NAFAS yang kelihatan memenatkan itu, memberati dadanya sehingga nampak jelas ombakkan yang menyempitkan saluran pernafasannya. Dahinya yang dilap dengan lengannya, tidak kenal basah walau sudah dilap berulang kali. Bukan hanya dia sahaja yang berkeadaan bergitu. Avienna yang membontotinya dirinya dari arah belakang juga, beriak sama sepertinya seolah-olah senada perlakuan mereka.
Lori yang mereka tumpangi, membawa mereka di perhujung jalan kerana jalan di hadapan mereka di kawasan itu mempunyai lorong kecil untuk kenderan bersaiz kecil dan lorong pejalan kaki. Di kawasan itu juga tidak membenarkan kenderaan berat terutamanya yang membawa beban seperti lori besar ataupun bas perlancongan memasuki kawasan itu semenjak tragedi sebuah bas perlancongan terjunam di curam perbukitan.
Kemalangan bas yang melibatkan 37 pengunjung termasuk sukarelawan yang terkorban disebabkan bantuan yang lewat tiba.
"Perjalanan masih jauh ke dalam. Mahu rehat seketika?"
Avienna mengangguk. Botol air dan bekalan makanan, dibawa keluar. Dia duduk di pinggir lorong jalan yang muat-muat digunakan untuk laluan permotoran ataupun kereta jenis jip, sebagai kenderaan bermotor lasak.
Sofea sudah bersandar, merehatkan kakinya dan mendapatkan semula tenaganya yang dikerah dari awal pendakian mereka. Bukit yang mereka daki, tidak terlalu tinggi kerana ada kalanya, mereka terpaksa menuruni bukit dan mendakinya semula. Kawasan bukit bukau itu seperti 'rail roller coaster'.
"Sudah?"
Avienna tidak banyak bicara. Sesekali, dia akan bersuara. Bergitu juga dengan Sofea, yang memilih untuk membisukan diri kecuali apabila ianya melibatkan sesuatu hal yang penting.Barulah Sofea akan membuka mulut. Tekaknya masih terasa perit untuk mengisi perut, kerana hatinya masih berdesah dengan kerisauan. Pesanannya yang di hantar kepada bapanya, sebagai maklumat terbaru lewat pesanan ringkas digital itu membuatkan dia sedikit lega.
Sekurang-kurangnya masih ada orang yang tahu keberadaan mereka.
"Kau tak lapik perut?" tanya Avienna, menyimpan bungkusan biskut ke dalam poket seluar. Air mineral itu, diteguk sebelum disimpannya ke dalam beg sandang yang dibawanya sekali.
Sofea mengeleng. "Tak. Aku tak ada selera."
Avienna diam dan tidak lagi menyoal. Tanpa meneruskan perbualan, mereka kembali meneruskan perjalanan. Dari tengahari, kini waktu mulai beranjak ke petang. Masa yang berlalu pantas itu, tidak boleh mereka lengahkan lagi.
Dengan harapan, dia mendoakan kakak kembarnya itu tidak apa-apa dan selamat. Dia juga berharap, Danish melindungi kakaknya itu.
...
"PANG!! "
Ainaa yang terkulai, mengiring ke sisi setelah dia terjatuh dari kerusi apabila tamparan kuat itu melayang ke wajahnya. Mukanya berkerut, menyeringai sakit serta bahagian mukanya yang lebam, dan tubuhnya yang penuh dengan kesan pukulan yang sesekali dilempiaskan ke arahnya. Dia tak mampu untuk membangunkan diri atau sekali-kali mempertahankan dirinya. Kaki tangannya terikat dengan tali!
"Biadab!!" Kehilangan jejak Rafael, gagal di ikutinya tatkala dia tidak mahu Ainaa pula hilang dari kawasannya. Cukup, dia sudah tersalah langkah.
Dia memilih lelaki pengecut untuk membantunya sedangkan, lelaki itu sepatutnya menurut sahaja kerana dia anak terbuang. Ambil kesempatan untuk balas dendam. Bodoh!!
Ainaa mengejek dengan rentak muka yang tidak jelas digambarkan. Namun bukanlah di katakan Ainaa apabila lidahnya, tidak pernah tajam dari bilah pisau. Tidak hairan juga dengan ulah Danish apabila dia tak mampu menahan amarahnya, tatkala berdepan dengan saudara kembar Sofea.
Jika di hadapan Danish adalah Sofea, pasti wanita itu akan terpedaya dengan kata-katanya. Dan rancangannya untuk mendapatkan semua barang keramat itu akan berhasil.
Barang-barang untuk pemujaan sudah disediakan, seperti bawang putih, drah dan tulang binatang segar, kemenyan, kain kuning dan gigi taring yang diwarisi oleh tuk guru silatnya. Hanya ada dua barang yang belum ianya dapatkan seperti gulungan rambut di dalam kotak kuning dan cebisan kain batik, serta gigi taring yang disimpannya, yang merupakan pemilik asal roh yang ingin dipujanya.
Untuk pemujaan baru, dia perlukan barang seperti kuku, rambut dan darah haid. Semua barang itu akan dikumpul untuk di berikan pada bangsa halus itu sebagai cagaran untuk dia mendapatkan warkah pendamping.
Sebagaimana kata tuk gurunya, jika mahu mendapatkan pendamping berkasta tinggi. Carilah di Gunung pondok. Kerna di situ ada satu kasta yang tinggi, yang tidak dapat mengalahkan yang lain-lain. Dan pastinya, dia menjadi jaguh dalam dua alam.
Ainaa menahan perit di bibirnya yang pecah dan membengkak. Pijar di bahagian pipinya terasa berdenyut-denyut sakit. Kelibat Rafael tidak kelihatan di situ.
"Di mana rakan sejawat kau?"
Danish memandang Ainaa dengan jelingan mata yang tajam. Pekerjaannya terganggu seketika. Lontaran soalan Ainaa, yang memberikan soalan seperti lagak seorang rakan.
Danish berdiri. "Mahu mati?! "
Ainaa ketawa. Dia yang masih berada di atas lantai, mencuba untuk mendudukkan dirinya. Mukanya kotor disebabkan lantai yang berpasir dan berlumut.
Mungkin kerana tubuh Ainaa yang sederhana itu, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil apabila mudah mendudukkan dirinya dengan kaki dan tangannya yang terikat.
Kening Danish, bergerak sedikit kerana kagum dengan apa yang dilihatnya.
"Jadi lelaki itu bukan kawan kau.. "
"Dia..." Danish sengih mengejek. "Dia, lelaki pengecut!
"Kau hina kawan kau?? "
"Itu kawan aku!..tapi abang kau." Danish menghampiri Ainaa, dan dia merapati perempuan itu dengan duduk bertinggung di hadapannya.
"Penghianat!!"
Ainaa memandang tepat, renungan anak mata Danish. Mata mereka bertentang antara satu sama lain. Danish sengih lebar.
Darah yang mencemar air muka Ainaa, dilapnya dengan rasa suka. Sejujurnya, dia tidak menafikan dia mempunyai hati dengan Sofea kerana kecantikkan wanita itu menyerlah. Tapi, dia masih waras untuk membezakan status Sofea yang bergelar isteri orang. Walaupun muka dan raut wajah Ainaa sama dengan Sofea, umpama mesin cetak. Sama yang tiada beza, namun watak Ainaa yang cerdas itu menarik hatinya.
Sofea mungkin nampak kasar, tetapi wanita itu sebenarnya lembut dan mudah terusik. Berbeza dengan Ainaa. Walaupun baru kini dia menemui wanita itu, secara dua mata. Ainaa sangat misteri. Sukar diramal persona wanita di hadapannya. Wanita ini sama sepertinya.
"Kau cantik.. "
Ujaran Danish yang tiba-tiba memujinya, membuatkan Ainaa merasa meluat. Teringat pada lelaki yang menyatakan dirinya dirinya adalah saudara kembarannya. Rupa mereka yang tidak jauh beza, kerana mereka kembar seiras walaupun dia juga merasa pelik, tatkala memandangnya.
"Rafael pun cantik.. "
Dahi Danish berkerut. "Kau maksudkan lelaki itu? Cantik? "
Kedunguan Danish di pandangan matanya itu, membuatkan hatinya tercuit rasa geli hati. "Kau bodoh ke??" Ainaa ketawa."Dia.., kembar aku. Muka kami, bertiga sama."
"Ouh.. Patutlah kau tak pernah terkejut tengok muka yang sama dengan kau selain adik kau." selar Danish. Mukanya berang, tatkala dirinya dipanggil bodoh oleh Ainaa.
Ainaa berkerut dahi. Lalu ketawa mengekek yang diselangi dengan riak muka mengejek. "Nak terkejut apa. Mak aku ada gambar dia di dinding rumah. Aku dah lama agak, waktu jumpa dia di hospital." Bibirnya tersungging dengan ketawa. Lelaki di hadapannya sudah mula merepek.
"Bukan kau maksudkan diri kau?Tak terkejut tengok Rafael. "
"Diri aku?? "
Ainaa ketawa, sambil menahan perit di hujung bibirnya. "Tak ada siapa yang tahu dalang sebenarnya dan siapa Rafael kecuali kau sendiri tahu kami adalah kembar."
Danish akui. Dia tersilap pandang akan hal itu. Jika selama ini, dia berjaya untuk mengaburi mata mereka dengan dirinya yang kini.
Dan, dia tak sangka mereka dapat memperdayakannya apabila dua beradik kembar itu menukar identiti.
"Dan, kau pasti tak sangka bahawa kami berdua menukar identiti. Dan disebabkan itu, kau tak mampu nak naikkan cerita baru tentang kami. Kerana kau tak pasti, siapa kami.."
"Selama ini kau sudah tahu, siapa aku.."
Ainaa sengih. "Kau rasa?"
"Kak!!!"
Mereka berdua tersentak. Lontaran suara Sofea, menerjah ke halwa telinga mereka. Danish senyum meleret.
"Aku tak sangka, perangkap yang kau pasang. Makan tuan."
Bersambung...