Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 82 - Chapter 82

Chapter 82 - Chapter 82

LAMBAIAN tangan Mihrab yang memanggilnya dari jauh, membuatkan lelaki berusia tiga puluhan itu melajukan langkahnya mendapatkan rakannya yang sedang duduk di satu meja di gerai makan tepi jalan. Dengan gaya santai, berbaju t-shirt putih dengan garisan merah di kolar dan dua garis di bahu. Mihrab duduk sambil menghirup minuman panansnya.

"Minum?"

Tangannya, segera dilayang ke udara. Memanggil lelaki yang mengambil ordernya sebelum ketibaan Ammar Waziff seketika tadi.

Ammar Waziff mengangguk. Dia terus menarik kerusi plastik, yang pudar warnanya itu ke arahnya. Lalu dia duduk semeja dengan rakannya itu. Matanya sempat, meliar ke kawasan sekeliling. Risau, kotak itu membuatkan orang yang berada sekeliling, memberi tanggapan aneh terhadapnya. Satu kotak sederhana kecil milik isterinya, dikeluarkan dari plastik dan diletakkan di hadapan Mihrab. "Usya"

Mata Mihrab, memandang Ammar Waziff. "Apa ni? " soalnya, dengan tangannya membuka kotak kecil. Bungkusan kuning itu, dibuka. Matanya membulat. Ammar Waziff sekadar mengisyaratkan matanya, kearah rakannya untuk melihat 'barang' itu dengan mata sendiri.

"Bos, teh tarik satu. Minum."

"Weh, kau..!! " bungkusan kuning yang dikeluarkan oleh rakannya itu, di masukkan semula dengan kerutan dahi dan timbunan soal. Reaksi kawannya itu, sudah dijangaka Ammar Waziff.

Ammar Waziff menyimpan semula kotak ke dalam beg plastik yang digunakannya tadi. "Aku tahu!"

"Siapa punya? "

Ammar Waziff melihat keliling. "Aku jumpa di bilik isteri aku.

"Benda ni, tahayul." Wajah Mihrab tampak tak senang. Barang-barang seperti itu, adalah barang pemujaan. Barang itu, adalah barang syirik. Menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, adalah dosa besar. "Boleh jatuh syirik, weh!" suara Mihrab yang separa berbisik itu, kedengaran tegang.

Ammar Waziff mengangguk. Mengiyakan perkataan rakannya itu.

Pertama kali dia menemui barang itu. Dia terkejut. Mustahil, isterinya itu bermain perkara tahayul seperti ini. Dia dapat tahu, isterinya mengaji. Menutup aurat dan sangat menjaga agamanya.

"Aku tak sengaja jumpa. Tapi, aku tak rasa ini isteri aku punya."

"Kau dah tanya, mak mentua kau?"

"Aku call, tak dapat. Itu yang aku datang jumpa kau."

Mihrab terjeda. "Kau salah jumpa orang ini." Dalam ketengangan, sempat dia berjenaka.

Ammar Waziff faham maksud rakannya. "Aku bawa jmpa kau ini, kot kau tahu mana-mana ustaz yang boleh bantu.

"Ustaz? Aku tak pastilah. Aku tak berapa kenal ustaz yang tahu bab-bab ilmu sihir ini."

Ammar Waziff buntu. "Apa nak buat, hah? "

"Try call mak mentua kau. Kot, tadi dia sibuk."

...

AINAA melangkah dengan langkah yang berhati-hati. Tak sangka, musuhnya berada dengan mereka selama ini. Patutlah setiap kali dia membaca blog adiknya itu, pengerakkan mereka teliti dan terperinci.

Namun, di mana lelaki itu menulis atau menaip?

Lelaki yang bernama Rafael yang seakan-akan menjauh dari keberadaannya, seperti menyimpan satu rahsia lain.

"Kau percaya dia?" Danish melemparkan soalan.

"Tak percaya aku, tak apa. Tetapi, kau tak boleh percaya dia." Rafael berujar di dalam bayangan gelap.

Dua-dua dia tidak percaya!

"Kau sebenarnya siapa?"

"Aku?"

"Yalah! Takkan aku nak tanya Dan! Kau, siapa?!! " oktaf suara Ainaa yang meninggi, melantun-lantun bunyinya memecah suasana bunyi hutan.

"Aku.. Aku.. "Rafael bersuara perlahan.

"Kau siapa!! "lengkingan suara Ainaa, membingitkan halwa telinga sehingga dua lelaki itu menekupkan telinga mereka masing-masing. Darah Ainaa menyirap. Sudahlah dikhianat oleh Danish yang hampir sahaja dia diperangkap oleh lelaki itu tanpa mereka sedar.

"Aku abang kau.. "

Alis kening Ainaa terjonget. Dahinya menyatu dengan penyataan Rafael. Ungkapan gila apa, yang mengatakan lelaki itu adalah abangnya. Tiba-tiba muncul. Tiba-tiba jadi abang. Matanya, menjeling ke arah Danish yang nampak bersahaja.

"Ini bukan sinetron!"

Danish ketawa dengan ujaran Ainaa. "Macam sinetron petang-petangkan." tawanya, meledak. Roman Ainaa tegang.

"Aku tahu, semua ini tiba-tiba."

"Sudah. Aku tak nak dengar. Cuma, aku nak tahu apa yang kau buat sehingga ganggu rancangan dia."

"Pemujaan itu.. "

"Pemujaan apa?? "

"Kau, diam!!" tengking Danish, dengan suara tinggi.

Rafael mencerlung marah, melihat ke arah Danish. Wataknya terhadap Ainaa berbeza, dan tampak ketakutan. Namun, berubah tegang apabila berkaitan dengan Danish.

"Kau sangka aku diam. Aku tak akan ikut apa yang kau nak. Kau nak bangunkan semangat jin yang selama ini ada dalam badan aku. Kau takkan berjaya!"

"Jin?? "

"Kau senyap!!" Danish mula melangkah, ke arah Rafael namun, langkahnya terbantut tatkala Ainaa menyuakan pisau nipis ke arahnya supaya kekal di jaraknya.

"Jin, jin.. apa yang kau nak?"

"Jin itu ada dalam badan kita bertiga. Kerana, kita adalah pewaris saka ayah."

Danish menderam marah. Ainaa boleh bertindak gila, tak seperti Sofea. Nafasnya, keras. Jika Ainaa datang ke tanah ini. Pasti rahsia dan penyamarannya tidak terbongar.

Saka yang dimiliki tiga beradik kembar ini, kuat. Jika dia mahu memiliki kekuatan dan penghormatan. Dia perlu dapatkan pedamping seperti kata tuk guru.

"Dia dah dapat kuku Sofea!"

"Kuku??"

"Ya. Setiap syarat antara kita bertiga, dia perlu sediakan kuku, rambut dan darah haid." Rafael menyambung ujaran satu persatu. "Dia dah dapat kuku Sofea, rambut dan..dia perlukan darah haid sahaja."

"Gila!!"spontan, Ainaa melontarkan kegilaan perbuatan syirik yang diujarkan Rafael. Entah benar atau tidak, tapi kata-kata Rafael sedikit sebanyak membuatkan Ainaa mulai memandang Danish dengan tanggapan buruk. "Tapi, bagaimana blog Sofea masih berterusan hidup? Siapa yang menulisnya?"

Persoalan itu, yang membawanya ke sini. Jika dia mahu menuduh Danish. Lelaki itu berada di aekitarnya dan dia tidak melihat lelaki itu menaip atau menghilang tiba-tiba dari pandangan mereka.

"Engkau bodoh ke?"

"Bodoh?!!"

"Blog.. Siapa sahaja boleh tulis. Aku boleh! Dia boleh! Engkau pun boleh!! " Danish mula berbicara rambang. Pertanyaan Ainaa, tentang siapa yang menghantar pernulisan blog tentang pengerakkan mereka sebelum mereka lakukannya membuatkan lelaki itu mula muak. Dia malas untuk berdalih terutamanya, dengan Ainaa. Wanita itu, sukar dijangka. Jika membunuh, dia sendiri dapat rasa wanita itu boleh melakukannya tanpa teragak-agak.

Sebanyak mana pendamping, jika nyawanya diragut oleh manusia. Mati, akan tetap mati juga kecuali dia mendapatkan pendamping mereka.

Sangkanya, cerita tentang mereka akan selelsai apabila dia memisahkan kedua-dua mereka. Bahkan, dua bunga yang di hantar pada ibu mereka, yang dijadikan sebagai simbolik korban hidup dan korban mati. Rupanya, gagal.

"Jangan main-merepek! "Ainaa bengang.

"Engkau sebagai salah seorang produser dalam tim produksi layar televisyen sepatutnya bijak. Tapi, sekarang kau nampak macam bangang. Kau boleh set date untuk uploadkan."

Ainaa terdiam. Kali ini, tenggelam dalam fikirannya. Namun, matanya tak lepas memerhati dua manusia di hadapannya.

Dia tidak akan menyoalnya berkali-kali tentang siapa yang menulisnya. Namun, pengerakkan mereka di jangka sebelum mereka lakukannya. "Mustahil... Mustahil, kau yang menulisnya."

"Mustahil? "Danish tersengih. "Mustahil... "

Bersambung...