Waktu pulang.
Selepas makan. Aku buat keputusan untuk pulang. Memandangkan Zafril seronok berbual dengan kawannya yang lain. Jadi aku tak nak ganggu. Biarlah dia.
"Pssttt! Zafril!" Aku panggil dari meja aku.
Zafril datang dengan muka yang bersahaja.
"Kenapa?"
"Aku nak baliklah."
"Ok jom." Zafril ingin mengambil beg tapi sempat di tahan oleh aku.
"Eh! Tak apalah. Kau borak jelah dengan diorang. Aku boleh balik sendiri."
Zafril memandang aku dengan pelik.
"Sure?"
"Ye. Aku balik dulu." Aku terus pergi. Sempat terhidu minyak wangi dia yang manis. Tadi tak ada. Baru spray agaknya.
Aku berjalan melepasi tempat menunggu bas. Tiba-tiba rasa rindu menyelubungi diri. Adurh! Dah kenapa angau sangat ni? Baru sekejap tak bertentangan.
Tapi kenapa baru tadi dia pakai minyak wangi? Dah lama aku tak hidu bau manis dia. Mengeluh. Berjalan perlahan sambil memandang ke belakang.
"Zafril tak nak balik ke?" Sedih.
"Eh? Asal nak suruh dia balik pula? Aku sendiri yang tak bagi tadi. Heish." Ngomel aku seorang diri.
Sedang asik berbual. Tiba-tiba langit mendung.
'Macam nak hujan. Tia dah sampai rumah ke belum ye?' Bisik Zafril dalam hati.
Dia terus bangun dan menggalas begnya.
"Kau nak balik dah ke?" Tanya Fahmi.
"Aah. Nak hujan tu. Aku gerak dululah."
Zafril bergegas berlari melepasi kawasan sekolah. Hujan mula turun dengan lebat. Zafril terus melulu masuk ke pondok berhampiran taman.
"Tia dah sampai rumah agaknya." Zafril sandarkan badannya pada tembok batu.
Tak lama selepas itu, Tia tiba di pondok dengan basah kuyup.
Haaaaaacum!
"Sejukkkkk." Aku memeluk tubuh.
"Tia?" Zafril memandang aku.
Aku menggosok mata aku. Mimpikah?
"Aku main hujan lama sangat ni. Sampai bayang Zafril pun muncul. Hahaha."
Zafril menghampiri aku. Wajahnya tepat memandang aku.
"Adakah ini cinta?"
Pap!
Dahi aku di jentik. Kali ni terasa betul sakit dia.
"Adurhhh! Bukan mimpi."
"Dah sedar belum? Kalau belum aku jentik lagi sekali... Gila."
Wah. Sedap gilakan aku ni. Dahi aku usap perlahan. orang lain dahi berbekas kuat sembahyang. Aku dahi berbekas madah kena jentik je hari-hari.
"Aku ingat kau dah sampai rumah. Kenapa jalan lambat? Kan dah basah. Nanti demam. Ada bawak tuala kecil tak? Aduhai dia ni."
Aku jadi terkesima bila Zafril tiba-tiba membebel. Tak sangka.
"Wow! Relax. Aku.. Haaaaa....cum! Ok. Aku selamatkan anak kucing atas pokok tadi."
Zafril mula geleng kepala. Tangannya menyeluk sesuatu dalam beg galas.
"Nah. Lain kali hati-hati." Tuala muka di hulurkan Zafril. Dia risau?
"Untuk aku ke?" Aku bertanya. Macam tuala dia guna masa sukan tadi je.
"Taklah. Untuk aku. Untuk kau lah siapa lagi kat sini?"
"Yelah. Belum gunakan?"
"Aku guna lap tangan basah je tadi."
Tuala muka kini bertukar tangan. Bau minyak wangi melekat pada tualanya. Tuala miliknya aku biarkan lama pada muka aku.
"Kenapa kau suka hidu bau aku huh?" Laju aku memandang dia.
"Huh?! bila?"
"Baru tadi kau buat."
Aku cuma sengeh. Tak tahu nak bagi reaksi macam mana.
"Dulu masa first time kita tersekat dalam koperasi. Kau betul-betul belakang aku. Aku rasa kau tengah hidu bau badan aku."
Tuala tadi aku terus tutup kepala aku. Malunya. Dia boleh dapat tahu pula.
"Tapi cara kau tulah buat aku ingat kau."
Tuala yang menutup kepala aku selak sedikit. Dia mula mengusap tengkuknya. Adakah dia malu?
"Zafril." Dia menoleh ke arah aku.
"Masa kau pergi tu, Kau tak lupa aku ke?" Aku tundukkan kepala.
Zafril hanya senyum melihat Tia.