Chereads / Back To Febuary / Chapter 43 - Bab 43

Chapter 43 - Bab 43

4 Mac 2011

Tia masih lagi sendirian di Pulau Langkawi. Sudah seminggu dia menjejakkan kaki di situ, membawa sisa hati yang berkecai dengan harapan akan pulih seperti sediakala.

Mengeluh. Sambil memandang langit. Hatinya semakin resah. Tak tahu apa yang harus dia buat. Apa yang harus dia fikirkan. Kemana patut dia pergi selepas ini.

"Kau ok?" Suara seseorang menyedarkan Tia berada di dunia nyata.

"Emm." Tia hanya memeluk tubuhnya.

"Sampai bile kau nak dudok sini?" Tanya Amirul.

"Entahlah." Amirul mula mengusap mukannya berkali-kali. Jawapan Tia yang bersahaja membuatkan Mirul tertekan sekejap.

"Aku tak boleh nak stay sini lame-lame. Kerje aku da banyak sangat aku tangguh."

"Sape suruh kau ikot aku." Jawab Tia.

"Da tu, takkan aku nak biar kau sorang-sorang kat sini."

"Aku ok jek kot." Tia menguis-nguis pasir pantai dengan sebatang kayu.

"Kau ni kan. Aderhhh! Ade jek jawapan." Amirul geleng kepala.

***

"Nah ayah." Zafril menghulurkan piring yang berisi beberapa biji ubat untuk ayahnya. Ubat tersebut di masukkan ke dalam mulut lalu meneguk air kosong yang sudah di sediakan.

"Kamu da jumpe Tia?" Sambil menghulurkan gelas kepada Zafril. Zafril menggeleng perlahan.

"Kamu tak tahu langsung kemane die pergi?"

"Tak ayah." Ayahnya mengangguk tanda faham.

"Kamu sedih?" Ayahnya memandang tepat pada mata anaknya. Zafril tersentak bila mendengar soalan tersebut. Perlahan die menundukkan kepala.

"Ayah dapat rasekan yang kamu sedih dan kamu masih mengharapkan die balik semule kan?" Kaca yang terkumpul di balik mata, akhirnye berderai juga. Hatinya semakin sebak bila memikirkan Tia.

"Sabarlah, anggap sajelah semue ni dugaan untuk mematangkan diri kamu. Kalau betul die jodoh kamu. Jauh mane pon die pergi. Tuhan akan temukan jugak kamu berdue." Nasihat ayahnya.

"Terime kasih ayah."

Zafril berjalan menuju ke biliknya. Perlahan pintu ditutup dan tombol kunci ditekan. Tingkap bilik dibuka. Hanya termenung sambil memandang langit. Dia termenung, termenung dan termenung. Dia menghampiri meja lalu mengambil sebuah buku diari miliknya. Menulis apa yang terbuku, apa yang ingin diluahkan.

'Adakah aku masih diperlukan?

Adakah masih sebahagian?

Atau hanya serpihan yang dibuang,

Dibuang mahupun di tinggalkan.

Mungkin aku punca sebalik api yang nyala,

Tapi,

Tak usahlah kamu memarakkannya,

Atau dibiarkan ia dibakar segala sisa yang ada.

Kalau di beri peluang,

Mahupun tipis diberikan,

Seperti debu api beterbangan,

Akanku pegang untuk perbaiki apa yang telah dimusnahkan.

Akan tetapi,

Jika benar aku sekadar serpihan,

Izinkan aku untuk lenyap seketika mahupun selamanya,

Lenyap di dalam api yang telah lama nyala,

Dan aku mati di mata semua.'

Peritnya seseorang memendam kesalahan dalam dirinya. Terasa kesalahan tidak diterima bumi dan mahu pergi ke planet yang terima diri. Zafril sebamkan mukanya di atas meja hanya memejamkan mata dan terus memasuki ke ruang mimpi.

Kini dia berada betul-betul di tengah kawasan lapang. Suasana yang kurang jelas kini bertukar sikit demi sedikit. Lantai yang dia pijak kini bertukar menjadi padang pasir yang luas. Zafril meneruskan perjalanan, dia masih lagi keliru dengan tempat tersebut.

"Aku kat mane?" Perjalanannya menjadi semakin jauh. Dirinya juga semakin penat.

"Tolong!!!" Kaki Zafril menghentikan langkah. Dia terdengar suara seseorang meminta tolong. Hampir 360 darjah dia memusingkan badannya, tapi masih tidak tahu arah mana datangnya suara tersebut.

"Tolong!!" Lagi sekali. Dari jauh Zafril melihat ada sebentuh tubuh kecil berbaju putih. Zafril berlari menghampirinya. Alangkah terkejutnya Zafril melihat seseorang yang di tenggelamkan separuh badannya ke dalam pasir tesebut. Lebih mengejutkan lagi orang tersebut ialah Tia.