Hanic meneliti setiap butiran yang ada pada fail itu. Otak nya menganalisis sesuatu. Sesekali tangan nya mengurut dagu nya yang tidak berjanggut.
"Macamana? "Tanya Camelia sambil menyedut minuman nya.
"Tiada masalah tapi aku tak suka kau buat kerja macam ni kecuali ada aku baru boleh.Kalau nak buat ni sorang bahaya.Kau tu perempuan tempat tu bukan tempat yang selamat. "Jawab Hanic ada sedikit kerisauan bersarang di hati nya.
"Tak payah la risau lupa ka? Aku ni ada tali pinggang hitam. Macam tak biasa buat kerja macam ni "ujar Camelia mengingatkan Hanic tentang diri nya.
"Ok tapi kau kena hati hati sayang. "Jawap Hanic sambil menatap wajah Camelia.Ada kerisauan bersarang di hati nya.
"Kenapa pandang saya macam tu? "Tanya Camelia berasa janggal.
"Takut kau jatuh cinta sama banduan itu nanti "Gurau Hanic. Camelia mencelungkan mata nya.
"Gila! Tidak masuk akal baitu "Camelia tertawa mendengar kata kata Hanic.
"Bila kau pergi sana? "Tanya Hanic sambil menjamu hidangan nya
"Minggu depan Hari penjara sedunia kalau hari lain tidak dapat itu pun aku ada tujuh hari sahaja untuk misi ini"jawap Camelia panjang lebar.
"Ohhh"Camelia memandang Hanic seketika lelaki di depan nya itu seolah terganggu.
"Kenapa? "Tanya Camelia ingin tahu.
"Takde apa apa.Macam best saja kes Prof. ZB ni. Kalau tidak silap saya ada khabar angin yang mengatakan dia dikhinat oleh adik angkat dia. Ya orang kaya man Bola duit dan kuasa bersatu darah daging pun boleh bermusuh apalagi orang luar seperti dia. Tapi yang pelik nya selepas satu Malaysia dilanda berita panas ni case disenyapkan tidak sampai satu minggu.. Kes ditutup terus.Top top keluar breaking news dia kena penjara seumur hidup. "Ujar Hanic menceritakan semula kes tersebut dengan nada yang rendah.
"Macam tu saja. Ada bukti kukuh ke dia buat semua tu. "Tanya Camelia berminat ingin tahu.
"Entah tapi yang aku tahu peguam bela dia mati kena serangan jantung selepas membicarakan kes tersebut. "Beritahu Hanic sambil menyudukan makanan yang bersisa di pinggan nya. Camelia memasang telinga otak nya seperti menganalisis sesuatu.
"Dan khabar angin mengatakan dia juga pembunuh yang kejam dipenjara dan merupakan ketua gangster dipenjara tersebut apabila dia telah membunuh seorang ketua gangster yang paling berpengaruh dalam penjara. "Dahi Camelia berkerut perut nya kecut. Dapat dia bayangkan rupa Prof. ZB berkepala botak dan berwajah bengis.
Ada gementar menyetuh hati nya.
"Penjenayah yang berprofil tinggi macam dia ni memang tak heran la kalau dia dapat membunuh dalam penjara."kata Camelia sambil menelan air liur kerana tekak nya terasa kering.
"Entah betul entah tidak saya pun tak pasti sebab tak sahih sangat. "Kata Hanic menyudahkan cerita nya.
"Tu saja ka?? Ada info tak pasal adik kembar dia.? "Tanya Camelia lagi.
"Tu saya tak tau la. Seiras ka tidak wajah Durang pun aku tak tau"jawap Hanic ringkas.
"Ok. Apalagi yang awak tau pasal dia "Tanya Camelia lagi..
"Tu saja. Itu pun Dari Sumber yang tidak sahih. Biasa la cerita dari mulut ke mulut. "Jelas Hanic. Camelia mengeluh sedikit hampa. Perasaan ingin tahu Camelia seolah mendesak diri nya ingin mengetahui lebih banyak lagi tentang siapa Prof. ZB.