"Argh!" Raid yang meluru masuk ke dalam bilik terus menghempas segala projek yang berada di atas meja ke lantai, bukan hanya barangan di atas meja sahaja di sepahkan malahan bingkai gambar yang terdapat di atas meja gambar perkahwinan mereka juga dihempas ke tingkap sehinggakan tingkap tersebut sedikit retak.
"Encik Raid okey?" laju salah seorang pekerja perempuan yang terdengar hempasan kuat dari dalam bilik Raid meluru masuk ke dalam untuk melihat sekiranya terjadi apa-apa.
"keluar!"sepatah tapi tegas dan sedikit menengking.
"maaf Encik Raid" pekerja tersebut terus melangkah keluar
Raid yang setelah penat menghempas segala barangan di dalam biliknya terus jatuh melutut dengan nafas yang masih turun naik.
"Ya Allah aku tak kuat..aku lemah..aku tahu aku kejam..dayus..lelaki tak guna tapi hati aku tak mampu nak memaafkannya ya Allah..kenapa dengan hati aku yang penuh dendam ni."rinteh Raid dalam hatinya sambil mengusap mukanya berkali -kali tumbukkan pada lantai berkali -kali membuatkan dia lupa akan kesakitan serta air mata yang sedikit menitis membuatkannya betul -betul lemah dengan dugaan ini.
"Raid!"papanya yang mengetahui kejadian tadi dari mulut peker-pekerja nya trus meluru turun dari tingkat 8 menaiki lift menuju ke tingkat 6 dan terus ke office anaknya itu.
"Ya Allah Raid kenapa ni?"laju memdapatkat anak sulungnya itu yang melutut di lantai.
"pa bagi Raid masa..Raid tak kuat dah pa..tolonglah pa..Raid merayu"rinteh Raid
"hmm..dh bawak mengucap Raid banyakkan bersabar dulu"lantas papanya yang terus mengusap lembut belakang anaknya itu apabila melihat Raid yang menggigil dek terlalu geram? serta peluh yang bersisa di gigi rambut ..nak kata tak de aircond,sekali dua dalam bilik ni aircond matanya yang merah nauzubillah dek menahan nangis tadi juga masih ketara.
Pakaian yang sudah siap dikemas dibiarkn di dalam backpackersnya, Raid yang hanya berbaring di sofa sejak dari tadi entah kenapa kepalanya sedikit berat setelah pulang dari office.Selepas kejadian tadi papanya terus sahaja menyuruh Raid pulang apabila melihat keadaan anaknya yang kurang stabil. Pualng sahaja ke kondo Khal Raid terus melelapkan matanya sehingga maghrib solat smeua habis terlupa.
Selepas menunaikan solat maghrib dia sudah berkira ii untuk mengemas segala pakaiannya untuk bergerak ke Qatar esok memandangkan papa sudah bagi greenlight untuk tenangkan fikiran sambil bekerja..
"wei Raid" kejut Khal sesampai di rumah..mana taknya hari ni dapat pulang awal untuk tido sekejap ..huhu kejap lagi kene balik hospital balik hmm..
"hm"Raid mengeliat sedikit sebelum bangun dari perbaringan.
"aku dengar ada hot story siang tadi cer citer" Khal terus mangambil tempat di sebelahnya.
"haih kau ni menyempat lagi tuh..kau tuh dapat balik kejap je kan..pegi lah tido dulu ..kau tuh dh lah tak cukup rehat"jawab Raid geram.
"ehh kejap aku duduk sebelah kau ni kan asal rasa bahang wei"
"kau ni kalau iya pun nk mendajal aku nnti ii lah..kepala aku berdenyut ni"
"wei bodoh ..kau tak sihat ni wei..demam!..patutlah aku kat sebelah ni pun. dh boleh rasa bahang dari badan kau"menukar posisi badannnya menghadap Raid.
"kau merepek ape ni aduh"jawab Raid seperti menidakkan.
"dah ii tak yah cakap banyak..kau bangun sekarang mandi..spare ubat ada kat dapur jap lagi aku sediakan..papehal kau mandi dulu."
"tuh nanti ii je lah .,sekarang ni aku nk cakap esok aku nak gerak Qatar..aku dh book flight ticket pagi esok."
" wei biol kau ni dah demam ii pun ada hati lagi tuh nak merayap" Khal laju menepuk dahi kawannya itu. Raid mengaduh kesakitan
"aku tak nak kau pergi esok! kau demam ni Raid ..mata tuh dh merah macam orang isap dadah dah ..kepala tuh sakit kan? haa dh tuh ada hati lagi tuh nk pergi."
"woo woo..ni anak jantan lah ...setakat demam halah ii" keningnya dinaikkan.
"dh kau jangan banyak bunyi kau mandi pastu baring dalam bilik aku bwakkan ubat pastu amek temperatur kau,dengar cakap member doktor kau ni"
" iye mak"jawab Raid menyindir.
ring..ring...
Jam loceng yang dari tadi bunyi menyakitkan lagi kepala Raid.
"dah pukul berapa ni"Raid laju menacapai jam loceng di meja tepi katilnya..
" ya Allah dah lambat pulak..flight dh lah pukul 9 ,nih dh pukul 8.30" Lantas Raid bangun dari katil tapi apakan daya gagal.
"aduh kepala aku..haih kau ni kepala time ii ni lah nk buat hal"setelah berjaya bangun dia cuba menapak secara perlahan - lahan setiap dinding rumah habis dirabanya untuk mencari kekuatan.
tiba -tiba matanya berpinar seperti rumah tersebut seakan akan terbalik lantas itu juga Khal yang baru sahaja membuka pintu rumah setelah pulang dari hospital terus menapak laju mendapatkan Raid yang hendak terjatuh.
"Raid kau nk pergi mana ni?..nasib je aku ada tadi tau..sempat aku sambut mcm drama hindustan tu"
"aku nak mandi lah ngok tak kan nak biar aku mati kejung kat situ" jawab Raid
" dh biar aku papah kau masuk toilet"Khal terus mememapah Raid menuju ke toilet.
selesai sahaja Raid membersihkan diri.Khal sudah menunggu di dalam bilik Raid .
" fuhh wangi" masuk sahaja Raid ke dalam bilik.
"kau buat apa duduk dalam bilik aku ni"
"stanby takut -takut kau pengsan"
"dah ii tak yah nak merepek..aku nk pakai baju ni..keluar-keluar" Raid menarik tanagn Khal agar keluar dari biliknya tiba-tiba sakit kepalanya menyerang kembali Raid terus memegang dinding berdekatan takut sekiranya dia tumbang.
"wei kau okey tak ni?"tanya khal apabila melihat Raid yang memegang kuat kepalanya.
"aku okey ,dah aku nk pakai baju ni"
" iye iye..aku keluar"
Raid yang sudah siap sedia mengangkat begpackersnya keluar dari bilik tidurnya.
"eh kau nk pergi mana ni?"tanya Khal yang sedang menghidang makanan yang dibelinya tadi di atas meja.
"lupa ke..aku nk gerak Qatar lah ni"
"flight kau bukan dh lepas ke"
"hah?.flight aku pukul 9 sekarang baru pukul 9"
"tengkorak kau sampai sana dah pukul bape eak ..haih"
"kau lah ni buat adegan hindustan tadi"
"amboi..boleh dia salah kan kita ye..kau tuh nasib je kecik ,menjadi lah jugak aku adegan hindustan aku klau tak dh lama aku biar kau tumbang je tadi ..haa nihh aku ada berita baik..kau tak yah gerak Qatar..aku tahu kau nk cari ketenangan soo kau pegi je stay kat hotel papa aku tuh ..mak ngah aku call tadi dh boleh bincang pasal hotel"
"hah seyes lahh ..fuhh haa ok ok cunz"
"kau ni boleh gerak esok kot..kau demam pun tak kebah lagi..muka tuh pucat habis mcm org nak mati dh aku tengok"
" nih anak jantan lah..aku okey je..cuma aku mcm nk muntah sikit lah kejap ii, mlm tadi kejap ii bangun nk muntah je wei tapi muntah air je pun"
"haa kau tengok haihh masalhnya muka kau tuh nmpak sangat tak sihat dia..badan tuh pun lemah semacam..tapi pelik gak simptom kau ni..slalunya lah kan untuk perempuan pregnant je haa mengikut kajian aku as doktor ni kan ke bini kau ....."
"dah diam makan..jangan sebut-sebut pasal dia..aku tak nak tahu"laju Raid menyuap makanan ke dalam mulut.Tapi ye ke?..ahh tak mungkin!