Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 84 - Chapter 84

Chapter 84 - Chapter 84

AMMAR WAZIFF, membungkus kotak kecil itu dengan sehelai kain batik milik Sofea yang di bawa bersama saat dia bertemu dengan bekas rakan sekerjanya dahulu.

Mujur, Mihrab ada bersamanya ketika dia mendengar permintaan ibu mentuanya yang memintanya untuk membawa kotak itu ke sekolah lama di gunung pondok. Jika dia mahu pergi sendiri, kenderaannya tiada kecuali motor elektrik milik ibu mentuanya. Entah bila boleh dia tiba. Kerana jaraknya dari pekan kecil ini ke gunung pondok memakan masa dalam setengah jam. Naik motor elektrik, mungkin dalam sejam lebih. Mahu memandu kereta, rekod kesihatannya tidak membenarkan dia memandu. Tambahan, dia baru sahaja sembuh.

Lokasi yang di hantar di aplikasi mesejnya, menunjukkan tempat sekolah ibu mentuanya tidak jauh dengan gunung pondok dan stesen kereta api.

"Belok ke kanan. Di simpang lampu isyarat ini, belah kanan."

Mihrab memasuki lorong, ke simpang kanan di simpang empat jalan menuju ke Taiping. Isyarat lampu kanan, dipetik hingga bernyala. Matanya sempat meliar, melihat pekan kecil dengan ingatan dari pengalamannya yang meronda kawasan. Di hadapan, jalan ke Taiping di sebelah kiri jalan. Cawangan balai dari unit Padang Rengas.

"Tidaklah jauh. Dekat dengan balai."

Unjuknya pada Ammar Waziff, dengan anggukkan kepalanya. Bergitu juga dengan Ammar Waziff yang mengiyakan kata-kata kawannya. Mereka tahulah, sekolah pondok bantuan kerajaan itu. Letaknya di bawah jejantas. Satu lagi sekolah, terletak di bahagian dalam kampung. Sekolah yang satu itu, agak tersorok dan dengar cerita. Sekolah itu, khas untuk perempuan sahaja.

Seketika, lampu isyarat yang mereka tunggu menukar warna hijau. Mihrab terus meneruskan pemanduannya, setelah membelok ke kanan. Dari atas jalan, sebahagian bangunan dari sekolah agama itu kelihatan. Nampak kawasannya kecil dan sedikit padat. "Dah sampai... "

Kereta di parkir di sisi jalan, di tepi pintu masuk utama sekolah.

"Ikut?"

"Kau ada upacara kan? "

"Mungkinlah.. Nak ikut, sekali? Nak tengok? "

Mihrab diam. Dia berfikir-fikir dahulu. Alang-alang dia dah tahu, rugi pula tak tahu sampai habis. Bukan senang nak tengok apa yang mereka buat dengan benda di dalam kotak itu. Tapi, kalau lama sangat upacara itu. Takut bosan pula dia. "Tak lama ke?"

"Mungkin. Aku tak tahu." balas Ammar Waziff, dengan kedua bahu di angkat serentak. Menyatakan ketidak tahuannya dengan bahasa isyarat badan.

"Aku tunggu sini. Karang, mereka kata aku ganggu."

Ammar Waziff mengangguk. "Okaylah. Aku try tanya ibu aku. Mana tahu, dia bagi kau masuk"

"Hmm...okaylah.Call jelah aku nanti. Jangan lupa pula aku dekat sini." sengih Mihrab, memesan rakannya itu. Ammar Waziff senyum bersahaja.

"Lupa pun tak salah." ketawa Ammar Waziff, bergurau. Mihrab ketawa kecil. Sejak kawan kerjanya itu, ditahan di hospital sakit jiwa.

Pertemuan mereka pertama, di kawasan lorong dan kawannya sepatnernya itu menjauhkan diri. Sanggup lari dari dia sehingga dia pula terpaksa kejar kawannya itu. Kali kedua, baru dia dapat lihat kawannya itu tidak gementar. Walaupun tak banyak berborak. Sesekali buka cerita lama. Dan kali ini, dia dapat lihat kawannya itu sudah mampu berjenaka.

Ammar Waziff membawa bungkusan yang dibungkus, dan di letakkan di dalam plastik bersamanya. Namun, di pertengahan jalan. Dia terlihat ibu mentuanya yang berjalan seiringan dengan seorang lelaki, yang mungkin sebaya.

"Ibu? "

"Ammar.. "Susuk menantunya itu, disambut girang. Walaupun, baru berpisah dua hari. Dia rindu pada menantunya itu yang dijadikan tempat ganti kehilangan anak-anaknya. Menantunya itu merapati dirinya. Tangannya, dikucup hormat tanda dirinya sebagai ibu dan orang yang lebih tua.

"Ibu, sihat?"

Zahra mengangguk. Kepala Ammar Waziff diusap kasih. "Sihat. Anak ibu macam mana? Makan ubat, ikut jadual tak?"

Ammar Waziff mengangguk. Namun kehadiran lelaki di samping ibunya, membuatkan dia menarik ibunya menjauh dari lelaki tersebut. Melihat perbuatan Ammar Waziff, Zafran menarik lengan Zahra.

Telatah mereka berdua yang bersikap ganjil, meledakkan tawanya. "Ammar, ini suami ibu."

Mata Ammar Waziff memndang dengan kerutan di dahi. Lelaki itu, tak pernah dia temui sebelum ini.

"Maaf, ibu tak pernah cerita pasal suami ibu."

Ammar Waziff mengeleng. "Tak, tak apa."

"Abang.. Ini suami Sofea. Menantu saya."

Zafran mengangguk. Dia sudah tahu, sedari awal lelaki itu menghampiri mereka berdua. Namun, dia terasa cemburu tatkala menantu mereka cuba menjarakkan diri darinya. Tetapi, ujaran Zahra mengusik hatinya. Sofea tetap anaknya, walaupun bukan zuriatnya. "Menantu kita."

Zahra mengiyakan kata-kata Zafran. Dia tahu, suaminya itu menganggap anak-anaknya, adalah anaknya juga. Namun, biarlah kenyataan itu diucap sendiri oleh suaminya itu.

Sebab, dia tahu. Hukum tetap hukum. Anak-anaknya, adalah anak tiri suaminya. Bukan anak kandung.

"Ibu, Ammar ada bawa kawan."

"Kawan? Makwe ke? " Menantunya itu, tidak bergaul sejak mengalami gangguan mental. Apabila, menantunya itu menyatakan dia membawa kawan bersama. Itulah adalah respon terbaik. Kalau kawannya itu membawa kawan wanita. Itulah yang dia harapkan. Janganlah menunggu anaknya yang tak kunjung tiba. Entah hidup atau tidak. Lagipun, lelaki tak terikat seperti wanita.

Ammar Waziff mengeleng pantas. "Tak! Tak! Kawan lelaki."

Laju sahaja mulut menantunya, menafikan dengan riak tubuh badannya yang menyatakan dengan kuat.

Zafran yang berada di sebelah isterinya, memandang tajam ke arah Ammar Waziff hingga membuatkan lelaki itu, menegaskan dirinya tidak membawa kawan perempuan sekali lagi, sebagai satu jawapan pasti.

"Oh, kenapa tak bawa ikut sekali." Kendur suara Zahra.

"Katanya, takut ganggu." ulah Ammar Waziff, dengan belakang kepalanya digaru serba salah.

"Oh, tak ada masalah. Lagi ramai yang boleh bantu. Senang urusan kami nanti. Hafal 'ayat Kursi'?" Tanya Zahra.

"Kalau hafal, lagi okaykan abang." sambungnya, sambil kepalanya menoleh ke arah suaminya yang berada di sebelah. Zafran mengangguk.

"Tak tahulah pula. Kalau, macam itu. Ammar panggil dia." balas Ammar Waziff, segera berlalu. Kemunculan suami pada ibu mentuanya membuatkan dia ingin menghindari diri secepatnya. Tambahan, lelaki itu asing baginya sejak dia menjadi ahli keluarga Sofea.

Zafran menghantar kelibat menantunya dengan ekor matanya dan perlahan-lahan rasa bersalah, menjalar ke dalam hatinya.

Perlukah dia menceritakan pada isterinya itu, bahawa anak mereka ada datang menemuinya baru-baru ini. Tetapi, isterinya yang pitam tiba-tiba membuatkan dia di sapa kerisauan. Risau, jika berita tentang anak mereka akan membuatkan dia pitam kali ke dua.

Tetapi... sampai bila dia mahu menyembunyikan tentang mereka?

"Ara.... "

"Hmm? "

...

DI HADAPAN BANGUNAN PUTIH - AINAA tidak berdiam diri saat Danish cuba menyerangnya dengan mengacah seperti membaling sesuatu ke arahnya. Dengan suasana malam yang gelap gelita itu, malah di halangi dengan semak-semak tinggi sehingga ianya menyukarkan dia untuk mengagak tindakan Danish yang seterusnya.

Rambutnya yang panjang melebihi paras bahu, ditarik Danish dengan kasar. Malah, lelaki itu ketawa besar tatkala dia menjerit kesakitan. Ainaa memengang rambutnya, lalu memberikan tumbukan di sisi dada Danish dan mengharapkan tarikkan lelaki itu terlepas. Gagal! Pengangannya kejap dan kuat.

Kudrat Ainaa yang sedikit itu, tidak mudah menumbangkan kekuatan lelaki.

Pisau nipis, yang berada di gengamannya telah tercampak ke tanah saat lelaki itu menendang pengelangan tangannya. Matanya mencuri lihat lelaki yang mengakui abang kandungnya, sudah hilang dari pandangan mata.

"Bangsat!"

"Kau!! Akan menjadi bahan upacara aku! " tawa Danish dengan ketawa besar.

Ainaa merengus, dengan kemarahan yang meluap-luap. "Kau sangka, aku takut pencundang?!"

Ketawa Danish terhenti. "Apa maksud kau, kata aku pencundang?"

"Upacara kau tak lengkap, tanpa kotak itu."

"Aku akan rampas semula."

Ainaa ketawa, walaupun sesekali rasa sakit mencengkam urat kepalanya. Kulit kepalanya, terasa nak tercabut. Urat di dahinya timbul. "Kau tak akan dapat.. "

BUKK!! Tumbukkan padu, melayang di muka. rebah dan tidak sedarkan diri.

Bersambung...