Chereads / Neo : Mimpi Semalam / Chapter 72 - Are You Okay, Marina?

Chapter 72 - Are You Okay, Marina?

"Jadi kamu dah betul-betul sihat sekarang ni?" tanya Inspektor David kepada Marina.

"Saya cuma sakit-sakit badan sikit. Tapi Inspektor jangan bimbang, saya masih boleh bergerak" jawab Marina. Dia telah menceritakan apa yang berlaku kepada Inspektor David.

"Kalau macam tu, bila Inspektor nak bawa kami berdua tengok mayat tu?" Gina yang keluar dari bilik air bersuara. Sebentar tadi, Inspektor David juga ada bercerita mengenai dua mayat yang dijumpai oleh beberapa orang anggotanya malam tadi.

"Bagaimana kalau kita pergi sekarang?" Inspektor David memberi cadangan.

"Sekarang? Betul ke nak pergi sekarang?" tanya Gina. Sangkanya Inspektor David bergurau.

"Ada apa-apa masalah ke?" tanya Inspektor David kembali.

"Bagaimana Marina?" Gina memandang ke arah Marina.

"Aku tak ada hal. Boleh sahaja." Jawab Marina selamba.

"Kalau Marina setuju. Saya pun setujulah. Saya tak ada apa-apa masalah." Gina kelihatan bersemangat.

Dua puluh minit kemudian, Marina dan Gina turun ke lobi. Inspektor David yang sudah lama menunggu menunjuk ke arah luar. Ketiga-tiga mereka keluar meninggalkan Hotel Pasadianka International. Mereka menaiki kereta pacuan empat roda milik Inspektor David. Kereta Gina dibiarkan sahaja di tempat letak kereta di kawasan hotel itu.