"Phewiitt! Phewiittt!"
"Hai cik adik manis. Cun seh malam ni!"
"Fulamak! Tergoda siut aku! Memang malam ni ikan emas banyak! Meh la duduk sini dengan abang.."
Kedengaran suara-suara sumbang macam katak bila aku dan kawan-kawan aku melangkah masuk ke dalam Dewan Putera. Ikan emas? Kurang asam betul!
'Aisey, apesal la buat ceramah kat Dewan Putera? Kenapa tak kat asrama. Kan senang? Lepas tu sibuk panggil bebudak yang tak ada kena mengena dengan program.' gerutu hatiku.
"Huish! Sombongnya! Meh la sini duduk dengan abang yang gagah lagi hensem ala-ala Lee Min Ho ni wahai cik adik Humairah ku sayang..." kata seorang mamat.
Aku yang sedang berjalan terus terhenti langkah. Mata kutoleh ke kiri ke kanan mencari gerangan yang memanggil namaku itu. Saat itu aku terlihat akan sekumpulan mamat perasan sedang tersenyum sumbing sambil mengisyaratkan aku duduk bersebelahan dengan dia.
"Ek? Duduk dengan kau? Kirim salam awal-awal la weh! Lagi satu, rupa kau tak macam Lee Min Ho pun. Muka macam mat gian pecah rumah je aku tengok." kutukku selamba membuatkan teman-temanku yang lain terburai ketawa.
Terkedu lelaki tu. Kawan-kawan mereka seakan mahu ketawa tapi ditahankan. Takut dimarahi. Memang berani mati perempuan ni!
"Alah.. marilah. Jangan malu-malu." kata mamat tu lagi tak puas hati sambil menarik tanganku.
Aku tergamam bila dia tarik tangan aku. 'Ini dah melampau!!' getus hatiku.
"Woit lepas la! Kau apehal? Bukan muhrim la weh! Lagipun aku tak suka nak ber'abang-abang' dengan kau! Lepaskan tangan aku! Lepas!" jeritku.
"Kau lepaskan dia la, Eriq!" Wana memegang tanganku.
Semua mata kini memfokus kepada kami dibelakang. Aksi tarik menarik telah melenyapkan suara mereka. Aisyah, D dan Iman tidak membantu sebaliknya mengeluarkan anak tekak mereka.
"Alah sayang... tak payah la malu-malu. Kau bertuah tau dapat duduk dengan aku. Bukan calang-calang orang boleh duduk dengan aku. Kau tau tak, aku dah lama suka dekat kau sejak kau mula-mula masuk ke sekolah ni. Marilah Mai... boleh kita bergurau senda, beramah mesra." ujarnya lagi sambil cuba menarik aku supaya duduk dengan dia.
Aku cuba bertahan semahunya. Wana tetap memegang tangan kananku namun dia tidak berjaya menarikku dari lelaki perasan itu.
"Euww! Bertuah la sangat duduk dengan kau! Lagi dapat bala adalah! Sekarang aku cakap lepaskan tangan aku sebelum aku tumbuk muka kau sampai kau dah takde gigi langsung! Atau kau nak aku tendang 'ehem-ehem' kau? Huh?' jeritku lagi tapi macam biasalah! Budak yang tak makan saman! Agak-agak polis pun fed-up dengan orang yang macam ni. Silap-silap boleh masuk hospital sakit jiwa!
"Apa yang 'ehem-ehem' tu? Bagi tahu la abang.." ujar mamat tu lagi sambil tersenyum nakal. Makin gatal!
"Kurang ajar! Kau lepaskan tangan aku Wana! Biar aku ajar mamat ni!" tangan sudah dikepal dan bila-bila masa saja boleh melayang ke muka senget campur perasan dia itu. Jangan ingat aku tak berani! Aku ada tali pinggang buaya! Err... boleh guna ke? Lantaklah! Yang penting memang aku nak muka mamat ni senget. Kali ini nasihat abah dan mama sudah tidak kuendahkan. Wana sudah tercengang di belakang.
"Kau lepaskan dia sekarang!"
Kedengaran satu suara yang datang dari arah belakang. Hero datang menyelamatkan heroin! Semua orang pusing belakang. Aku yang mahu menumbuk muka mamat itu tadi terus terbantut. Aku ditarik Wana kembali kepada kawan-kawan di belakang.
Sekumpulan mamat perasan tadi turut memanjangkan leher mencari gerangan yang memanggil.
Aku menoleh ingin mencari suara itu. Apabila aku pusing belakang dan..... ek? Dia ke? Aku melihat dia and the geng melangkah masuk ke dalam Dewan Putera. Gaya jalan macam dewan ni mak bapa dia punya. Selamba habis. Khairul dan Syafiq pun ada sama? Putera? Hakim? Senang cerita bebudak kelas aku dan yang aku kenali turut bersama Farhan.
"Kau apehal nak suruh aku lepaskan dia? Kau siapa? Buah hati dia? Husband dia ke? Huh?" bengang lelaki yang menarik tanganku itu.
"Kenapa kalau aku tunang dia, laki dia atau buah hati pengarang jantung dia? Kau ada masalah ke? Tak puas hati dengan aku, Tengku Hadzriq?" ucap mamat berlagak a.k.a ketua pengawas yang konon-konon hero. Farhan yang memakai baju Melayu berwarna hijau muda itu berpeluk tubuh. Pada itu, semua gadis terpesona dengan gayanya. Aku pun sedikit sebanyak tangkap lentok dengan dia.
'Hesy! Lupakan Mai! Time ni la kau nak lentok-lentok!' desis hatiku. Tapi aku suka tengok baju dia. Maklumlah warna kegemaran aku. Heee....
"Kau tak payah nak berlagak la Farhan! Kau ingat dengan pangkat yang kau pegang tu, kau boleh challenge aku? Boleh jalanlah! Kau jangan ingat bapa kau berpengaruh kat sekolah ni, kau boleh arah orang sana sini? Kau ingat kau boleh beli semua cikgu kat sini?" Lelaki yang dipanggil Tengku Hadrziq atau Eriq tetap tidak puas hati.
Aku rasa macam ada yang tak kena. Permusuhan kawan atau lawan? Pantas aku mendekatkan bibir ke telinga Wana.
"Apa yang mamat-mamat ni merepek?" bisikku pada Wana. Wana mengisyaratkan supaya diam.
Dia masih setia merenung kedua-dua teruna itu. Pelajar lain juga kebanyakannya berkerumun ke arah kami. Nak tahu kisah benar! Ada juga yang berbisik-bisik mengenai ketua pengawas dan pelajar bermasalah.
Saat itu mataku terpandang akan Khairul dan Syafiq, pengikut setia Farhan. Khairul yang terperasan dirinya direnung pantas berkalih pandang.
Aku mengangkat kening ala-ala Ziana Zain kepadanya. Khairul tersengih sambil membuat peace. Syafiq melambaikan tangan, gaya macam tak pernah jumpa!
"Kalau bapa aku berpengaruh sekalipun apa masalahnya? Dan kenapa kau tak puas hati sangat dengan aku? Aku tau kau tak puas hati pasal apa. Pasal perebutan kuasa? Kau cemburu dengan jawatan yang aku miliki sebab tu kau buat perangai. Kau ingatkan? Kau sendiri yang cari pasal, kau huru harakan sekolah tahun lepas, kau hampir-hampir nak bakar makmal lama tu. Memang patut pun Cikgu Badri tak pilih kau. Agak-agak boleh terbakar kalau sekolah ni kau yang pegang. Cikgu pilih aku kerana dia yakin dengan kebolehan aku. Bukan dengan niat membakar makmal sekolah. Cikgu Badri kesian kat kau sebab tu kau terlepas. Kalau tak, memang kau akan dibuang jauh dari sekolah ni." sinis Farhan lagi sambil tersenyum.
Mata aku terbeliak. Ba.. bakar mak... makmal?? Biar betul?? Bahayanya mamat ni! Aku menelan liur. Rahang jatuh ke bawah.
Tengku Hadzriq sudah tidak terkata apa-apa. Bibirnya diketapkan kuat. Tangan dikepal erat. Menunggu masa untuk melayang kepada sesiapa saja.
"Kau....!!!"
Namun kata-katanya terhenti bila penceramah sudah sampai. Semua pelajar mula mengambil tempat masing-masing. Aku dan kawan-kawan cepat-cepat duduk di kerusi bersama pelajar perempuan yang lain. Manakala Farhan and the geng duduk kat tempat lelaki. Kenapalah aku tak duduk aje tadi kan senang? Tak payah nak menyibuk kat situ! Buang karan aje! Beberapa pelajar perempuan yang lain merenung ke arahku namun aku buat tak peduli.
Tengku Hadzriq pun sudah duduk dengan geng-geng dia semula. Muka tak payah cakap la. Memang
merah gila! Macam cili boh! Tapi si Farhan tu aku tengok selamba je. Cool habis! Semua pelajar mula memberikan perhatian kepada penceramah itu tadi.
"Oh ya... tadi tang dekat belakang tu ada apa ya? Nampak macam tengah bincangkan sesuatu yang penting. Mungkin boleh dikongsikan bersama saya." kata penceramah itu lagi seperti telah melihat apa yang berlaku.
Semua pelajar mendiamkan diri. Penceramah ni nampak ke sesi gaduh tadi? Tiba-tiba Farhan bangun dan menyatakan bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku. Hanya perselisihan faham saja.
'Nasib baik pandai cover si Farhan ni! Kalau tak, habislah! Tapi boleh diterima pakai ke alasan tu? Ah! Lantaklah! Janji selamat.' getus hati perempuanku.
"Okey kalau tiada apa-apa boleh kita teruskan dengan program kita. Bismillahirrahmanirrahim..."
"WANA, betul ke si mamat keparat tu buat kerja macam tu?" soalku ketika kami sedang melingkar di atas katil. Selesai saja majlis, aku terus pulang ke asrama. Malas nak makan. Aku siap suruh Wana tolong tapaukan untuk aku. Wana yang melihat aku berjalan pulang seorang diri terus menyuruh Iman mengambil makanan untuk mereka. Iman pulak yang jadi mangsa. Kesian minah Kedah tu!
"Mamat keparat? Siapa tu?" Tanya Wana blur. Buku latihan Add Math di tangan terkulai.
Aku menepuk dahi. Alamak! Aku lupa. Aku seorang aje yang gelar dia macam tu.
"Budak yang berani pegang aku tadi la,"
Wana mengangguk mengerti. "Buat kerja yang macam mana?"
"Bakar makmal lama."
"Memang ada ura-ura yang mengatakan Hadzriq cuba membakar makmal namun berjaya dikesan oleh guru. Pantas betul mereka bertindak!" kata-kata Wana amat menggelikan hati.
"Oh Wana! Tolonglah jangan guna bahasa baku! Naik berbulu mata dengan telinga aku tau tak?" ujarku lagi dengan perasaan geli geleman. Tangan pantas menekup telinga.
Wana ketawa besar.
"Woit, story apa meh?" muncul Iman, D dan Aisyah dari luar.
"Korang ni cubalah masuk bagi salam dulu. Apa dah tak ingat macam mana nak beri salam? Meh sini aku ajarkan!" perliku sengaja.
Iman dan D tersengih. Aisyah menekup mulut. "Sorry..."
Aku dan Wana menggelengkan kepala. Apa nak jadilah budak-budak zaman sekarang ni?
"Korang cerita apa?" tanya Iman kembali setelah soalannya dicantas dengan perlian Humairah.
Aku mengisyaratkan Wana supaya bercerita. Dan Wana pun bercerita daripada A sampai H aje kerana Cikgu Namisah sudah membunyikan siren menandakan waktu untuk tidur. Pukul 11.00 malam!
"Wana, esok sambung daripada I sampai Z tau. Tadi tak habis."
Mengekek-kekek kami ketawa di dalam dorm tersebut. Baru aku ketahui tinggal di asrama meninggalkan memori terindah dalam hidup.