Chereads / Back To Febuary / Chapter 44 - Bab 44

Chapter 44 - Bab 44

Laju Zafril menggali pasir di sekeliling Tia menggunakan tangannya. Tetapi semakin banyak Zafril menggali pasir, Tia semakin ditelan ke perut bumi. Itu membuatkan Zafril begitu sebak.

"Zafril... tolong aku Zafril..." Rayu Tia dengan muka yang begitu takut.

"Ye Tia, kau jangan takot ok..." Kini keadaan Tia sudah hampir ke paras dada. Tia semakin takot bila dirinya semakin tenggelam. Manakala Zafril semakin menggali pasir tersebut.

"Aku mesti selamatkan kau..." Zafril berusaha sekeras mungkin.

"Zafril... berhenti Zafril..." Arah Tia. Zafril tidak peduli apa yang diperkata oleh Tia.

"Tak-tak. Aku tak akan berhenti selagi kau tak keluar." Zafril masih meneruskan menggali.

"Berhenti Zafril!" Jerit Tia. Kini Tia sudah paras leher. Zafril berhenti menggali lalu menangis.

"Kenape mesti macam ni Tia?" Tanya Zafril.

"Zafril... memang dah takdir aku untuk lenyap di muka bumi ni Zafril..."

"Tak-tak. Mesti ade care lain Tia." Zafril melihat sekelilingnya, mencari sesuatu yang boleh keluarkan Tia dengan cepat.

"Tak Zafril... Aku memang da tak boleh di selamatkan lagi." Kata-kata Tia membuatkan hati Zafril begitu sebak.

"Kenape kau cakap macam tu? Kau jangan risau... macam mane sekalipun aku tak akan tinggalkan kau." Zafril menyeka air mata Tia.

"Tapi... kau dah pon buat macam tu Zafril." Zafril tersentak. Perlahan-lahan Tia diserap ke dalam pasir.

"Tak-tak! Jangan pergi Tia!" Zafril terus mengais. Tetapi hakikatnya Tia terus di telan ke dalam perut bumi.

"Tiaaaaaa!" Jerit Zafril. Dia menumbuk-numbuk pasir tersebut.

"Arggghhhhh! Sial!"

Tit-tit! Tit-tit!

Jam lonceng menunjukkan pukul 5 pagi. Zafril tersedar dari mimpi buruk tersebut. Sejak malam tadi dia tertidur di meja tulisnya. Dia cuba menegakkan badannya, hampir lenguh keseluruh tubuhnya. Buku diari di atas meja, Zafril simpankan semula. Termenung sekejap memikirkan mimpi tadi.

Dia cuba untuk selamatkan Tia, tapi hakikatnya tidak berjaya. Bukan setakat dunia nyata, malah di dunia mimpi juga dia tidak dapat menyelamatkan Tia.

"Manelah kau pergi Tia?"

***

Tia terjaga dari tidur. Tangannya mencapai telefon yang berada di meja bersebelahan dengan katilnya. Menunjukkan jam pukul 5.30 pagi. Perlahan-lahan dia menegakkan badannya. Dia termenung seketika, hati tiba-tiba resah memikirkan Zafril. Lalu mengabaikan fikirannya. Dia menarik nafas panjang dan hembus perlahan.

"Aku redha."

***

Zafril termenung di barista. Dia bekerja di sebuah cafe yang terletak di dalam pasaraya besar. Barista adalah tempat atau jawatan yang dia pegang. Sepanjang hidupnya, dia suka dengan haruman kopi dan seni yang terletak di kopi tersebut. Sebab itu dia memilih pekerjaan di sebuah cafe.

"Termenung lagi?" Seseorang menegur Zafril. Zafril tersentak. Dia pura-pura membuat kerja membersihkan mesin kopi.

"Kau ok?" Tanya Sham. Dia merupakan rakan sekerja semenjak hari pertama lagi Zafril memasuki cafe tersebut.

"Hmm." Terlalu singkat jawapan Zafril.

"Kau fikirkan Tia lagi?" Zafril pernah ceritakan tentang Tia kepada Sham. Memamdangkan Sham jenis kawan yang memahami dan selalu besama Zafril tidak kira gembira mahupun sedih.

"Dah cuba call die?" Tanya Sham lagi.

"Tak..." Zafril melipat semula kain yang digunakan tadi.

"Asal?" Zafril mengeluh.

"Entahlah... setiap kali aku nak call die... jari aku ni macam tak nak tekan. Kau paham tak?" Luah Zafril.

"Ke kau risau die tak nak jawab call kau?" Sham meneka.

"Mungkin." Jawab Zafril perlahan.

"Kadang-kadang lebih bagus kite mencuba walaupon jawapannya kite sendiri dah tahu, daripada tak cuba langsong... hujong-hujong hati sendiri yang merana." Nasihat Sham membuatkan hati Zafril sedikit terkesan.

"Insya Allah. Aku cuba."