Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 80 - Chapter 80

Chapter 80 - Chapter 80

14 JANUARI 1976 - "Apa kau orang semua buat ini!!" Soal seorang lelaki berambut hitam berekor di bahagian belakang tengkuknya. Dia yang tidak sengaja melintas di kawasan itu bersama tiga rakannya yang lain, bergegas mendapatkan tujuh lelaki yang sedang berkumpul di satu tempat, yang agak tersorok di belakang celahan batu gunung yang besar. Tidak jauh dari kawasan itu, terdapat sebuah madrasah pengajian agama. Namun tindakkan sekumpulan mereka, seolah-olah mereka tidak kisah akan bangunan agama yang berdiri tidak jauh dari mereka. Matanya, melingas ke arah seorang wanita, separuh bogel sudah terbaring lemah tak berdaya. Matanya membulat. lantas, dia memandang ke arah lelaki di hadapannya. "Apa kau orang buat ini?!!" Marahnya, tidak semena-mena. Dua rakannya cuba, menutupi tubuh wanita itu dengan jaket baju mereka.

"Hei..hei...jangan masuk campur!"

"Astagfirullah! Kau orang semua mahu masuk penjarakah?? Apa kau orang tidak ada iman!! Ini hukumnya berdosa besar." tegur lelaki tadi. Roman wajahnya yang masih terkejut. Perlahan dia mengelengkan kepalanya. Mereka yang berada di hadapannya bukan orang lain, melainkan rakan-rakannya juga. Dan wanita itu..."Jangan buat dosa! ingat Allah!" ujarnya, seraya mendapatkan wanita tersebut. "Mari, kita bawa dia keluar." utaranya. Mereka memimpin wanita itu, dan menutupinya dengan kain pelekat yang dililit di kepala.

Dang!!! Satu pukulan hinggap, tepat di belakang kepalanya hingga tubuhnya yang sedang berdiri. Mengiring ke sisi. Dia rebah, jatuh ke tanah. Mengeletek seperti ayam yang dipalu di kepala. Langkah dua lelaki itu, bejat serta merta. Terkejut! 

"Zaff!!" Rakannya meluru mendapatkan Zafran yang sudah tumbang ke tanah, dengan darah yang mengalir dari kepalanya. Zaffran mengerang kesakitan, berguling-guling sehingga di pengang-pengang kepalanya yang berdarah. Sakitnya memuncak.

"Kau, main gila!!" pekik Azri yang membantu Zaffran yang kesakitan.

"Nak pergi mana?? Kau nak bawa, dia ke mana?!!" Tempik Aminuddin marah. "Kau bawa wanita itu ke mari! Dia kekasih aku! Suka hati akulah, nak buat apa dekat dia. Dia yang tawar diri!" pekiknya lagi dengan suaranya tinggi. Parang yang berada di dalam motor Honda cub, yang di parking tidak jauh darinya diambil. Di unjuk ke arah kawan Zaffran sehingga lelaki itu berundur beberapa langkah. Kawannya yang mengampu tubuh wanita itu, turut berundur menjauhkan diri.

"Kau dah gila...sampai tak kisah buat dosa. Aku tak rasa perempuan ini yang tawarkan diri melainkan kau yang buat dia jadi macam ini. Aku bukan kenal kau sehari dua. Aku tahu ,ini semuanya angkara kau." Azri mengutara kalimat itu sekali lagi, dengan riak wajah yang gerun. Zaffran yang terbaring, masih mengerang kesakitan. 

"Amri, bawa budak perempuan itu keluar." Arah Azri, suaranya tegas. Dia melangkah beberapa kaki ke belakang dengan langkah yang berhati-hati. Walaupun tidak sekuat mana untuk menumbang ketujuh-tujuh lelaki yang mula menghampirinya, namun adalah sedikit seni persilatan yang dia berlajar untuk dirinya. Satu dua langkah, tahulah dia.

Aminuddin ketawa galak. "Gilalah.. Baguslah kau tahu. Rugi, kalau lepaskan dia macam itu. Mana ada kucing lepaskan ikan di hadapan mata." Sampuk seorang lelaki yang tidak jauh dari Aminuddin yang tersengih dengan ujaran kawannya itu.

"Amri!!" Azri memekik, sebagai syarat untuk adiknya itu bergegas pergi tinggalkan mereka dengan wanita tersebut.

"Chai, Boyy.., kau dapatkan perempuan itu!"

"Jangan berganjak!!" Azri memberi amaran. 

"Kau nak bagi aku amaran??" Parang yang tajam itu, di junamkan ke atas tanah. Hanya seinci jaraknya dari muka Zaffran yang terbaring. Badannya seakan sudah longlai namun, masih sedar apabila dia mengundur ke belakang saat bilah parang itu terpacak di hadapannya. Aminuddin mencemik, dengan sindiran yang mengejek.

Azri diam.

Silap langkah, kawannya pula yang tercedera. Dua lelaki yang di arahkan oleh, Aminuddin bergerak keluar mengejar adiknya. Dia masih kekal di situ, dan mula memasang kekudanya. Membuka seni silatnya.

"Kau sengaja mencabar aku?"

"Apa yang kau buat, adalah dosa! Aku kenal perempuan itu. Dia bukan kekasih kau.."

Aminuddin berang. "Kau tuduh kami culik dia?!" Empat lelaki yang bersiaga, seolah-olah sekumpulan anjing yang menanti arahan tuannya. Masing-masing, berang. Azri tersenyum sinis. Dia bergerak perlahan-lahan, mengatur langkahnya mendekati Zafran. Zafran tidak berdiam walaupun, badannya lemah.

BAP! Amri sudah terkulai di atas tanah. Dua lelaki yang menyerang adiknya, mengheret adiknya seperti menarik sekantung guni. Azri mengengam buku limanya.

"Min!!" Ah Chai mengendong wanita tadi, lalu dibaringkan berdekatan dengan bongkah batu manakala, Abun yang dipanggil Boyy. Sikap dua lelaki itu bengis, menunjukkan taring-taring mereka seolah-olah mereka sedang menongkat dunia. Azri kini tinggal seorang. Dia mengerling ke arah satu sudut, sebelum dia tunduk seketika ke tanah. Mengharap dia, dapat mencuri masa.

Wanita itu mula sedar. Kepalanya yang berdenyut, terasa berdengung dengan kuat. Pertengkaran mereka, membuatkan dia tersedar. Tudung! Baju! Tubuhnya terdedah!!

"Kau binatang! Hanya binatang, yang berperangai seperti kalian!"

Bunga yang tersedar, perlahan-lahan mengundurkan dirinya. Cuba mencari jalan keluar. Dia nampak lima ke tujuh lelaki sedang mengepung seorang lelaki yang memanggil mereka dengan gelaran binatang. Seorang lelaki terbaring, berhampiran dengannya sudah tidak sedarkan diri. Dan seorang lagi, kelihatan seperti cedera.

Aminuddin mencemuh. "Kau dengan aku pun sama. Kita sama-sama binatang. Apa kata, kita kongsi. Kita rasa sikit-sama sikit." Pelawanya dengan ketawa mengejek. Bunga terjengil, ketakutan. Liang rumanya, meremang.

"Allahu Akhbar! Aku takut Allah, Amin! Dosa besar!! Bawa bertaubatlah kau, selagi Allah bagi kau nyawa. Lepaskan dia..ada banyak cara yang baik jika kau mahukan dia, seperti pernikahan." Nasihat Azri. Akalnya masih waras dalam menimbang baik dan buruk. Dia tak mahu mengundang murka Allah! "Jangan kau buat perkara di cenggah agama."

"Kau!!" bentak Aminuddin menahan perasaan marahnya. Sedari awal, dia asyik di nasihatkan dengan hal berkaitan tuhan! Kedua matanya mencerlung marah. Zafran yang sudah membaik, mencari kayu tajam dan dia bangun di bantu Azri. "Tarik Perempuan itu!"

Bunga yang terkejut, bingkas bangun dan terundur-undur saat dua lelaki menghampirinya. Dia yang berniat untuk melarikan diri, gagal! "Jangan!! Jangan, dekat!!" Jerit bunga, ketakutan. Mengigil tubuhnya yang separuh terdedah. Zafran yang melihat, meluru ke arah Bunga, lalu dibenamnya kayu tajam itu ke leher Abun. Lelaki itu tumbang ke tanah, mengelepar kesakitan sebelum mati. Matanya terbelalak dengan mulutnya penuh mengeluarkan cecair darah. Ah Chai, berjaya menarik Bunga ke arahnya. Zafran mengah seketika.

"Babi!! Dia bunuh Boyy!!" tempik, Nazlan separuh terkejut dengan tindakkan Zafran yang tiba-tiba. Aminuddin berang, apabila Abun mati di hadapannya bergitu sahaja. "Zack, kau seranglah dia!! Bodoh!!"

Azri bersiap sedia, gusar mereka bertindak jika dia tidak bersedia. Tindakkan Zafran, agak melulu. Namun, jika mereka tidak mahu mengalah dan melepaskan mereka dengan cara baik. Mereka terpaksa mempertahankan diri. Amri dalam bahaya, jika dia biarkan bergitu sahaja tanpa perlindungan.

"Apa yang kau orang tunggu lagi. Seranglah mereka! Takkan itu pun, aku nak bagi arahan!" Marah Aminuddin, bengang. Marahnya meluap-luap apabila salah seorang pengikutnya mati bergitu sahaja. Antara yang lain, Abun paling setia dengannya. Abun, sudah di anggap keluarga.

Ram dan Fazil mula menyerang Azri. Namun, setiap serangan dapat dipatahkan olehnya walau sesekali dia tak dapat mengelak serangan yang serentak. Lelah juga, dia apabila diserang mereka tanpa henti. Zafran tidak bertuah sepertinya apabila, Ah Chai memukul dari arah belakangnya. Dengan sekali libas, Zafran sudah meniarap ke atas bumi. Aminuddin seperti sang majikan yang melihat anak buahnya bekerja. Bunga ditarik ke arahnya walaupun wanita itu meronta-ronta untuk dilepaskan. "Kau perempuan! Diam!!"

"Kau iblis!" Bunga melawan. "Lepaskan aku, syaitan!!"

Aminuddin ketawa galak. "Syaitan nak makan."

"Lepaskan akulah!!" Ronta Bunga, dengan kudratnya. Namun, seperti awal. Ulahnya hanyalah sia-sia. Dengan sekali rentap, tubuhnya sudah dirangkul lelaki durjana tanpa kerelaannya.

Aminuddin mencengkam rahang muka Bunga, dengan keras. "Aku tak akan sekali-kali melepaskan kau. Kau lihat sana!" Di tolehkan wajah Bunga kea rah Zafran. "Kau yang bunuh dia! Bukan aku."

Anak bilah parang, mengelar pengkal lengan Zafran hingga lelaki itu mengerang kesakitan.

Kedengaran bait lafaz Allah berulang kali. Azri hilang tumpuan, terjelepuk jatuh apabila terkenakan pukulan pihak lawan. Darah yang membuak, itu tidak mengerunkan mereka.

Nafas berjeda seketika. Dia senyum, melirik ke arah Zahra yang tekun mendengar ceritanya.

Sepuluh mayat itu, mati disebabkan dendam. Kalau kau nak tahu, mereka yang ditanam di bawah ini semuanya lelaki. Mereka mati tiba-tiba. Seorang-seorang mati tepat hari sabtu pukul sembilan malam. Disebabkan orang dahulu nak hentikan dendam itu berlarutan, mereka terpaksa kumpulkan mayat-mayat lelaki itu dan di bawa ke kawasan ini. Sebelum mereka ditanam di bawah ini.

"Mereka rogol!! MEREKA BUNUH!!"

Zahra yang ralit mendengar, memasang telinga. Terangguk-angguk dia ingin tahu kisah mayat sepuluh di bawah surau aspuri yang diceritakan oleh sahabatnya itu. Tapi, tak tahulah. Ceritanya itu benar atau tidak. Cumanya sekarang, minatnya ingin tahu lebih berkobar-kobar.

"Sampai sekarang...sumpahan itu mula meminta lagi."

Zahra terangguk-angguk. Tidak tahu ianya benar atau tidak. Gelagat sahabatnya itu, tenang sahaja walaupun baru habis bercerita kisah seram padanya.

Nabiela mengusap tangan Zahra lembut. Kemudian seberapa waktu ketika, dia bangun lalu berjalan menghampiri tingkap surau. Dalam seketika juga, dia menoleh pada Zahra. Mata mereka bertemu antara satu sama lain. "Aku berdendam!"

Bersambung...