Chereads / strong! / Chapter 6 - Janji!

Chapter 6 - Janji!

"aik nape termenung jauh sangat ni sayang"Raid yang hanya memerhati dari jauh tindakkan isterinya yang hanya dari tadi termenung jauh itu terus mendekatinya.

"abang lapar? jom makan nak? "terkejut dengan kehadiran sang suami di sebelah laju mengajukan soalan.

"ehh tadi bukan main termenung lepastu tetiba tanya abang pasal makan ni dh kenapa.. sayang okey tak okey?.. ke sayang dah.. "Raid mengatakannya sambil mengangkat kening kiri.

"ehh tak de eahh jangan merepek orang baru lepas period akhir bulan lepas"sambil menarik hidung suaminya.

"abang tak cakap pun sayang pregnant.. abang nak cakap ..ke sayang dh rindu sangat dengan abang sbb tuh laju ajak abang makan.. "Raid memuncungkan bibirnya.

"lahh tak cakap awal..ehh salah Reen jugak laju je potong heheh sorry abang "Reen menayangkan sengih menampakkan sebaris giginya.

"Tapi abang nak baby nih seyes tak memain punya.. kalau boleh nak 11 orang boleh buat team bola"Raid mengatakannya dengan wajah selamba.

"amboii.!. pilih nak kaki ke tangan.. ingat orang ni kilang! "jerit Reen.

"alaa alaa.. tapi kan sayang.. kalau sayang prengnant abang janji always ada kat sisi sayang.. abang outstation pon nak bwak sayang.. kiranya macam sayang kene ikut je mana ontot abang pegi"Raid senyum.

"betul ni?.. janji?.. tapi abnag jangan berharap sangat..nanti kecewa kang tak memasal merajuk tak nak makan. tak pon tekup bantal kat muka satu hari suntuk"

"Ya Allah sayang.. apa cakap mcm tuh..ye abang janji..rezeki tuh Allah akan bagi cuma lambat je.. kita kene lah usaha lebih sikit"Dah start dh senyum nakal dia. eii

"haa mula lah tuh.." Reen mencubit laju pinggang Raid

.

Lamunan termati saat getaran handphone Iphone Xs miliknya bergetar di dalam seluar tanda panggilan masuk. Lantas Raid menjawab.

"hmm"jawab Raid

"tak dapat jejak" jawab si pemanggil.

"cari sampai jumpa! "Raid menekan kan sedikit suaranya.

Raid meraup wajahnya seketika sambil melihat keluar tingkap..

"ya Allah kau temukan lah aku dengan isteriku ya Allah.. aku dah tak kuat mengahadpi ujian sehebat ini ya Allah.. aku lemah.. aku salah..bantu hambamu ini ya Allah" berbicaranya di dalam hati.

Tingtong... bunyi loceng dari luar rumah menandakan kehadiran seseorang.

Raid menuruni anak tangga dan terus membuka pintu. huh rupanya kehadiran adiknya yang sorang ini.

"abang... badnews "laju sahaja Fiq masuk ke dalam rumah tanoa dijemput setelah Raid membuka pintu.

"kau memmang tak reti bagi salam dulu ke.. haa lagi satu aku tak jemput pun tau kau masuk"Raid menggelengkan kepala sebab perangai adiknya yang sorang ini.

"Ya Allah abang ni rumah ke kapal pecah! "terkejut Raid dengan keadaan dalan rumah abangnya itu. Bukan apa.. penuh pelan projek atas meja dengan gambar kak Reen segala barang ii kak Reen dalam kotak habis dikemburnya.. haa dengan makanan yang entah dh bape lama atas meja pun tak tahu "

"tak ada masa lah nak kemas.. kau tolong kemas kan eah ..abang kasi upah"

"ee takde keje aku nak kemas satu rumah ni.. kalau kecik takpe.. dh lah besar patah tulang piano aku kemas umah kau. ehh dh lah abang sekarang ni ada lagi penting dari semua tu"Lantas Fiq mengatakan tujuan asalnya..

"haa apedia"

"papa nak abang masuk keje balik macam biasa segala pelan yang tertunggak dekat rumah ni kene siapkan dalam minggu ni juga dengan projek yang kat Qatar tuh dh berbulan bulan dh tertunggak ..papa dah bising" pantas Raid mengerutkan wajahnya.

"aduhh.. abnag dh bagitau kan abnag tak ready nak masuk office.. banyak lagi bende belum settle "

"abang Raid ..Fiq dh tak leh nak cover dh.. lagipun banyak asingnment untuk last semester ni nak settle.. Fiq buat sementara waktu ni pun tak stay rumah.. duduk kat hostel kot"

"hmm takpe abang fhm.. Fiq pun dh banyak tolong abang..umi macam mana? masih marahkan abang lagi ke?"

"maybe lah..tapi kalini dia betul ii dh tak nak masuk campur urusan abang kali ini Fiq tahu dia seriouse.. lagipun dh nak masuk sebulan dh abang cari kak Reen..dh tiba masanya abang teruskan hidup mcm biasa"Fiq memberi semnagat pada Raid.

"Abang dah buat salah besar.. Abang kene betulkn balik.. Abang jauh terdasar.. melampau.. kak Reen pregnant Fiq.. Abang mesti cari dia.. "bertakung air matanya.. saat terimbau kembali perkara yang dilakukannya dulu mampu membuatkan air mata itu mengalir dengan mudah..

"Banyakkan bersabar.. Fiq akan bantu mana yang mampu.. "tegas Fiq sambil memberi kata semangat.

"ni kau dh makan belum?"..tanya Raid

"abng nak ajak makan rumah ke?..abang masak?...fuhh mimpi lah jawabnya.."

"tak cakap pun abang nak masak..abang nak kau keluar pergi beli makanan hehe" Jawab Raid skru adik sendiri.

"hmm dah agak dah..yelah orang beli mamak je eah bungkus ..Fiq bedal je lah oder pape jangan banyak songeh!"

"haa mcm ni lah adik abang..yelah kau tau dtg sini lepak main game..sekali sekala beli makanan apa salahnya"

Fiq hanya buat muka sengalnya."tahunya nak perli orang je huh"..getus hatinya..Fiq pin tanpa berlengah berlalu pergi.