Bahagian IV
Aria terkejut dengan tindakan Yami, apabila dia mengorbankan sisa hidupnya untuk menyelamatkan dirinya dan Mai. Aria tidak pernah merasai kekuatan sebegini sebagai mahou shoujo dalam sepanjang hidupnya. Teras magikanya dipenuhi dengan kuasa hangat daripada lelaki itu. Dia juga tidak menjangkakan lelaki itu mempunyai keberanian untuk melakukan perkara itu terhadapnya. Lelaki itu telah mengambil 'ciuman pertama'nya, untuk menyelamatkannya. Tidakkah lelaki itu tahu bahawa jangka hayatnya itu semakin singkat kerana memberikan kuasa hidupnya kepada Aria? Lebih utama lagi, mengapakah lelaki pengecut itu mempunyai keberanian mengucupnya? Selama Aria tinggal di rumah Yami, tidak sekalipun lelaki itu menunjukkan minat terhadap gadis-gadis jelita seperti Aya, Mai dan Eri. Saaya mungkin agak 'biasa-biasa', tetapi tidak dinafikan Saaya juga tergolong dalam gadis cantik, tetapi tidak juga menarik minat Yami, yang menganggap gadis itu hanyalah kawan biasa. Bagaimanakah pula dengan diri Aria? Aria sering kali mengunjungi biliknya, menggunakan katilnya sebagai tempat mempamerkan 'pose' wanita seksi, tetapi tidak sekalipun Yami menunjukkan minatnya. Aria mula kehilangan keyakinan terhadap dirinya sebagai gadis cantik, lalu menghentikan provokasi seksualnya. Walau bagaimanapun, Aria tetap menyinggah bilik Yami seperti biasa.
Aria menggelengkan kepalanya, cuba menghentikan persoalan mindanya mengenai Yami. Semuanya kerana ciuman lelaki itu! Aria tidak mampu untuk membazirkan masa lagi, sebaliknya bersiap-sedia untuk menghadapi serangan musuhnya, entiti bertaraf S itu. Dia mengaktifkan semula kuasa 'operator', yang menjadi unit sokongan kepada mahou shoujo. Matanya tertatap kepada fungsi terkini yang wujud setelah mendapat kuasa daripada Yami. Adakah kekuatannya sudah dinaiktarafkan melalui kuasa nyawa Yami?
Kuasa Mai bagaikan berlipat kali ganda dengan bantuan Yami. Ciuman Yami itu mengubahkan kekuatan miliknya. Kuasa Mai berbeza daripada Aya kerana dia ialah mahou shoujo generasi terakhir, yang menggunakan emosi sebagai punca kuasa berbanding nyawa seperti Aya. Justeru ciuman Yami tidak membawa apa-apa makna kepada Mai sepatutnya. Tetapi jangkaannya meleset kerana Mai dapat merasakan kekuatan memuncak dalam dirinya. Tahapnya sekarang menghampiri kuasa milik seorang mahou shoujo bertahap Master. Sambil terbang untuk menentang Tiamat, dia sempat menjeling ke arah Yami, yang terbaring kelesuan di padang rumput itu. Selama ini, Mai menyangkakan Yami membencinya. Ciuman pertama Mai kini milik Yami, yang sering diejeknya sebagai 'Yarem' (Yami + Harem). Dia tidak tahu apakah kini yang melanda hatinya. Dia juga tahu, lelaki itu, Yami merupakan insan yang dicintai oleh protegenya, Aya, tetapi hatinya mula dibayangi kelembutan bibir lelaki itu. Entah mengapa, dia juga telah mengucupi lelaki itu, biarpun dipipinya, membalas kebahagiaan kecil itu. Adakah ini dikatakan cinta?
Mai mengatupkan matanya, menarik nafas panjang. Dia mula menyeru pistol kesayangannya itu lalu memulakan serangan jarak jauh, membantu Aya menghadapi Tiamat. Aya juga, tidak lagi dalam keadaan ragu-ragu telah menggunakan kekuatan nyawa Yami, mengasak entiti S itu bertalu-talu menggunakan 'Master Mode', kekuatan terunggul yang dipunyai mereka bertahap master. Raksasa yang dihadapi mereka itu tidak gusar menghadapi kuasa penuh Aya, malah menunjukkan riak gembira seperti penggila perang. Bunyi letupan dan lagaan besi bergema sana sini, menunjukkan pertarungan mereka semakin menuju ke arah klimaksnya. Hati Mai bergelora, ingin cepat menamatkan pertempuran itu untuk memastikan keadaan Yami setelah kelesuan memberikan kuasa kepada mereka. Dengan sokongan Aria, serangan Mai bertambah hebat dan sedikit demi sedikit, raksasa bersusuk manusia itu semakin parah dan kehilangan kuasa perangnya.
"Argh... Mustahil!" Tiamat mula terdesak. Dia tidak lagi teragak-agak bertempur menggunakan kuasa terkuatnya.
"Kuasa bintang! Pancungan cahaya!" Aya cuba memancung raksasa itu, tetapi Tiamat menghalang. Biarpun gagal, Tiama tetap terluka.
"Aku tidak percaya akan ketewasanku ini! Kuasa penuh!" Tiamat yang hilang sabar menggunakan kuasa sebenarnya. Namun, hal itu tidak menggugatkan mereka bertiga.
"Operation On – Super Nova! Aya-sama! Mai! Jangan ragu lagi, gunakan 'master mode' kamu sekarang!" Jerit Aria.
"Master mode – Primula EX!" Aya yang mendengar jeritan Aria, mengangkat sebelah tangannya ke udara lalu membacakan kata kunci untuk kuasanya. Badan Aya diselubungi cahaya lalu pakaian saktinya menjadi lebih hebat dan bergaya.
"La la li pi la lu, Fo̱s ti̱s alí̱theias!" Pedang kristal Aya seraya bercahaya dan menjadi pedang yang sangat gemilang yang digelar – "Excilibur!"
"Master mode? Saya?" Mai berpaling ke arah Aria, seakan tidak percaya akan kata-katanya.
"Ya, dalam jangka masa yang singkat, awak dapat menggunakan kuasa yang sama seperti Aya-sama! Saya telah menghantarkan kod awak, Mai!" Jelas Aria, lantaran di hadapan mata saya terpampang jelas tulisan 'master mode'.
"Baiklah, kalau begitu! (Membaca sebaris ayat itu) Master mode – Legendary Myth!" Giliran Mai menggunakan kuasanya. Menggunakan kuasa Yami, Mai berjaya mencapai tahap Master.
"La la li pi la lu, Fo̱s ti̱s alí̱theias!" Terima kasih, Yami-sama, kerana awak saya dapat berjuang bersama Master... "Agneyastra!" Di tangan Mai, muncul sepasang pistol berapi yang sangat unggul dan berkuasa. Pertama kali Mai memegang senjata baharu itu, tetapi dia tidak kekok. Seolah-olah senjata ini tercipta khas buatnya.
""Serangan bintang!"" Dua suara bergema, Mai dan Aya.
"Target lock-on!" Aria memberikan isyarat serangan.
""Ai no chikara (kuasa cinta)!!"" Aya dan Mai pun melancarkan serangan terakhir mereka. Tiamat yang tergamam melihat kuasa mereka berdua cuba membalas, tetapi dia tumpas ditelan cahaya terang-benderang itu. Kemudiannya, apabila cahaya itu hilang, susuk tubuh raksasa itu masih terawang berhadapan dua gadis itu.
"Argh.... Aku tewas.... kerana kuasa cinta.... Puff (tergelak)... Kela....kar...." Kata-kata sindiran Tiamat itu membuatkan dua gadis itu keseganan. Raksasa itu masih hidup, namun sudah nyawa-nyawa ikan, jelas kelihatan kerana di tengah-tengah badannya, ada satu lubang besar, menerobosi dirinya. Dua orang gadis mahou shoujo tersebut masih enggan berlega, sebaliknya dalam keadaan berjaga-jaga.
"Mungkin impian kecil milik tuan tubuh ini tidak akan dimakbulkan sekalipun dia bermatian-matian berusahanya. Terima kasih, mahou shoujo. Terima kasih kerana membenarkan aku mati dalam pertarungan. Terima kasih kerana menyedarkan aku tentang kekuatan manusia. Agaknya, tuan Vearth tidak pernah berdendam dengan kalian, sebaliknya dia..." Belum sempat Tiamat menamatkan kata-kata terakhirnya, badannya sudah hancur berkecai, seperti abu yang ditiup angin, hilang tanpa sebarang peninggalan.
Sekalian pejuang mahou shoujo di situ menarik nafas lega. Perhitungan maut itu sudah menemukan titik penamatnya. Aya dan Mai meleraikan 'master mode' mereka, kembali kepada penampilan asal mereka. Aria hanya memandang sepi di langit, agaknya simpati akan kematian Tiamat. Aria dapat meneka kata-kata terakhir yang cuba disampaikan oleh Tiamat. Tiamat tahu bahawa ketua mereka itu cemburu terhadap manusia, yang memiliki kebebasan dalam kehidupan masing-masing. Seperti puak kegelapan, mahou shoujo juga kehilangan kebahagiaan mereka, sebagai bayaran kepada kekuatan...
"Kuasa cintakah...." Aria juga menggelengkan kepala, juga rasa geli hati dengan nama serangan itu. Mai yang menghampiri Aria, hanya mampu tersengih kecil.
"Jangan tanya saya mengapa nama serangan itu diberikan sebegitu...." Mai mengeluh perlahan. Aya tidak menjawab akan kata-kata Aria, sebaliknya meluru ke arah Yami yang terbaring kaku tidak jauh daripada lokasi pertempuran. Aria dan Mai yang sangat berlega selepas pertarungan itu, mula teringatkan nasib Yami. Hati mereka seraya berdebar melihatkan lelaki yang disayangi itu pucat lesu dan tidak sedarkan diri. Mai dan Aria menyusul di belakang Aya yang sudah pun merapati Yami.
"Yami!" Aya memangku lelaki itu, mendakapinya dengan perasaan sedih. Lelaki itu masih hidup, tetapi nadi dan pernafasannya sangat lemah.
"Yami, awak kena kembali kepada saya!" Aya yang tidak menahan kesedihan, cuba membangunkan lelaki itu daripada terus lena tanpa bernyawa.
"Saya memerlukan awak..." Aya tidak berputus asa. Dia begitu menyayangi lelaki ini. Seumur hidupnya, dia tidak akan menemui lelaki sebaik Yami jika lelaki ini meninggalkannya selama-lamanya.
"Yami...." Aya memeluk erat lelaki itu dengan tangisan teresak-esak.
"Yami....." Suara Aya merayu kepada lelaki itu.
"Yami-sama...." Mai juga tidak dapat mengekang linangan air matanya.
"Yami...." Aria melutut kesedihan, dan hatinya tidak dapat menahan perasaan sebaknya itu.
"A-ya..." Suara lemah Yami itu kedengaran, melegakan hati Aya, Mai dan Aria.
"Yami... Kuatkan semangat awak...." Ujar Aya, masih setia memeluk tubuh Yami.
"Aya... Aku rasa gembira bertemu dengan kamu..."
"Yami....?" Aya tergamam, agak terkejut dengan luahan jujur Yami.
"Aku bermimpikan ibuku yang meninggal dunia. Dia tersenyum kepada aku kerana membantu kamu. Dia pasti bangga kerana memiliki anak seperti aku..." Yami membicarakan mimpinya itu kepada Aya, dengan senyuman yang tidak pernah dilihat oleh Aya selama dia bersama dengan Yami. Yami sendiri terlupa, berapa lamakah dia tidak menerbitkan senyuman bahagia itu.
"Tetapi Aya, penderitaan kamu terlalu berat untuk dibandingkan dengan kesedihan aku. Begitu juga dengan Mai dan Aria..." Sambung Yami. Aya tidak menjawab, sebaliknya membiarkan Yami berkata-kata. Pandangan Yami kelihatan kosong, kerana tiada sinar cahaya yang ada pada anak matanya.
"Ah, Aria dan Mai di mana? Aku tidak dapat melihat mereka berdua. Aku juga tidak nampak wajah kamu Aya..." Penglihatan Yami tidak lagi berfungsi seperti normal lagi. Dalam fikiran Aya, lelaki itu sudah berada dipenghujung nyawanya. Aya cuba untuk tidak menangis, bagi melegakan hati lelaki itu
"Sa-saya berada di sini, di sisi awak. Aria dan Mai juga begitu. Mereka juga ada bersama kita sekarang, menantikan awak untuk sedar daripada pengsan..." Ujar Aya, sambil memandang Aria dan Mai yang sudah menghampiri Yami yang berada di sisi Aya itu.
"Yami-sama..." Suara Mai yang sayu, kedengaran.
"Yami..." Aria tidak dapat menahan kesedihannya.
"Aria dan Mai, kenapa kamu berdua kelihatan seperti bersedih? Aku hanya terbaring letih sahaja di sini. Aku cuma mahu berehat seketika..." Yami mengujarkan bicara itu dengan tenang.
"Yami, jangan cakap lagi. Simpan tenaga awak... Saya pasti awak akan selamat dan kembali pulih seperti biasa..." Kata Aya.
"Benarkah katamu, Aya. Kalau begitu, biarlah aku berehat. Aku rasa betul-betul mengantuk..." Tangan Yami tidak bermaya untuk menggenggam jemari haris Aya itu, perlahan-lahan jatuh ke tanah.
"Yami?" Aria cepat-cepat mencapai tangan Yami.
"Yami-sama..." Air mata Mai sudah mengalir deras.
"Yami, jangan tinggalkan saya..." Aya mengeratkan pelukannya, tetapi Yami tidak lagi merasakan kehangatan tubuh gadis itu.
"Ma-maafkan aku. Aku begitu letih...." Suara Yami itu semakin perlahan.
"Jangan Yami, saya...." Aya masih terus dengan rayuannya.
"Selamat malam...." Sebaik sahaja Yami mengujarkan kata-kata itu, matanya rapat tertutup dan seluruh anggotanya menjadi longlai.
"Yami?" Aya cuba menggocang tubuh itu, tetapi tiada respon.
"Yami..... Yami..... Ti-tidak...." Aya masih tidak putus asa, ingin membangunkan lelaki itu, daripada tidur.
"Aya-sama..." Mai tidak dapat menahan kesedihan melihat masternya itu ditelan perasaan dukacitanya.
"Aria, cepat... Ki-kita masih dapat membantunya..." Aya menoleh ke arah Aria, cuba mendapatkan bantuan daripada pakar teknologinya itu.
"Aya-sama, kamu mesti tabah! Kita harus menerima hakikat ini!" Aria memegang bahu Aya, yang kelihatan terdesak.
"Ta-tapi..."
"Tiada lagi tetapi, Aya-sama..." Aria menekan suaranya. Aya masih enggan menerima hakikat itu.
"Waa...!" Aya menangis, lebih kuat lagi. Dalam deras menitis air mata itu, dia memeluk tubuh kaku itu, meratapi pemergian orang tersayangnya.
"Yami, saya mencintai awak!!!" Aya tidak lagi menyorokkan perasaannya, meluahkan cintanya kepada lelaki itu.
""Aya-sama...."" Aria dan Mai menerpa Aya, lalu memeluknya dengan tangisan kesedihan. Namun, babak sedih itu tidak lama, apabila suatu bunyi aneh, mewarnai suasana hiba itu, kedengaran.
"Zzzz....." Dengkuran lelaki itu kedengaran.
"""EHHHH?!!!""" Tiga suara gadis bergema serentak, melihatkan situasi Yami yang nyenyak tidur itu.
.....................
"Hmmm? Di mana aku berada kini?" Yami bangkit daripada tidurnya, memandang di sekelilingnya. Dia rasa bagai diulit mimpi pelik dan dahsyat; seperti berjumpa dengan entiti S, dan berkongsi nyawa dengan Mai dan Aria untuk menghadapi situasi genting itu. Yami yakin bahawa semua itu hanyalah mimpi, bukan? Ya, mimpi.
"Yami-sama?" Suara Mai kedengaran tidak jauh daripada katil yang diduduki Yami itu. Dia menoleh ke arah empunya suara itu. Seraya wajah Mai menjadi merah setelah Yami memandangnya.
"Kenapa dengan kamu, Mai? Terlalu segan untuk memandang wajah kacak saya?" Yami seperti biasa cuba mengusik Mai yang selalu menjadi musuh tradisi, bercakaran sepanjang masa.
"Yami-sama, BAKA!!!" Setelah meletakkan gelas berisi air di meja bersebelahan katil Yami, Mai terus mengetuk kepala Yami dengan dulang kecil, sebelum berlari keluar meninggalkan lelaki itu.
"Aduh..." Yami menggosokkan kepalanya, yang kesakitan akibat ketukan dulang Mai.
"Hahaha, tiba-tiba Mai yang selalu 'tsun-tsun' itu, kini sudah menjadi 'dere-dere'. Tidak hairanlah, awaklah penjenayah yang bertanggungjawab atas kejadian itu..." Aria yang muncul tiba-tiba di bilik Yami itu, mendekati lelaki itu dengan selorohnya.
"Hah? Apa yang kamu merepekkan ini, Aria? Mai hanya membenci aku seperti biasa...." Jawab Yami, selamba.
"Bukankah awak menciumi kami berdua?" Kata Aria membuatkan Yami membulatkan matanya. Aria juga, kelihatan agak keseganan, mendedahkan realiti itu.
"Eh? Bukankah peristiwa itu hanya mimpi aku semata-mata?" Yami yang terkejut, cuba melarikan diri daripada realiti.
"Sampai hati awak melupakan tindakan awak mencuri ciuman pertama saya, putera berkuda putih?" Kata Aria, menekapkan tangannya di pipi Yami.
"Mustahil... Kalau begitu, Aya....."
"Mmmm?" Suara mamai Aya, kedengaran di sisi Yami. Yami tidak menyedari kehadiran gadis itu yang sedang tidur, kepalanya diletakkan di sisi katil Yami. Aya mendongakkan kepalanya, lalu memandang Yami.
"Yami, awak dah sedar?" Soal Aya.
"Ya?"
"Yami..." Aya bangkit daripada duduknya, menghampiri Yami.
"Ya...."
"Saya cintakan awak!!!!" Aya memeluk Yami sepantas kilat, mengetepikan Aria yang berada di sisinya.
"Ah, aku tidak bermimpi!" Jerit Yami.
"Bukankah saya sudah cakap?!" Marah Aria. Sambung Aria, "Aya-sama, awak tidak patut mengganggu Yami sekarang. Serahkan rawatan Yami kepada saya."
"Hah?! Berani awak ganggu saya bersama Yami?" Mata Aya berubah, memancarkan aura membunuhnya.
"Eh.... Saya tidak akan mengalah mengenai hal ini!" Aria juga memancarkan aura membunuh yang tidak kalah kepada Aya.
"Yacchan, awak tidak apa-apa?" Suara Saaya kedengaran dari pintu biliknya.
"Yami-nii, awak tidak apa-apa?" Eri juga muncul, di belakang Saaya. Mereka berdua menghampiri Yami, cuba memeriksa keadaan lelaki itu.
"Tunggu, awak berdua! Jangan ganggu Yami! Biar dia berehat!" Arah Aria.
"Awak nak monopoli Yami-san, bukan?!" Aya masih enggan mengalah, memarahi Aria.
"Saya sebagai adiknya, lebih layak menjaganya!" Eri lantang mengutarakan kemarahannya.
"Tunggu, Yacchan tidak kesah jika kita bergilir-gilir menjaganya, bukan?" Saaya cuba meredakan kemarahan.
"Yami-sama baka!" Suara kecil Mai kedengaran dari sebalik pintu.
"Saya sudah buat keputusan!" Suara Yami kuat, mendiamkan gadis-gadis yang bising sekelilingnya itu.
"""""Ya?"""""
"KAMU SEMUA KELUAR DARI BILIK AKU SEKARANG! SEMUA SEKALI!"
"Bang!" Pintu Yami terkunci setelah Aya, Eri, Saaya dan Aria dihalau keluar oleh lelaki itu tanpa belas. Mai yang berada di luar pun, agak terkejut dengan tindakan Yami itu.