Camelia
Bab 2
Camelia mengeluh jemari nya mengetuk meja. Sesekali kepala nya mendongak ke atas siling. Pelahan lahan nafas nya dihembus seakan buntu entah mengapa fikiran nya seperti ditekan oleh persoalan.
Hannic! Sebaris nama terlintas di fikiran nya. Senyum mula terukir di bibir nya yang mungir.Camelia pantas mengambil telefon pintar nya.
"Helo Han... kau free tak? "Soal Camelia sambil menggigit kuku telunjuk sambil menanti jawapan dari Hanic.
"Untuk kau Camelia ku sayang bila bila saja aku free... Kau kat mana sekarang? Aku pergi tempat kau. "Camelia tersenyum mendengar jawapan Hannic yang tidak pernah menghampakan nya.
"Nanti aku hantar location"jawap Camelia kemudian mematikan talian.Tangan nya pantas menekan papan kekunci untuk menghantar location. Sebelum keluar dari pejabat Camelia mengemas meja yang berselerak dan memasukkan fail yang diberikan Mr. Tony kepada nya tadi.
*****************
Beberapa minit menunggu diluar bangunan pejabat sebuah kereta vios silver model lama berhenti didepan nya. Pintu cermin diturunkan Hannic menyapa Camelia dengan senyuman mesra.
"Masuk la apsal tercegat..? Aku tau la aku hensem jangan la pandang aku macam tu?"Kata Hannic sempat mengenakan Camelia. Mata Camelia dijulingkan apabila mendengar usikkan Hannic.
"Perasan weiii "Camelia tersengih sambil meloloskan badan ke dalam kereta.
"Betul apa kalau aku tak hensem mesti takde gadis yang menangis disebabkan aku "balas Hannic sambil angkat bakul.
"Kalau dah kau sandang playboy pulau borneo gadis mana tak menangis kecuali aku "kata Camelia tidak mahu kalah.
"Kau tu yang jual mahal sangat "Hannic ketawa
"Takpe mahal tu aset yang penting untuk hati..."
"Ye la tu... "Kata Hannic mengalah dengan sahabat baik nya.
Camelia seorang gadis yang berhati kayu seperti tidak mempunyai perasaan terhadap lelaki .Kenangan silam yang Camelia miliki cukup membuat Camelia fobia untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidup nya apatah lagi apabila kepercayaan telah dikhianati oleh bekas kekasihnya. Berkali kali Hannic telah meluahkan perasaan nya terhadap Camelia tetap juga gadis disebelah nya itu menolak cinta nya. Apapun kawan pun kawan la asalkan tidak hubungan kawan mereka tidak putus. Pendirian gadis itu tetap teguh walaupun dari universiti lagi dia cuba memenangi hati Camelia.
Mereka tiba di sebuah cafe keadaan agak lenggang sedikit jika di lihat dari luar.
"Bah jom keluar "ujar Camelia apabila melihat Hannic seperti mengelamun.
"Bah jom la.. Kita keluar sama"Camelia menggelengkan kepala melihat telatah Hannic.
'Tentu ada sesuatu yang mengganggu fikiran dia.. Aku kat sebelah dia boleh mengelamun hisshh! 'Kata Camelia dalam hati sambil mereka bejalan bergandingan masuk ke dalam cafe.
Bersambung