Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 81 - Chapter 81

Chapter 81 - Chapter 81

MASA KINI 2023-AINAA yang berangkat pergi seorang diri, meninggalkan saudara kembar dan rakannya Avienna yang sudah tidur kelelahan. Sekelip mata sahaja, dua wanita itu sudah lena. Dia yang sukar melelapkan matanya, akhirnya tekad untuk kembali semula kepada kediaman itu. fikirannya agak terganggu dengan perwatakkan Danish. Dia merasa ada sesuatu yang disembunyikan oleh Danish apabila lelaki itu, bertegas untuk tunggu di banggunan putih itu seorang diri sedangkan lelaki itu adalah seorang yang penakut dan pengecut. Perasaannya mengasak dirinya untuk mencungkil rahsia lelaki itu, sendiri tanpa ditemani oleh sesiapa. Dan, jika Danish mempunyai muslihat yang dia tidak tahu. Sekurang-kurangnya, adik dan rakan baiknya itu tidak berada dalam bahaya.

Dari jauh, dia dapat mendengar pertelingkahan mereka. Oleh kerana rasa yang tidak pasti. Dia bersembunyi di balik lalang yang tumbuh tinggi. Persembunyianya itu telah menyaksikan perdebatan dua lelaki itu. Dia memasang telinga untuk mendengar setiap butir percakapan mereka. Seolah-olah ada sesuatu yang mereka sembunyikan dari pengetahuan mereka.

Di dalam suasana malam yang gelap. Hanya ada cebis cahaya bulan, yang menumpahkan cahayanya.

"Raff..if you don't stop now. I'll assume you're dead."

"You're kidding me. Aku lebih kenal kau, dari yang kau tahu." Rafael menjeling pada kawasan yang tidak jauh tempat mereka berada. "Dan, jangan sesekali cabar aku!" kehadiran seseorang, dapat dirasainya dari gerak hati. Jika orang itu, adalah Ainaa. Dia harus menjarakkan dirinya.

"Cabar kau?!!" Danish ketawa galak. "Mereka ada dengan aku. Kau takkan boleh apa-apakan mereka." Danish senyum mengejek. Rafael takkan berani.

Rafael mengengam buku penumbuknya. Hatinya panas saat ujarannya seperti angin lalu. Lawannya itu, tidak tergugah dengan amarannya. "Aku, takkan berhenti. Kau mahu apa sebenarnya?"

"Kau tahu, aku mahu apa? Just, jangan ganggu.."

"Heh!! kalau kau masih nak teruskan. Aku akan terus ganggu." Rafael melawan kata. Namun, ujarannya samar-samar dan mengelirukan Ainaa. "Aku takkan biarkan, kau dapat apa yang kau nak!"

Danish merengus geram. "Kau, masih bodoh. Kau tahu, selagi kau ganggu. Selagi itu, aku tak akan diam. Kau faham maksud aku."

"Ganggu apa?" Ainaa mencelah. Perbualan mereka, mengelirukan dirinya. "Aku mahu tahu,apa yang kau orang maksudkan."Rafael mengundur ke belakang. Kehadiran Ainaa mengerunkannya, hingga dia tak mahu wanita itu datang menghampirinya. Danish melarikan anak matanya ke sisi kiri. Kedatangan kembar itu tak dia jangka. Matanya meliar, mencari dua kelibat yang lain.

"Dia...dia..nak tangkal itu!" Rafael mengunjuk pada Danish.

Ainaa menoleh pada Danish. Wajah Danish terkejut, apabila Rafael menuduhnya tiba-tiba.

"Kau tuduh aku?!"

"Kau nak tangkal?"

"Aku nak...." Danish merengus dengan wajah bengang. "Kau ingat, aku gila." marah Danish.

Ainaa diam seketika. Semakin lelaki ini bercakap, semakin mengelirukan. Kenapa tangkal? Bunjut kuning itukah? jika itu, dia pernah minta Sofea simpankan. Tangkal yang ada dalam dashboard keretanya itu, sebenarnya surat amaran yang memintanya untuk bakar dan tinggalkan cebisan kecil sebagai bukti palsu. Hanya dia sahaja yang tahu, dan semua yang ditujukkannya akan menganggap ianya tangkal yang sebenar. Jika sangkaannya benar, pasti salah seorang akan bongkarkan tangkal itu. "Tangkal itu ada dalam kereta." Ainaa mengunjuk pada kereta yang ditinggalkan di pinggiran sebelum dia datang ke kawasan ini. Mukanya, kosong tiada reaksi.

Danish merengus. "Tangkal itu palsu."

Ainaa terus mengeluarkan sebilah pisau yang disembunyikan di lengan bajunya. Dia tidak menghampiri Rafael yang menapak jauh darinya, dan seperti cuba menghindarinya. Dia juga, bergerak dekat dengan Danish. Langkahnya, diatur dengan berhati-hati menghadap Danish.

Perangkap sudah mengena. Ucapan Danish, membuka sedikit matanya. Jika tidak kerana jawapan Danish, mungkin dia masih meletakkan kepercayaannya pada lelaki itu.

Danish ketawa. "Kau percaya kata-kata dia."

Ainaa menjeling Rafael dengan ekor matanya. Walaupun lelaki ini berkata benar. Tetapi, dia masih tidak boleh manaruh kepercayaannya bulat-bulat. "Aku lebih tak percaya pada diri aku, dari orang lain."

"Kau gila??"

Soalnya pada Ainaa.

Ainaa tidak cakap sebarangan kerana, dia tahu siapa dirinya. Bila-bila masa dia akan menghabisi dua nyawa sekalipun dia berdepan dengan tali gantung. Selagi adiknya, selamat. Dia tak peduli. "I'am."

...

ZAHRA tercengang di tempat duduknya. Kaku dan keliru. Kelibat seperti sahabatnya itu hilang, ngaib di pandangan matanya. Baru pertama kali dia melihat kelibat itu, jelas muncul di hadapan matanya. Jika sebelum ini, dia hanya melihat bayangan kelibat sahaja. Cerita yang di sampaikan oleh wanita itu, mungkin cerita dari kisah nyata. Tetapi, kenapa cerita itu dikisahkan kepadanya. Apa hubungannya sumpahan dendam ini dengan sumpahan yang terkena pada mereka. Adakah ustaz Yusof tahu?

"Ara..dah terjaga?"

Tersentak dengan teguran Zafran. Dia yang bersandar di dinding, mengangguk dengan fikiran yang berat.

"Maaf, abang terpaksa tinggalkan Ara sekejap sebab nak minta air penawar dekat ustaz."

Zahra menganggukkan kepalanya. Air penawar yang disuakan oleh suaminya, di teguk perlahan sehingga titisan yang terakhir. Di minumnya dengan sekali habis. "Kain apa yang Ara pegang ni?"

Zahra terus melihat tangannya yang tak lepas dari mengenggam kain yang tersimpul di tangan kanannya. Kain yang tak tahu, di mana dia dapat. Digenggamnya dengan keliru.

'Tetapi itu dulu sebelum aku jumpa kau. Aku tak mahu lagi menjadi alat untuk mereka.'

Zahra yang teringat dialognya dengan wanita itu, mula menutup mulutnya. Satu-persatu mula masuk dek akalnya. Ucapan lembaga itu, bagai kaset yang diulang tayang.

Mengapa sumpahan ini menimpa mereka.

'Cari harta-hartaku dan kuburkanlah kain ini, berserta namaku..' wanita yang menjelma sebagai temannya menghilang seperti kabus. Zahra memandang suaminya yang tercengang dengan tingkahnya. Kain di tangannya, adalah jawapan. "Saya mahu jumpa ustaz."

"Abang, cepatlah!!" desak Zahra.

Zafran mengangguk, walau dia tidak tahu mengapa isterinya itu kelihatan teburu-buru untuk bertemu dengan ustaznya.

...

AMMAR WAZIFF telah menghubungi ibu mentuanya untuk menanyakan perihal barang milik isterinya yang di simpan di dalam sebuah kotak sederhana besar, yang dijumpainya tanpa sengaja di bawah katil. Namun, talian yang dibuatnya tidak dapat. Walaupun sudah dua tiga kali, dia mencuba.

Semuannya gagal.

Mungkin ibu mentuanya sibuk, barangkali. Lagipula, barang yang berada di hadapannya adalah barang isterinya. Apa salahnya jika dia melihat, sedangkan isterinya itu sudah hilang. Hilangnya Sofea, hingga kini. Usaha dia, usaha ibu mentuanya tidak pernah berhasil.

Terkejut! Ada sebunjut bungkusan berwarna kuning, yang di dalamnya ada gumpalan rambut. Bergetar tangannya, malah berpeluh dahinya apabila dia memasukkan semula bunjutan itu ke dalam kotak yang sama.

Gumpalan rambut itu, adalah gumpalan rambut manusia. Dia tidak syak lagi. Dia kenal, rambut manusia dengan rambut palsu yang dibuat dari bahan sintetik. Adakah isterinya bermain dengan ilmu hitam hingga menyebabkan isteri dan kakak iparnya itu hilang tak berjejak.

"Hello! aku nak jumpa kau sekejap."

"Okay. Tempat biasa."

"Okay." Panggilan di matikan. Kotak itu, dipandang lama. Adakah ini..., puncanya?

Bersambung..