"Mai tak mahu!" bantahku keras.
Wajah abah aku pandang tajam. Setajam pisau! Bagilah berapa banyak hadiah, teddy bear duit berjuta-juta pun aku tak mahu! Err.. kalau duit mungkin akan dipertimbangkan!
"Apa-apa pun abah dah hantar surat permohonan pertukaran sekolah tu. Nak tak nak Mai kena pindah juga." Kata abah tegas.
Aku terduduk di sofa dengan wajah terpinga-pinga.
"Mana aci macam tu!"
"Aci takde kat sini." Seloroh abah.
Aku memuncungkan bibir. Isy abah ni! Buat lawak pulak! Aku dah lah tengah bengang ni!
"Mai tetap tak mahu!" keputusan aku tetap sama. Apa-apa pun yang terjadi, lawan tetap lawan! Go Humairah go!
Abah menjegilkan mata. "Melawan! Baik, kalau Mai tak nak ikut keputusan abah, Mai tinggal dengan paklong dengan maklong kat Kelantan tu." Ugut abah.
Aku menelan liur. Oh my...! Duduk dengan paklong? Kat Kelantan? Memang aku tolak sekeras-kerasnya. Tak mahu aku duduk dengan paklong yang suka mengarah aku itu ini. Bekas tentera memang begitu.
"Abah ugut Mai ke?" aku mengecilkan mata.
"Terpulang pada Mai. Rasa-rasa abah ugut ke bergurau?" jawab abah selamba.
Eee!! Biar betul?
"Kenapa Mai? Kenapa tak Yana? Achik? Hah, mama pun boleh apa?!" aku menuding jari ke arah mama yang tersentak dengan kenyataanku itu.
Yana menekup mulut menahan tawa manakala achik sudah menutup muka dengan bantal. Tak sanggup nak gelak depan-depan.
"Apa kena mengena mama pulak?" mama bersuara. Pening! Pandangan dihala ke suami.
"Abah la.." aku menyalahkan abah pula.
Abah membuntangkan mata. "Abah pula!"
Dah sekarang ni kami menyalahkan satu sama lain. Yana dan achik menggelengkan kepala. Apa nak jadi dengan keluarga ni. Ni barulah namanya keluarga 69! Tunggang terbalik.
"Mai tetap tak mahu." Bangkangku lagi seraya memeluk tubuh. Apa nak jadi pun jadilah! Tak sanggup aku nak tinggalkan sekolah lama tu. Banyak nostalgia!
"Baik. Kalau tu keputusan Mai, abah akan hantar Mai ke rumah paklong dan jangan tanya abah kenapa Mai kena hantar di sana!" tegas abah sebelum berlalu pergi meninggalkan kami semua.
Perasaan sedih menjentik tangkai hatiku. Kenapa semua jadi begini? Kenapa mesti perkara ini berlaku?
Mama memandangku dan tingkat atas silih berganti. Dia menjadi serba salah. Anak atau suami?
"Mai, fikirkanlah pasal hal ini ya sayang. Tapi ingatlah, kami semua lakukan perkara ini untuk kebaikan Mai." Ujar mama seraya berlalu.
Aku terdiam. Fikiran sempit, hati kosong. Kata-kata mama macam orang patah hati. Tapi aku lagilah... blur! Perkara ni berlaku dengan pantas!
Yana pantas mengambil tempat disebelahku. Tangan aku diusap perlahan.
"Akak tak apa-apa?" tanya Yana lembut selembut orangnya.
Aku diam saja.
"Kalau akak ada apa-apa masalah, cerita aje la kat Yana. Kita kan adik beradik?" katanya lagi.
Aku bungkam.
Achik panas hati duduk di situ. Baginya tiada faedah kalau dah cakap dengan orang yang keras hati macam Kak Mai. Pentingkan diri!
"Orang yang menolak peluang sememangnya orang yang tak akan berjaya dalam hidup!" ujar achik keras sebelum berlari ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup kasar sehingga kedengaran sampai ke bawah.
Aku dan Yana berpandangan.
HARI yang cerah tidak selalunya indah. Begitulah perumpamaan yang bersangkut paut dengan kisah aku. Aku tidak menyangka abah akan buat sesuatu diluar jangkaan. Aku tidak menyangka mama akan berkomplot bersama abah. Hati aku cukup pedih. Bukankah abah tidak tahu aku amat anti dengan asrama. Aku tidak suka bersama dengan mereka. Aku bukanlah seorang peramah. Aku tidak suka bergaul dengan mereka semua. Aku lebih senang buat hal sendiri. Di sekolah pun aku hanya berkawan dengan Qiela, rakan baikku sejak aku masuk ke sekolah itu. Ada juga dua orang rakanku yang lain tapi taklah serapat Qiela iaitu Awarah dan Nafisa. Macam mana perasaan Qiela kalau tahu pasal ni?
Tapi perkhabaran abah semalam membuatkan aku seakan mahu rebah. Aku tak mahu.
Langit yang mendung aku pandang. Alangkah indahnya kalau aku dapat duduk di atas sana. Keluhku sendiri.
Dari kejauhan, sepasang mata merenung tidak berkelip. Hatinya juga meruntun sayu. Bukan dia tidak tahu tentang kesukaan dan kebencian gadis itu tapi dia buat untuk kebaikan anaknya juga. Dan juga perjanjian... Perjanjian yang melibatkan anak-anak sewaktu kecil.
Abah mengeluh perlahan sebelum melabuhkan tirai jendela.
SUDAH tiga hari aku memikirkan baik buruk keputusanku ini. Dan semestinya pilihan ini amat berat untuk aku laksanakan. Tapi aku terpaksa.
"Mai setuju dengan sekolah berasrama tu abah." Ucapku perlahan tapi amat tajam telinga semua orang. Meja makan kini senyap dan sunyi.
Abah bagai tidak percaya. Inikah anaknya? Humairah? Dia mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi.
Mama tersenyum gembira bersama Yana. Achik lebih senang mendiamkan diri. Namun terbit rasa syukur kerana kakaknya terima tawaran itu. Nasi di dalam pinggan di suap ke mulut.
"Nanti kita beli barang-barang Mai ya?" kata-kata mama menghilangkan semangat aku.
"Ma, kalau tak beli boleh tak? Tak semestinya sekolah baru, semua barang nak baru." Keluhku lemah. Aku paling malas nak beli barang! Sebabnya lambat! Dari satu kedai ke satu kedai. Bosan!
Mama dan abah tersenyum.
"Wow! Kak Mai dah pandai berkata-katalah sekarang!" puji Yana.
"Orang dah offer tapi tak nak. Memang membazir betul!" kata-kata sinis achik amat tajam dan memilukan.
"Kau kenapa suka cari pasal dengan aku achik?" berangku. Pinggan di tolak ke depan.
Yana cepat-cepat memegang lenganku. Mama dan abah berpandangan sesama sendiri sebelum menggelengkan kepala.
"Dah. Jangan bergaduh. Depan rezeki ni. Tak baik." Tegur mama.
Aku bingkas bangun lalu ke dapur untuk mencuci tangan. Selepas itu aku terus ke naik ke atas. Sakit hati dengan kata-kata dan kelakuan achik.
Yana menegur adiknya namun tidak diendahkan sama sekali. Malah dia buat muka selamba. Memang sakit hati!
***
Barang-barang sudah siap dikemas. Beg sekolah, beg baju dan beberapa keperluan lain sudah dimasukkan ke dalam beg. Hanya tinggal tuan empunya badan bersama pakaiannya dan beg laptop saja yang tinggal.
"Mai, nanti check semula barang. Takut ada yang tertinggal." Mama mengingatkan lagi.
"Hmm..." balasku malas.
Aku memandang sekeliling bilik. Tak lama lagi aku akan meninggalkan bilik ini. Bilik yang aku huni selama 11 tahun akan ditinggalkan dan digantikan dengan katil yang baru. Ceh! Macam tak pernah jumpa lagi jek kau ni Mai! Bisik hatiku.
Tit! Tit!
Bunyi handphone menandakan mesej masuk. Aku segera melihat. Mesej selamat tinggal dari Qiela aku baca dengan rasa sayu. Sedihnya Qiela tak dapat tengok aku bergerak ke sana sebab dia ada di Pahang. Qiela satu-satunya kawan rapatku. Teringat ketika aku memberitahunya tentang pertukaran sekolah. Tersedu-sedan suaranya.
+ aq ucapkan slmt tggl utk ko.. aq x dpt hntr ko pegi sne.. tp insyaallah ko balik sini lg kn? Apa2 hal, roger aq okey? Love you so muchhh...!! I miss our relationship... L
Aku tersenyum sedikit.
'Love you too, Qiela" ucapku dalam hati.
"Mai, kita nak gerak sekarang. Jom!" panggil mama di muka pintu.
Aku memandang sekali lagi bilik ini. 'Selamat tinggal!'
Dan aku terus melangkah pergi bersama mama. Tidak menoleh lagi!
***