Cemas! Ainaa yang masih terikat, tidak mampu membuat apa-apa, ketika tubuhnya diheret tanpa belas ihsan oleh Danish yang meredah semak dan lalang tinggi bahkan bongkahan batu-batu kecil dari banggunan runtuh itu, melukakan tubuhnya sehingga tubuhnya luka dan calar balar. Bukan sahaja lebam yang mulai menunjukkan warna. Bahkan luka-luka baru, mulai timbul di anggota badannya. Bawah matanya sembam dan lebam.
Kehadiran adik kembarnya, bersama Avienna membuat lelaki yang berada di hadapannya bertindak untuk meninggalkan bangunan usang itu, dengan membawa dirinya bersama. Seperti, mengatur strategi baru, namun dalam masa yang sama seperti lelaki ini mahu memperdayakan mereka. Jika benarlah apa yang dirancang Danish, maka tepatlah yang diduganya itu. Mereka dalam bahaya dan, terperangkap dalam perangkap. Dan ianya merisaukan. Namun,...ada sesuatu yang lelaki ini terlepas pandang. Dia terlepas menilai kemampuan Avienna.
Danish silap, jika dia dapat memikirkan dirinya mampu memperdayakan gadis berbangsa India itu.
Dia tidak kenal siapa Avienna.
Wanita itu adalah.., darah merah keluar dari mulutnya. Kepalanya berdengung sehingga pandangannya terasa kabur.
'Jangan..belum tiba masanya.' utaranya bersuara perlahan, dan memberi semangat pada dirinya. Perasaan risau tentang adiknya masih menebal dan mengulit dirinya. Dia tak boleh jatuh sekarang. Dia perlu mencari cara untuk menamatkan permainan terakhir Danish. Lelaki yang sudah di syak dari awal. Ainaa risau memikirkan keselamatan adiknya!! Sofea dan dirinya, berbeza. "Jika kau berani sentuh adik aku! Kau..."
PANGG!!
Belum sempat Ainaa menyudahkan percakapannya. Wajahnya, ditampar dengan kuat. Berdarah bibirnya dengan luka baru. Bahkan, berdengung kepalanya. Dan belum beberapa ketika, kepalanya didongak secara paksa dengan lelaki itu yang menarik rambutnya ke bawah dari arah belakang.
"Argh!!!"
Rambutnya ditarik, dan di bawa muka Ainaa ke hadapan muka dengan paksa. Danish sengih. Ainaa membalas dengan jengilan mata yang tajam.
"Kau fikir, aku takut!" Bisik Danish dengan nada perlahan. "Jika aku tak hebat, aku tak akan sampai ke tahap ini. Kau lihat, di sana.." Anak matanya mengerling ke satu sudut arah. Menunjukkan sesuatu, pada wanita yang direnggut rambutnya.
Membulat biji matanya. Terkejut! bergemuruh jiwanya hingga perasaannya tergoyah seketika.
"Engkau memang gila!"
...
Sekolah pondok berhadapan gunung pondok-
USAI sahaja mereka menunaikan solat fardu maghrib yang di imami oleh Meor, anak lelaki Najihah. Masing-masing yang telah bersiap-siap dan sudah bergerak keluar ke halaman di hadapan surau, sudah siap dengan hafalan bacaan surah lazim yang di mulai dengan surah Al Fatihah, berserta bacaan Al-Mulk sebagai kalam pendinding diri. Kelakuan mereka dipimpin oleh Ustaz Yusof sehingga masing-masing di antara mereka selesai memagar diri.
Ustaz Yusof juga, tidak membiarkan dirinya kosong. Mungkin malam ini, adalah penutup terakhir pada sumpahan. Selagi ada jalan, selagi itu mereka akan cuba sebaik yang mereka mampu. Segala hal yang melampaui batas fitrah manusia adalah terserah pada Rabb. Sesungguhnya Allah, yang Maha tahu.
Sesudah itu, mereka berkumpul membentuk sebuah bulatan sederhana kecil. Dan di antara mereka ada jarak setengah meter, tetapi mereka masih duduk berhampiran antara satu sama lain. Tubuh Najihah, yang di tertutup kemas auratnya, dibaringkan hampir di tengah-tengah bulatan dengan kain selimut, di hamparkan ke separa tubuh Najihah. Baringnya beralas dengan sejadah yang di lapikkan, milik surau.
"Zahra. Bawakan barang-barang pujaan yang kamu jumpa, atau barang yang kamu dapat ke arah ungun api yang ustaz sudah sediakan." Ianya agak berjauhan dengan kumpulan mereka. Tempat Zahra, segera di penuhi oleh isyarat jari oleh Ustaz Yusof, yang meminta mereka untuk mengelakkan pagar yang mereka buat, rapuh.
Zahra menurut seperti yang di arah.
"Sebelum kamu buang. Baca surah...Allah!!" Arahan Ustaz Yusof terhenti serta merta dan membuatkan beberapa anak muridnya menjadi panik. Lehernya seperti dicengkam dari arah belakang. Terkapai-kapai Ustaz Yusof untuk mengekalkan dirinya yang sedang duduk di atas kerusi plastik. Untuk dia berdiri, kuat seperti muda dahulu dia sudah tidak berupaya. Lantas Zafran menyambut pautan Ustaznya yang hampir tumbang. Manakala, Meor memengang kerusi Ustaz Yusof agar lelaki berusia itu tidak tumbang ke belakang.
"Allahu Akhbar!!! Allahu Akhbar!!" Zafran yang menyambut pengangan ustaz, hampir berundur satu langkah. Dia melaungkan laungan keramat itu walau ada ketika, nafasnya putus. Matanya menangkap jelas kehadiran satu mahkluk besar yang tinggi dan tubuhnya dipenuhi bulu hitam yang lebat, sedang merangkul leher ustaznya dari arah belakang. Datangnya walaupun seperti dekat, namun keadaannya seolah-olah terhalang. Keberadaannya dalam keadaan merangkak. "Allahu Akhbar..!!!Allah...hu Akhbar!" Zafran menundukkan renungannya tatkala kepala mahkluk mengerikan itu keluar dari celahan kangkangnya dengan ribuan mata dan bibirnya yang terkoyak separuh muka. Makhluk buruk rupa itu, memaut lengannya dengan lidah yang menjalar dan memanjang.
Meor yang berada di sebelah sana, hampir ditarik dengan ribuan ulat-ulat sebesar ibu jari dengan bilangan yang ribuan ke dalam tanah namun, usaha makhluk mengerikan itu sentiasa gagal. Bibirnya, terkumat-kamit dengan zikir yang tak henti. Matanya dikatup rapat, walaupun sesekali angin sejuk bertiup di cuping telinganya.
"Jangan!! Jangan berganjak dari tempat kamu berdiri!!" Laungan suara Ustaz Yusoff, separa memekik. "Teruskan bacaan surah pendinding!" Memberi amaran pada bekas pelajarnya apabila ada yang mahu beredar pergi. Di dalam dirinya yang sedang berperang dengan makhluk halus itu, sempat dia mengisyaratkan pada Zahra yang berada di tengah-tengah bulatan.
Zahra sudah kaku, mengangguk faham. Hanya dia sahaja yang ustaz izinkan untuk bergerak seawal tadi, sambil dirinya membawa barang pujaan di hadapan unggun api. Di belakangnya, tengkuknya sudah sejuk. Terasa ada lembaga yang tinggi dan besar, duduk berdiri di belakangnya. Kakinya lenguh.
"Jangan bergerak. Teruskan bacaan ayat terakhir Surah Kursi." nafas ustaz Yusof tersekat-sekat. Tetapi, arahan tetap diberikan secara berterusan.
"Ustaz?" Zafran sedar ada beberapa mahkluk lain yang berkerumun di sekeliling isterinya. Dia yang mempunyai deria mata yang jelas melihat alam ngaib, berujar kerisauan.
"Ikut bacaan Ustaz." pinta Ustaz Yusof. Tangannya sudah mengigil, memaut kuat lengan Zafran. Zahra mengangguk.
"Aku berlindung dengan dzat Allah yang maha mulia, dengan kalimat-kalimat-Nya yang sempurna, yang tidak ada orang baik dan juga orang durhaka yang melampuainya, dari keburukan yang turun dari langit dan keburukan apa pun yang naik ke langit; dari keburukan apa saja yang masuk ke bumi dan keburukan apa saja yang keluar dari bumi; dari keburukan fitnah-fitnah siang dan malam; dari keburukan petaka-petaka malam; dari keburukan setiap petaka yang datang, kecuali petaka yang datang membawa kebaikan, wahai Zat yang maha penyayang."
"Zahratu..buang semuanya ke dalam unggun api dengan lafas basmallah."
"Basmallah."
Bersambung..