Chereads / Sweety of life~ / Chapter 106 - Sayang...sayangku Amira

Chapter 106 - Sayang...sayangku Amira

Sayang...sayangku Amira,

Senyumlah dengan riang bagai kelopak matahari yang mekar...

Membunga ceria dalam tawa bahagia, membuang cela-cela yang mencalar...

Kerna...akan aku kabarkan satu kisah buat sayangku untuk fahami dan dengar...

Bukan bandingan hidup, tapi satu alkisah hikayat lama yang akan aku khabar...

Sayang...sayangku Amira,

Tahukah dirimu pada satu sisi yang di cemburui sang syurgawi..

Sabar..sabarnya manusia sehebat baginda nabi..

Sang rembulan yang membawa sinar menerangkan angkasa duniawi...

Sayang...sayangku Amira,

Tahukah dirimu pada dakwah yang dibawa baginda nabi..

Tatkala rembulan yang dicintai telah bercucuran luka darahnya mengalir dari dahi...

Hatta titisannya membawa murka pada Ilahi...

Sabarnya baginda menegah malaikat yang mengengam dua gunung yang sudah menanti...

Sekali lafaz, hancur seluruh umatnya dari generasi ke generasi...

Sayang..sayangku Amira,

Tahukah dirimu pada hikayat tawa lelaki bernama Nu'aiman...

Janji tawanya membawa dirinya ke dalam syurga hanya ketawa dan senyuman...

Nakal dan jujur yang digengami membahagiakan hati sang lelaki kekasih Ar Rahman..

Sahabatnya dijual kerana sebuku roti yang tidak di dapatkan...

Sayang...sayangku Amira,

Tiada kata yang mampu aku kirimkan untuk naskah yang menenangkan dirimu...

Namun..tetap jua aku usahakan agar kau tidak berduka walau aku hanya ungkapkan hikayat dahulu...

Kisahku mungkin tak menarik minat jiwamu kerna ianya sendu..

Jadi aku khabarkan satu cerita yang beribu tahun lalu...

Kisah baginda Nabi yang terus menerus mencintai umatnya walau tidak bertemu...

Dan jua kisah Nu'aiman yang membahagiakan hati Baginda Rasulullah yang aku cemburu...

Sayang...sayangku Amira,

Kau masih teguh dalam kalam doa...

Janganlah kau berduka dan menyimpan luka...

Jauh jarak antara kita bukan sempadan yang menghalang untuk aku mengharap pada Allah Azza Wajalla...