Chapter 6 - bab 6

Hari ni hari yang paling bahagia buatku kerana minggu ni kami budak asrama dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah sebulan aku berada di asrama. Pihak asrama tidak membenarkan pelajar pulang ke rumah sebelum genap sebulan kerana mahu mereka menyesuaikan diri dengan keadaan di situ. Namun selepas ini penghuni asrama akan dibenarkan pulang sekali setiap dua minggu. Itulah syaratnya!

Semua pelajar asrama sedang berkemas-kemas siap untuk balik ke kampung. Tidak ketinggalan diriku jugak yang sibuk berkemas. Biasalah, excited gila beb nak balik! Beg plastik di hujung katil aku ambil lalu aku masukkan segala barangan basah.

"Amboi Mai! Macam nak balik terus je aku tengok. Macam tak nak duduk sini lagi. Semua baju kau sumbat dalam beg." teguran D memeranjatkanku. Yelah.. tengah syok kemas-kemas, alih-alih ade je yang nak tegur. Kacau betul!

"Haah. Aku nak balik terus. Duduk sini tak best. Baik aku balik je." Aku berkata selamba.

Laju tanganku memasukkan baju yang sudah dilipat ke dalam bagasi. Sekali tengok memang orang akan cakap aku nak balik terus. Wahahahaha... Alah! Kalau nak tahu, baju-baju yang aku tak sempat basuh, aku sumbatkan aje dalam beg. Memang busuk la jawabnya! Nanti sampai rumah aku basuh la semua tu. Lagipun aku mahu menukar baju. Bosan jugak asyik baju yang sama sentiasa.

Tapi aku dapat rasakan, kelakuanku diperhatikan. Aku mengangkat muka memandang ke arah D.

Zappp!!

Pandangan kami bertemu. Aku dapat rasakan pandangannya tajam. Bagai keris yang menunggu masa untuk landing di dada!

"Kau cakap apa tadi? Nak balik terus? Kau memang tak suka duduk sini kan? Sebab kita orang kan?" D bersuara sebak. Air matanya bertakung tunggu masa untuk mengalir.

"Ala D..aku gurau-gurau aje la. Jangan macam ni. Aku balik sekejap je. Bukan balik terus pun. Janganlah merajuk. Sensitip la kau ni.." pujukku sambil memeluk bahunya.

"Aku tau kau memang tak suka duduk dengan kitorang. Yelah sape la kita orang ni kan. Sekadar tempat untuk berseronok je. Lepas tu kau tinggalkan kami." kata D lagi sambil menyapu air matanya.

"D! Apa kau merepek ni? Sampai hati kau cakap aku macam tu. Selama aku duduk sebulan kat sini, aku happy sangat-sangat tau! Tambah-tambah ada korang. Memang life aku berubah bila kat sini. Jangan cakap macam tu lagi. Kalau kau cakap lagi, memang aku terus balik. Tak nak duduk sini lagi. Kau nak?" gertakku kepadanya. Geram juga aku dengan minah ni. Kalau adik aku dah lama kena luku.

"Uish.. tak nak la. Jangan balik terus. Okey-okey aku tak amek serius. Janji ek jangan tinggalkan kami?" pinta D sambil meraih tanganku.

"Kalau aku cakap aku nak balik terus macam mana?" soalku tersengih nakal.

"Maiii!!!!" kedengaran jeritan suaranya membuatkan dorm ni bergegar. Nasib baik la ramai yang dah balik.

Aku ketawa mengekek-ngekek bila tengok dia macam tu. Haaaa.. takut minah ni kalau aku balik. Dalam diam aku akui, sememangnya bila aku duduk di asrama, aku lain daripada yang lain. Kelakuanku berubah. Perangai lamaku seperti ghaib.Yang tinggal cuma perangai kasar dan ganasku saja. Aku mula berpakaian ala-ala wanita melayu terakhir. Aku mula memakai baju kurung yang sememangnya aku benci dulu. Ahaks! Tapi secara perlahan-lahan. Syukurlah.. 'Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah'. syukurku dalam hati. Pengalaman paling berharga. Semuanya berkat kesabaran korang!

***

"Mai, ingat tau jangan lupakan kami." ucap Iman. Air mata nak terkeluar dah aku tengok.

'Ratu air mata betullah.' omel hatiku.

"Yelah.. aku tak lupa. Ala, aku balik sekejap je. Nanti aku balik semula la. Korang ni apelah. Kan korang balik juga? Apa yang nak nangisnya ni?" aku menepuk dahi. Susah sangat ke nak lepaskan aku balik? Adeh... memang macam ni ke budak-budak asrama kalau nak balik? Aku memang tak tahu sebab aku budak baru di sini.

"Mai, jom!" panggilan mama membantutkan 'drama' kami. Huh! Nasib baik mama datang! Kalau tak memang aku kena sediakan baldi untuk dia orang semua.

"Okey, ma. Okey korang. Aku chaow dulu ek. Nanti aku call. Bubye.." Aku bersalam dengan Wana, Iman, Aisyah dan D. Sanggup mereka tidak pulang dahulu kerana mahu pulang bersama-sama denganku. Terima kasih korang..

"Jangan lupa call. Aku tunggu. Okey bubye.." ujar D lalu memeluk tubuhku.

Aku pun melangkah pergi ke kereta mama sambil membawa membawa bagasi berisi baju aku.

'Berat la pula beg aku ni. Macam batu pun ada jugak!' rungutku didalam hati. Lalu kereta Proton Perdana milik mama mula meluncur laju keluar daripada perkarangan asrama puteri. Aku melihat mereka di tingkap kereta sambil melambaikan tangan.

'Ahh..mesti aku rindu dengan korang nanti..' getus hatiku.

***

"Best sekolah baru, sayang?" tanya mama yang sedang memandu. Abah tak dapat ambil sebab ada hal. So, mama la yang amek seorang diri.

"Mana yang lain, ma? Kenapa dia orang tak ikut? Kesian mama drive sorang-sorang." soalan mama tidak ku jawab malahan aku melontarkan soalan lain kepadanya.

"Yana kan duduk asrama. Macam mana nak ikut? Achik pula ada kelas tambahan. So, mama sorang-soranglah. Abah kena kursus." ujar mama tenang.

'Oh lupa! Yana duduk asrama!' keluhku.

"Maknanya mama duduk berdua aje la dengan achik?" tanyaku lagi.

"Tak la. Dengan abah. Abah kursus kat area Kluang aje." Signal membelok ke kanan diberikan.

"Oh yeke.." kataku sepatah. Mengantuk la pulak! Baru masuk dalam perut kereta dah mengantuk. Mana tak. Aircond ada! Depan muka pula tu! Memang sedap la!

"Mai, mama tengok Mai dah lain la sekarang." tegur mama sambil tersenyum.

Aku mencelikkan mata.

"Apa yang lain, ma? Mai pakai baju terbalik ke? Ke muka Mai dah jadi macam alien? Ke anak mama dah jadi macam princess? Ke Mai makin gemuk?...." belum sempat aku menghabiskan kata-kata, mama dah potong.

"Yang ni mama tak suka. Perangai tak berubah lagi. Merepek aje kerjanya." Mama tidak senang dengan perangaiku. Hu hu hu! ni Humairah la ma. Perangai takkan berubah punya! Dalam 5 minit saja, mataku mula membuka kilang. Kilang taik mata!