Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Camelia

🇲🇾MeniditQumang_92
--
chs / week
--
NOT RATINGS
16.6k
Views
Synopsis
Tajuk :Camelia Written by Paradise Kiss Genre :Romence Sinopsis Camelia seorang Reporter bahagian jenayah .Sempena Hari Penjara sedunia Camelia diberi tugas untuk menemu ramah seorang banduan yang berprofil tinggi di sebuah penjara Cambian Hell Lockup .Dimana penjara tersebut untuk menempatkan banduan yang melakukan jenayah berprofil dan dihukum sampai mati.Salah seorang banduan tersebut adalah Profesor Zen Burney seorang banduan yang di penjara atas kesalahan menyalahgunakan dadah sebagai ubatan terlarang ,menyeludup senjata api dan menjual organ manusia.Sikap nya yang bengis dan ganas begitu menggerunkan apabila P.ZB merupakan seorang ketua gangster yang menguasai penjara tersebut .Debaran demi debaran yang menyesakkan nafas Camelia ternyata keberanian nya diuji ketika bertemu empat mata dengan banduan tersebut . Nantikan detik yang penuh debar..
VIEW MORE

Chapter 1 - Bab 1

Tajuk : Camelia

Written by Paradise Kiss

Genre: Romence

Cover by Mr Google

Part 1

Zappp!!! Sebuah fail sulit diletakkan menghadap Camelia .Pantas tangan membuka dan membaca isi kandungan fail tersebut .

Nama :Profesor Zen Burney

DOB: 19 April 1974

POB:Hospital Metro City

-Mempunyai seorang kembar (Tidak jelas identiti)

--Dibesarkan dekat rumah Anak Yatim piatu

-Di angkat oleh keluarga Herdart

-Bersekolah di Sk Taman Indah Mega Metro -Smk Mega phase 2

-belajar di Imperial College London

-Merupakan seorang Pengarah di sebuah Hospital Herdart

-dipenjara atas kesalahan Menyalahgunakan dadah,Menyeludup senjata api ,menjual organ manusia .

-menjalani hukuman sampai mati .

Bila ..bla..bla...bla.....perbagai persoalan yang menyapa kepala Camelia .Sesekali dia memandang Mr.Tony dengan kening yang berkerut .

"Itu tugas penting aku nak kau jayakan misi ni " Dengan muka yang serius Mr Tony memandang tepat ke arah mata Camelia .

"Misi!? "Tanya Camelia sambil meneliti butiran yang tertulis pada kepingan di jari nya .

."Aku nak kau buat sesuatu untuk aku melalui sesi temu ramah yang tertutup nanti ."Camelia merenung tajam apabila mendengar bosnya berkata.

"Menarik!Saya akan cuba buat yang terbaik untuk Tuan.."sahut Camelia tanpa banyak soal .

Sekeping gambar berukuran passport di renung nya lama .Ada sedikit getaran mengusik jiwa nya.

"Minggu depan hari Penjara sedunia saya sudah buat temu janji awak dengan dia dan dia pun sudah memberikan maklumbalas yang positif .Saya tak nak awak buang masa nanti ..sekarang awak dah dapat maklumat dan sediakan apa yang patut nanti .."arah Mr.Tony kepada Camelia .

"Tapi Tuan ..ni berisiko .."belum sempat Camelia menghabiskan ayat nya Mr.Tony menjeling nya dengan pandangan yang tajam dan serius.

"Ini arahan FAHAM?"

"Faham Tuan "Camelia tunduk dan segera beredar dari ofis MrTony .

****************

"Masa nya sudah sampai kawanku sekali pun aku yang terkorban nanti .." Ucap Mr Tony dengan penuh semangat .Terlalu lama untuk dia membuat persiapan bagi menghubungi kawan lamanya itu .Cambian Hell Lockup bukan mudah untuk mendekati tempat tersebut kerana terlalu ketat dijaga oleh warden penjara .

Flashback...

Sebulan yang lalu dalam perjumpaan sulit.

"Urdan ...saya nak minta pertolongan dari kamu ." Urdan seorang tentera yang diberii tugas untuk mengawasi penjara Cambian Hell Lockup .Pertemuan rahsia tersebut berakhir tidak sampai 15 minit mereka berbincang .

"Kalau macam itu tunggu bulan depan sebab tidak lama lagi Hari Penjara Sedunia masa itu kami longgarkan kawalan sesiapa yang ada pas kami benarkan melawat .Jangan risau nanti saya arahkan tempat dia temu ramah disebuah tempat tertutup tanpa pengawasan cctv ." kata Urdan bersetuju memberikan kerjasama kepada Mr Tony .

***************

Sampai sahaja di meja nya Camelia mengeluarkan lagi isi kandungan dalam fail tersebut dan meneliti nya semula .

"Penjenayah yang berprofil tinggi ni ..boleh tahan hensem .Kenapa nak buat jenayah ..?"Camelia bercakap seorang diri .Hati nya terasa ingin tahu tentang lelaki itu .Ada sesuatu yang menarik hati nya .

"Cambian Hell Lockup bukan penjara biasa .Penjara yang tidak asing dengan sinario kematian banduan gangster yang bergaduh antara kumpulan gangster di dalam penjara .Sedia la Camelia ..misi penting .."sambil menggaru kepala nya yang tidak gatal Camelia memberi semangat kepada diri nya ..

Siapa yang tidak berasa gerun dengar nama penjara tu .Cambian Hell Lockup pernah mencatat kematian beramai ramai dalam masa satu hari oleh sebab itu tidak hairan jika setiap hari ada kematian dalam penjara .

#Bersambung