Chereads / Neo : Mimpi Semalam / Chapter 73 - Ayame

Chapter 73 - Ayame

Ayame,

Pak Cik Lan mengajak aku pergi ke sebuah pusat membeli-belah. Katanya, dia ingin membawa aku berjumpa dengan seorang jurugambar yang memerlukan seorang model kanak-kanak. Aku tidak tahu kenapa dia beria-ia ingin menyuruh aku menjadi model. Dalam fikiranku, tentu aku akan disuruhnya memperagakan pakaian. Aku mula berangan-angan memakai pakaian yang cantik-cantik seperti yang selalu aku lihat di dalam majalah dan televisyen. Aku tidak membantah. Aku menurut sahaja apa yang disuruh oleh Pak Cik Lan.

Ketika sedang bersiap-siap, aku melihat ke dalam cermin, aku melihat setiap inci badanku. Apa yang istimewanya tentang diri aku sehinggakan Pak Cik Lan bersungguh-sungguh ingin menjadikan aku model. Aku tersenyum sendirian. Mungkin ada istimewanya,tapi aku yang tidak nampak. Biasalah, kita kadangkala tidak sedar apa yang kita ada. Apabila aku bertanya tentang Borhan, Pak Cik Lan memberitahu aku agar tidak memberitahu Borhan ke mana tujuan kami. Kata Pak Cik Lan, jika Borhan tahu ke mana kami akan pergi, pasti dia akan merengek mahu mengikut. Oleh itu, beritahu sahaja yang pak cik menemani aku ke kelas tambahan walaupun aku rasa ianya satu alasan yang tidak logik. Aku ada juga mencadangkan kepada pak cik agar Borhan juga dijadikan model bersama-sama denganku. Sebab aku pernah melihat dua orang adik-beradik memperagakan pakaian di dalam majalah. Mereka kelihatan amat comel dan bergaya. Jika dilihat dari gaya mereka aku dapat mengagak yang mereka sebaya dengan aku dan Borhan. Tapi, Pak Cik Lan menolak cadanganku itu. Dia tetap berkeras. Dia mahukan aku sahaja. Menurutnya, masa Borhan akan tiba dan dia hanya perlu menunggu kerana menurut Pak Cik Lan, peluang Borhan amat besar dan lebih besar daripada aku. Aku tak faham dengan apa yang dikatakannya tetapi aku malas hendak bertanya kerana dia pasti akan memberi jawapan yang aku sendiri tak faham. Oleh itu, aku diamkan sahaja.

Dengan menaiki sebuah kereta sewa, kami bergerak menuju ke Bryy Plaza. Aku bertanya kepada Pak Cik Lan tentang mana Bryy, tapi dia hanya mengangkat bahu sebagai tanda yang dia sendiri pun tak tahu apa makna 'Bryy'. Setibanya kami ke Bryy Plaza, Pak Cik Lan membawa aku ke satu kedai gambar yang terletak di tingkat tiga pusat membeli-belah itu. Di situ, aku diperkenalkan dengan seorang lelaki bernama Zoey. Jika dilihat dari wajahnya, aku rasakan dia masih muda lagi. Sejurus sahaja berkenalan, dia mengajak aku aku masuk ke dalam bilik penggambaran. Aku memerhatikan sekelilingku. Di dalam hati, aku tertanya-tanya "Di mana baju yang bakal ku peragakan?" kerana aku tiada sehelai baju pun yang terdapat di situ. Hanya beberapa peralatan yang aku tidak berapa pasti namanya. Tanpa aku sangka, Zoey menyuruh aku menanggalkan pakaianku satu persatu. Permintaannya itu membuatkan aku sedikit takut. Pada mulanya menolak. Aku tak mahu melakukannya kerana aku tak pernah berbogel di hadapan sesiapa pun sebelum ini. Jika aku pergi ke pantai untuk bermandi-manda pun, pasti aku memakai singlet atau paling kurang pun, aku memakai seluar pendek. Tapi, dia mengatakan yang ini adalah prosedur biasa sebelum aku menjadi seorang model. Tiba-tiba aku teringat akan sebuah cerita mengenai ahli tinju yang disuruh menanggalkan pakaian mereka sebelum dibenarkan menyertai perlawanan. Begitu juga dengan….. askar, banduan.. Ye ke? Tapi, sebagai model, perlukah aku berbuat sedemikian. Perlukah aku membenarkannya mengambil gambar aku tanpa seurat benang pun. Aku nyata tidak selesa. Tapi Zoey pandai memujuk. Lalu aku pun setuju walaupun berasa sedikit janggal dengannya. Sesi penggambaran pun berlangsung. Sepanjang sesi itu, aku diminta membuat pelbagai aksi. Pelbagai kata-kata keluar dari mulut Zoey. 'Brilliant', 'good', 'good one', 'I've never seen this before' dan macam-macam lagi.

Walaupun aku berasa tidak selesa dengan semua ini, tetapi lama-lama seronok juga. Dia menepuk-nepuk tangannya sejurus sahaja selesai sesi pengambaran. Sukar untuk aku jelaskan perasaanku. Aku rasa seperti aku baru sahaja menyanyi di atas pentas.

Apabila aku keluar dari bilik itu, Pak Cik Lan sudah sedia menunggu di luar. Mereka berdua bersalaman dan Zoey menyerahkan sekeping sampul surat yang berwarna putih kepada Pak Cik Lan. Aku tak tahu apa isi kandungannya. Tetapi Zoey hanya mengucapkan terima kasih dan memberitahu Pak Cik Lan 'Good One'. Goku-jo-jo-kichi. Mereka mungkin fikir yang aku tak tahu apa maksud perkataan itu. Tolong sikit! Aku tak tahu apa yang bagusnya gaya aku yang tak berbaju itu tadi. Apa yang bagus? Aku ke? Gaya aku ke? Entahlah… Tapi aku memang tak sabar untuk memperagakan pakaian pula. Aku tak nak beraksi sebegitu lagi!.