Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 85 - Chapter 85

Chapter 85 - Chapter 85

SOFEA cemas. Berkeringat belakang tubuhnya tatkala, saudara kandungnya telah hilang bersama kereta yang mereka naiki semalam. Dahinya basah, dan mukanya tampak serabai. Gayanya seperti ibu yang hilang anak. Dia terjaga dari tidur, kerana dikejutkan oleh rakan kakak kembarnya. Wanita yang berbangsa India itu bangun, sebaik terjaga dari lenanya apabila ada beberapa jemaah yang mulai tiba di perkarangan surau. Bunyi motor dan suara orang kampung yang kedengaran, telah mengejutkan dia dari tidur.

"Bila kau sedar, kakak aku hilang?" kukunya digigit, dengan kakinya tak henti-henti melangkah ke hulu ke hilir dan seketika, meramas rambutnya yang kusut di balkoni surau. Jemaah yang menunaikan solat subuh, sudah lama meninggalkan surau apabila waktu sudah hampir ke tengahari.

"Berapa kali aku nak bagitahu kau. Aku terus kejut kau, bila ada orang kampung datang tadi. Bila aku nak ke kereta, kereta dan Ainaa dah hilang."

Mustahil, kereta yang di parking olehnya. Boleh hilang bergitu sahaja. Bahkan, saudara kembar Sofea itu sudah merata mereka cari. Sempat mereka bertanya kepada beberapa orang kampung yang lalu lalang. Namun, tidak siapa pun melihatnya bahkan, tidak nampak kelibat kereta mereka.

Sofea tak mampu duduk diam. Hatinya tak tenang, tambah-tambah kakaknya masih tak pulang walaupun waktu sudah menjelang ke tengahari. Jika kakaknya mahu ke tempat sana, Danish ada. Rasanya dia tak perlu risau kalau pembunuh itu cuba mengapa-apakan kakaknya.

Tapi, dia juga tidak tahu jika kakaknya itu selamat di sana. Mereka tak kenal Rafael. "Kau rasa kakak aku, pergi ke tempat semalam?"

Avienna mengangguk, memikirkan secara logik lokasi yang menjadi tempat utama wanita itu akan pergi. Danish mungkin masih ada di sana,  namun dia sukar untuk memberi kepercayaan pada lelaki itu.

Mungkin Ainaa juga sedar, gelagat lelaki itu sangat mencurigakan apabila tempat dan lokasi Rafael mudah di jejaki sedangkan mereka sudah cuba mencarinya secara tersembunyi selama ini. Tambahan, semalam lelaki itu secara keras mahu mereka tunggu di kawasan itu. Tengah malam buta,  yang tidak tahu bahaya atau tidak. Tidak orang, binatang liar. Manalah tahu, terjumpa pak belang.

"Aku tak sedap hati!" Rungut Sofea, yang akhirnya duduk bersila. Dia pandang Avienna, dengan mendongakkan kepalanya memandang ke arah wanita muda yang bersandar di tiang seri surau, sambil berpeluk tubuh.

"Kau nak pergi sana?"

Sofea mengiyakan. "Aku tak boleh biarkan kakak aku ke sana. Walaupun ada Danish."

"Tapi, kita nak naik apa? "

"Itu!!"

Sebuah lori buruk, berhenti seketika di lorong selekoh di hadapan surau. Lori buruk itu, mungkin akan masuk ke kawasan pendalaman di perkampungan orang asli. Avienna tidak membantah. Kerana itu sahaja cara yang paling cepat untuk mereka tiba ke kawsan itu. Semakin lama mereka menunggu, semakin banyak waktu yang mereka buang.

Dia juga, risau dengan keselamatan Ainaa.

...

SATU pesanan ringkas, telah masuk ke dalam peti masuk. Zafran membuka dan terua membaca, titipan ringkas dari anak tirinya lalu melihat sekilas pada Zahra yang lagut melayan rakan yang di bawa oleh menantunya.

Dia yang ingin memberitahu tentang dua kembar itu pada isterinya, terbantut tatkala ada panggilan dari Sofea sebelum, anak tirinya itu mengirimkan pesanan.

Saat nama anaknya timbul di kaca telefon bimbitnya,  dia segera menjarakkan dirinya seketika dari isterinya itu.

Pesanan ringkas yang dibaca sekali itu, membuatkan hatinya diragut kerisauan. Jika benar, Rafael adalah dalangnya. Anak itu, pasti berbahaya pada Ainaa dan pada Sofea.

'Ayah, kami dah jumpa Rafael'

Lokasi anaknya juga, yang dihantar oleh Sofea, lantas jarinya menekan lokasi sehingga ianya dibuka dan menunjukkan kawasan keberadaan anaknya dengan lebih terperinci.

Felda lasah? Kawasan itu agak bertentangan dengan lokasi mereka yang berada kini walaupun dibawah negeri yang sama.

Nombor telefon anaknya itu, didail. Namun,tidak berangkat. Matanya, cuba menulis pesanan pada anaknya agar mereka berhati-hati. Tetapi, pesanannya itu tidak di baca pula.

Keluhan nipis, terbit tanpa sengaja di bibirnya. Semoga Allah yang memelihara dan menjaga mereka. Kerana sebaik penjaga itu, adalah Allah. Dia perlu berada di sini, untuk menyelesaikan tugas akhir.

"Ibu?!"

Zafran melemparkan pandangan ke arah menantu dan isterinya. Zahra yang sejak tadi rancak berbual, tiba-tiba jatuh terduduk dengan dadanya di pengang dan ditepuk dadanya berulang kali. Air muka Zahra pucat tiba-tiba. Zafran segera menyimpankan gajet miliknya dan terus mendapatkan isterinya.

Kesihatan isterinya yang masih tak stabil itu, juga merisaukannya. Sudahlah baru sahaja terbangun dari pingsan. Kini, keadaan isterinya nampak lemah.

"Abang!"

"Ya? Kenapa?" Zafran membantu isterinya itu bangun, dan dalam masa yang sama. Dia sempat meminta menantunya itu mengambilkan kerusi plastik yang berada berdekatan. Dipimpin isterinya, sehingga isterinya itu dapat duduk dengan selesa.

"Abang.. "melirih suara Zahra. Dadanya, berdegup laju. Bagai ada rentapan yang membuatkan, terus mengingati anak-anaknya. Lengan baju Zafran, ditarik. Air matanya bergenang, malah bibirnya pucat dan pudar.

"Kenapa? Apa yang jadi?" Kebetulan, Nabiela yang sedang datang menghampiri ke arah mereka, segera berlari mendapatkan teman baiknya itu apabila dia secara tidak sengaja  melihat sahabatnya jatuh ke tanah..

Dia yang ingin memanggil mereka, untuk berkumpul di surau atas arahan Ustaz Yusof. Terus datang mendapatkan sahabatnya dengan perasaan risau.

"Abang, saya dapat rasakan anak-anak saya dalam bahaya." rintihannya kedengaran separa merayu.

"Kau maksudkan siapa? "Soal Nabiela, bingung. Dahi sahabatnya, berpeluh itu di lapnya dengan belakang tangannya.

"Anak-anak aku!! "

Riak simpati menjijit di hati Nabiela. Ditempuk perlahan bahunya sahabatnya. Memahami derita sahabatnya yang selama ini,  dipendam perasaan rindu. Disimpan perasaan risau.

Zafran yang mendengar, diam seribu bahasa. Raut mukanya, tidak senang dnegan ujaran isterinya kerana dia juga di cengkam kerisauan. Pesanan ringkas itu, mengingatkannya semula. Dia pengang tangan Zahra, supaya dapat meredakan kerisauan di hati isterinya.

"Anak-anak aku!! " Utara Zahra sekali lagi. Tak mampu di tahan gelora jiwanya. Di tepuk dadanya dengan keras. Perasaan risau itu, bagai menikam jantunnya. Wajah anaknya, bersilih ganti di kotak ingatan. Bagai desket memori yang berputar, kenangan anak-anaknya itu terlayar bagaikan siaran di kaca tv.

"Ibu maksudkan Sofea? " tanya Ammar Waziff. Kata-kata ibunya, membuatkan dia juga di jentik kerisauan. Risau pada ibu mentuanya dan risau pada kata-kata ibu mentuanya.

Kerana, deria hati ibu itu tepat.

Zahra mengeleng. "Semua. Semua anak ibu." utaranya pada menantunya. Air matanya merembes. Mengalir, membasahkan mukanya. Teresak Zahra, di hadapan mereka lantas Zafran memeluk isterinya dalam pelukannya.

"Beila, boleh kau minta air doa dekat ustaz. Air untuk tenangkan hati." pinta Zafran.

Nabiela yang tercengang-cengang, akhirnya mengangguk. Perasaan ibu, apabila ianya berkaitan dengan anak umpama, telepati. Apabila anak berdepan dengan bahaya. Pasti ibu akan dapat rasa dahulu. Air mata Zahra,  diusap sebelum dia berlalu mendapatkan air doa dari ustaz.

"Ammar, bawa kawan kamu dan kotak ini ke ustaz."

"Ibu? "

"Ayah ada. Biar ayah jaga ibu. Kamu ikut, Makcik Beila cepat. Ustaz ada di surau aspuri." arahnya pada menantunya. Walaupun, menantunya agak kekok dengan ujarannya yang berbahasa dengan perkataan ayah. Tapi, itulah yang sebenarnya. Dia adalah ayah mentua, walaupun hanya dengan pangkat sebagai ayah tiri.

"Abang, ara risau sangat."

Zafran mengangguk. Menenangkan isterinya. "Abang tahu. Abang pun risaukan mereka. "

"Abang tahu? "tanya Zahra. Menjarakkan rangkulan suaminya.

Kelat air muka Zafran. Terkedip-kedip matanya, berfikir seketika antara wajar atau tidak dia menceritakan dan memaklumkan hal itu pada isterinya tentang anak-anak mereka.

"Abang??" air matanya, diseka dengan jarinya. Memandang suaminya dengan persoalan.

Zafran menghela nafas. Isterinya, mempunyai hak untuk tahu. Kerana mereka adalah anaknya yang sebenar, bukan dia. "Anak-anak ada datang jumpa abang."

Bersambung...