Kriiiiiiiiing!!!! Ish! bisinglah..Tangan May meraba raba mencari sumber yang membuat tidurnya diganggu..Haa jumpa pun.tangannya mencapai jam loceng.matanya dibuka sedikit..Hmm..baru pukul 7:20 pagi..awal lagi..May bercakap dalam keadaan lali.
"HAAH"! 7:20...Mata May terbuka luas..secara spotan May terus mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik mandi...Kalut ...
"Waaahhh hari ni dah la hari first aku.."Kim Seo May tolong jangan rosakkan reputasi awak pada hari pertama ya"...May bermonolog bersendirian..May lari sekuat hati..nak ambil bas,bas pun dah terlepas..haih....
"huh,huh,huh"Nafas May tercungap cungap..akhirnya sampai juga dia depan bangunan sekolah pada pukul 7:50 am..Sekolah Menengah Tinggi Seoul..tempat yang dia akan menimba ilmu..Baru dia hendak melangkah masuk tiba tiba dia ditegur.."hai awak pelajar baru ke?may memandang dan jawab "ya" ringkas.May lihat seorang pelajar perempuan yang mungkin sebaya umur dengan dia..Pelajar itu menarik lengan May "eeh"may terkejut.."Jom! saya bawak awak ke pejabat sekolah"..senyuman manis di lontarkan.May hanya menurut..
.....
"weh bising lah"doom"hahaha..dari keluar kelas terdengar bunyi yang amat bising.."ni sekolah ke Zoo? "may bisik dalam hati.. May ni kelas kamu.. Encik Ko bersuara. May hanya senyum.. Encik Ko membuka pintu kelas 2-A
"Kenapa kamu semua bising sangat!? "Encik Ko bersuara. Semua pelajar dlm kelas terdiam.. Krik... krik...hanya bunyi cengkerik yang menemani suasana tegang kelas..semua berlari ke tempat duduk masing masing "Selamat pagi cikgu "semua pelajar memberi kata hormat. "Duduk" Encik Ko memberi arahan.. Cikgu kita ada pelajar baru ke? Tiba tiba seorang pelajar bersuara.. Cikgu Ko hanya membiarkan soalan itu ditiup angin.. "MASUK!"Encik ko memberi arahan.. May menapak masuk ke dalam kelas.."Ha ni pelajar baru yang akan sertai kelas kita..dia baru balik drpd Amerika. "perkenalkan diri kamu. "Hai selamat berkenalan semua.. Nama saya Kim Seo May.. Kamu semua boleh panggil saya May.. tolong tunjuk ajar ya.."May perkenalkan diri.. "Waah"semua pelajar tergamam.. Kamu boleh duduk di tepi tingkap.. situ kosong.. Kata Encik Ko. "Terima kasih cikgu" .. May menjawab. semasa may duduk ada yang menegur. "awak ingat saya tak.?"may memandang ke depan."Awak! "Terima kasih sebab tolong saya tadi.. may berkata.. "awak boleh panggil saya Lizy.. pelajar itu memperkenalkan diri.. May senyum.. "ok kelas ,buka buku Sejarah kamu semua."
KELAS BERMULA..
~~~~~~~~~~¥~~~~~~~~~~~~~
"ok semua.. kamu semua boleh pergi rehat"..Encik Ko mula menutup buku dan Beredar dari kelas.. "May jom pergi kafeteria.. makanan kat sini sedap tau.. "Lizy merangkul tangan May. Lizy memang mudah bergaul dengan orang lain tambah tambah lagi pelajar baru..,"Ok"May membuat isyarat..
(Di Kafeteria)
Harini menu apa agaknya? Lizy bersuara.. May hanya mendiamkan diri.. Wah daging la hari ini.. Lizy bersuara lagi.. May tergelak kecil melihat perwatakan Lizy. Dah jom Makan. May bersuara.. Ermm. Lizy boleh saya tanya sesuatu. May meminta izin. Lizy yang sedang mengunyah makanan waktu itu cakap. "Hah tanya lah".tepi saya ada tempat duduk yang kosong.. itu tempat siapa ya? may bertanya kepada Lizy. Ooh itu tempat Ren.. Esok lusa dia datang lah tu.. Lizy menjawab.. "..Hai cik adik makan berdua je ke"..Tiba tiba ada suara yang menegur..Lozy mengangkat kepala. "Hah kenapa Dong Woon."May melihat ke arah kiri. "Eh kau tak nak perkenalkan aku ke dekat kawan sekelas "pelajar lelaki itu bertanya kepada Lizy.. dengan nada menyampah Lizy perkenalkan kepada May. Hah May., ni budak sekelas kita Lee Dong woon..May menunduk kepala. Dia ni kaki mengurat.. kalau dia mengurat awak bagitahu dekat saya.. Lizy berkata pada May.."eih. suka hati kau je kata kat aku macam tu.. Lee Dong Woon.. mencebik.. May ketawa kecil.. kelakar bukan Main.. "Saya May" may memandang ke arah Lee Dong Woon.. tiba tiba Mata nya terfokus ke arah anting -anting yang dipakai oleh Lee Dong Woon..
"itu lambang rahsia keluarga Lee, sekarang di depan aku adalah salah seorang pewaris dari tujuh buah keluarga... May bisik di dalam hati."May. May." Lizy melambai lambai Ke arah muka May.. May tersedar." Hei cepat habiskan makanan awak.."Lizy menegur. "ya baiklah Lizy.."May membalas teguran itu... Hei tadi awak terpukau dengan ketampanan wajah saya Ke?Dong Woon berseloroh..Hei kau jangan dok perasan lah.. Lizy memotong percakapan Dong Woon... Dong Woon hanya mencebik.."Err,Lee Dong Woon."Panggil je aku Dong Woon.. Tak pun Panggil aku "OPPA" Lee Dong memotong percakapan May.. "uhuk, uhuk.. ah tersedak"... Lizy tiba tiba tersedak.. May saya nak pergi ambil air sekejap ya... "Lizy berkata pada May sambil matanya melihat ke arah Dong Woon.. May mengangguk... "Jangan usik May"Lizy memberi amaran kepada Lee Dong Woon sebelum beredar... "anting- anting awak tu warisan keluarga ke...May bertanya.. Dong Woon agak terkejut dia terus Backup dirinya. "Eh mana ada saya beli dekat gerai tepi jalan.."Oo,may menjawab ringkas... "kenapa awak tanya. Dong bertanya May dengan hairan.."Saja.saya nampak anting anting awak tu unik... May menjawab soalan Dong Woon. "May!Jom saya nak bawak awak melawat beberapa kawasan sekolah.. "Lizy memanggil may dari jauh."Lee Dong Woon, Saya pergi dulu ye.. "KALAU BOLEH JANGAN SAMPAI DIBAHAM OLEH SERIGALA. selepas berkata sedemikian May bangun hendak meninggalkan Lee Dong Woon seorang diri dalam keadaan yang teramat bingung "siapa diri awak Kim Seo May..Lee Dong Woon Berbisik ."Lee Dong Woon Saya harap awak faham maksud saya.. "Lambang Rahsia Keluarga tu hanya diketahui Oleh Keluarga besar sahaja.. Tolong jangan pakai ia di tempat awam, takut takut awak yang susah."May berkata didalam hatinya..
#######################
HARI KETIGA SEKOLAH...
May memandang sepi kearah tempat duduk yang kosong.Siapalah pemiliknya... May sudah mulai menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan di sekolah..Waktu Lapang disekolah dihabiskan di perpustakaan... Pergi bukan sebab rela. tapi sebab hukuman dari papanya..
Di perpustakaan Sekolah...
May menunjukkan pas pelajar sekolah kepada penyelia perpustakaan.. may menuju ke arah rak buku THE WORLD LANGUAGE ."Mana buku tu ye.?" tangan May mencari seperti GPS. "Hah! jumpa.. May menjerit perlahan.. Tangan nya mengapai sebuah buku yang bertajuk.. the dictionary of the Russian language..May tersenyum.semasa May berbalik kebelakang, tanpa sengaja dia telah melanggar seorang pelajar lelaki..Habis terabur buku pelajar tersebut. "Maafkan Saya! May meminta maaf sambil tangannya mengutip buku pelajar tersebut.. "Tak pe salah saya juga."pelajar tersebut juga mengambil buku yang jatuh tercicir.. mata May terpandang kearah jari jemari lelaki itu. May tergumam buat beberapa ketika.. "Nah! Ni buku awak". May menghulur buku pelajar tersebut. "Terima kasih , Kim Seo May..Pelajar tersebut membalas.."Sama-sama err," .."Park Tae Suk "Pelajar lelaki yang bernama Park Tae Suk memotong percakapan May.. "oh ya?!"Park Tae Suk.. May cakap perlahan. "MAX"Tu nama panggilan saya.. kata Tae Suk lagi kepada May.. May tersenyum lalu meminta izin untuk pergi..
(Dirumah.. )
"Fuh.."Kenyangnya.. May duduk berehat di sofa.May melihat ke arah Smartphone nya..tiba tiba fikirannya melayang ke peristiwa di perpustakaan sekolah.. "Cincin tu..Park Tae Suk.,pewaris keluarga besar ke-lima.May bermonolog. "Ding, ding"telefon May berdering. May mengambil telefon lau letak ditelinganya. "Hello Mama, "may menjawab panggilan telefon.. "Hello sayang.. May senyum. "May sayang kamu letak telefon kamu di telinga lagi ya.. Mama May berbicara.. "Letak ditelinga.?takkanlah"May menarik telefon ke arah wajahnya.. senyuman kambing dihadiahkan.. "Sorry Mama "Rifleks.. May mengaru kepalanya.. mama hanya menggeleng"papa,abang tengoklah May kita ni"Mama memanggil.. May melihat di skrin telefon ,Semua family nya ada disitu.. Rindu...
"Macammana sekolah." papa bertanya..ok je.. tak dak apa yang luar biasa, cuma.. may memberhentikan percakapan.. "cuma apa dik?" abangnya bertanya.. "Saya jumpa dengan pewaris keluarga Lee dan Park.. May meneruskan kata katanya yang terbantut. "Papa dah agak.. "Papa menjawab. "Ish Abang tau tapi kenapa abang sekolahkan dia dekat situ? tak ke susah dia nak rahsiakan identitinya tambah tambah lagi ada pewaris pewaris keluarga tu? "Mama may menyoal kepada papa. "May kamu ingat.. ini hukuman kamu.. kamu tak boleh guna identiti kamu selagi papa tak bagi arahan.. Faham?! " Don't reveal your identity "Papa menasihati May.. Faham.. may menjawab sepatah.. "adik sedap tak makanan dekat sana..? abang May menukar topik serta merta.. papa cuma menghela nafas melihat gelagat anak sulungnya.. hanya video call yang mengubati rindu May kepada Family tercinta..