ngada dengan Noah. Dia menundukkan kepalanya, the weirdo is back.
Walau bagaimanapun, persoalan yang paling penting saat ini adalah adakah apa yang sedang berlaku ini benar dan bukan khayalan atau imaginasi atau mimpi semata-mata? Dia mengangkat kepalanya sedikit, memandang Noah disebelahnya. Yes, its him. Lelaki yang telah menyusahkan hidupnya selama ini dengan menjadikannya 'maid'. Kini berubah menjadi seorang gentleman. Sukar untuk dia menerima kenyataan.
Tuhan, tolong katakan yang saya berada di dunia realiti.
"Hei, Orange! Awak tak nak masuk dalam kereta ke?"
Orange hampir terlompat, terkejut mendengar sergahan Noah tiba-tiba. Dia memandang sekelilingnya, dia masih berada di hadapan pintu pagar rumahnya dan Noah berada di dalam kereta. What the hell ! Am i dreaming or what? Oh, my God!
Orange merenung Noah yang tidak berganjak dari dalam kereta. Seriously? Bukan tadi...
Orange menepuk dahinya kuat.
"Adoi !"
Dia mengaduh sendiri.
Sungguh, apa yang terjadi tadi itu hanya imaginasi dia sahaja? Noah membantunya mengunci pintu pagar, membelai kepalanya, risau tentang keadaan dirinya dan memimpin tangannya ke kelas? Itu semua tipu? Dia kecewa sendiri. Dasar minah kaki angan. Bila di fikir-fikir kembali, semua itu memang hanya satu imaginasi sahaja. Dia menanti Noah datang menjemputnya sehingga dibuai mimpi, kononnya Noah akan prihatin kepadanya kerana kakinya yang sakit.
Noah mengerutkan dahinya, melihat Orange yang tidak berganjak dari berdirinya. Sudahlah tadi sudah beberapa kali dia menekan hon kemudian beberapa kali juga dia menyeru namanya barulah dia sedar. Sekarang, masih terpaku seperti patung. Siap tepuk-tepuk dahi lagi. Biar betul gadis ini, takkanlah kena sampuk sewaktu join larian Fun Run. Noah meremang sendiri.
Melihat gadis tersebut terpinga-pinga, terpaksa dia turun dari kereta dan menyeret Orange untuk masuk ke dalam kereta.
"Adoi, adoi ! My leg!" Orange merengek kesakitan. Noah memperlahankan langkahnya. Rasa bersalah tiba-tiba.
"Haaa, padan muka! Beria-ia sangatkan nak pergi berlari. Nak buang lemak? Buang stress? Iniiiiilah padahnya." Dia memarahi. Bukan dia tiada memberikan amaran, cuma Orange sahaja yang degil dan berkeras. Kononnya, okay...setakat 10km, berjalan kaki sahaja bukan berlari. Hilang kembali rasa simpati yang tadinya timbul.
Orange mencebikkan bibirnya, geram kerana dimarahi ditambah lagi dengan kakinya yang sakit. Ini barulah realiti. The real Noah, Noah the devil.
"Waktu rehat nanti, jangan nak mengada kononnya sakit kaki, so tidak mahu jalankan tugas sebagai 'maid' saya ke kantin. No excuse." Noah menambah lagi sambil tersenyum nakal memandang Orange.
"But..."
Tidak sempat Orange mengatakan apa-apa Noah sudah memberikannya satu jelingan tajam.
"This is what happen when you ignore my words." Ujar Noah sambil berlalu ke tempat duduk pemandu dan Orange terkial-kial masuk ke dalam kereta.
Orange menyumpah-nyumpah di dalam hati. Sakit hatinya diperlakukan sedemikian rupa. Imaginasinya tadi bukan main romantik lagi, siap dibelai-belai. Hakikatnya, Tuhan saja yang tahu.
********
Dengan langkah penuh hati-hati dan perlahan, Orange menuju ke kelas Noah bersama plastik kuih serta setin 100plus. Tiap langkah adalah satu penyeksaan. Namun, dia tidak mempunyai pilihan lain. Selain daripada terpaksa menurut kata-kata Noah. Pagi tadi, Noah siap memperlihatkan kepadanya gambar separuh daripada part-part sensitif di dalam diarinya. Selama ini dia ingatkan sekadar penipuan semata-mata sahaja. Ternyata, benar.
"Siap untuk diedarkan." Bisikan Noah di telinganya membuatkan dia seperti mahu menjerit geram. Ditambah lagi dengan senyuman nakal Noah yang membawa seribu makna. Sungguh menjengkelkan.
Kalau beberapa minggu lalu dia semakin baik dan kurang kerenah mengganggu Orange. Hari ini, perangai syaitannya itu datang kembali dan kenapa sewaktu keadaan dia seperti ini jugalah angin jahatnya itu datang. Tidak pasal-pasal dia terpaksa berjalan seperti orang cacat ke kantin. Poor you, Orange. Dia hampir mahu memuja lelaki itu kerana berjaya mengubah dirinya sedikit demi sedikit. Kini, dia kembali rasa sebal dengan sikapnya.
"What take you so long? Sit." Noah memberikan arahan.
Orange duduk di sebelah lelaki itu dengan akur. Apa lagi yang boleh dia katakan, selain daripada menurut setiap kata-katanya. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia menumbuk-numbuk dan membelasah Noah. Namun, apakan daya Noah itu lelaki dan lebih tinggi serta besar daripadanya. Dibandingkan tangan kurusnya dengan Noah, mungkin 2 atau 3 kali. Sudahlah tough. Orange hanya mampu berimaginasi.
"This is yours."
Noah menolak beg bekal kepada Orange di atas meja. Orange membesarkan matanya, memandang beg bekal berwarna hitam tersebut. Terkejut. Dia melirik memandang Noah yang sibuk memasang earphones di telinganya.
"Mama saya bekalkan untuk saya tapi saya tidak berminat. Awak habiskan. Jangan ada sisa yang tertinggal." Noah memberitahu, seakan faham dengan raut wajah Orange. Kemudian dia diam seribu bahasa, hanyut dalam dunianya sendiri. Matanya terpejam rapat sambil tubuhnya dia sandarkan di dinding kelas.
Orange merenung beg bekal itu kembali. Dia terkebil-kebil kehairanan.
"Just eat it. Saya tak letak racun pun dan tak payah risau dengan ilmu pengasih. You are not my taste. Plus, you are under my control even without 'ilmu pengasih'."
Noah seakan tahu akan keragu-raguan Orange.
Orange menarik nafas geram, not my taste? Macamlah dia taste saya. Perasan hensem. Dia mencebik di dalam hati.
Setelah beberapa ketika berdiam diri, bermonolog sendiri mahu atau tidak mahu dan di dorong lagi dengan perasaan ingin tahu dan perut yang berkeroncong (sebab dia belum menjamah apa-apa sejak pagi) dia mengeluarkan bekas makanan tersebut dari dalam beg bekal milik Noah. Orange terlopong seketika melihat makanan yang disediakan oleh mama Noah. Ala-ala makanan hotel. Kemas dan menarik tekstur nasi goreng kampung serta telur mata kerbau diatasnya. Orange menelan air liurnya gembira. This is my favourite! Senyuman terukir di wajahnya, lupa seketika tentang geramnya dengan Noah.
Satu suap, dua suap, tiga suap dan bersuap-suap lagi, sehinggalah habis bersih di dalam bekas. Boleh tahan juga sedapnya, lebih sedap daripada masakan kantin sekolah and of course setaraf dengan restoran sekitar bandar. Kalaulah hari-hari Noah memberikan kepadanya, dia sanggup. Jimat dan berbaloi. Dia tertawa girang di dalam hati.
Sesekali matanya melirik memandang Noah yang seakan khusyuk dengan earphonenya. Lagu apa yang dia dengar, dia juga tidak tahu. Kuih dan 100plus yang dia pesan tidak bersentuh di atas meja. Sia-sia sahaja dia berebut dengan adik-adik aliran perdana dan sia-sia juga dia menahan sakit naik turun tangga untuk ke kantin, kalaulah dia tahu Noah tidak akan memakannya tidak dia bersungguh-sungguh berebut membeli karipap sardin tersebut. Nasib baiklah, ada nasi goreng kampung bekalan Noah yang diberikan kepadanya. Sejuk sedikit hatinya.
Noah membuka matanya sedikit, melihat reaksi wajah Orange dia tersenyum sendiri. She likes it. Senyuman manis gadis itu membuatkan dia hampir hilang akal. Kemudian dia cepat-cepat memejamkan kembali matanya. Cuba menyembunyikan perasaannya yang tidak keruan, dia berharap yang Orange tidak menyedari degupan jantungnya yang seakan paluan kompang. Sukar dikawal. Dia juga berharap yang Orange tidak menyedari pipinya yang sudah merona merah.