Chereads / Neo : Mimpi Semalam / Chapter 52 - Settle

Chapter 52 - Settle

Murukesh memberhentikan keretanya di hadapan sebuah sekolah rendah yang terletak di Bahagian Tiga Pasadianka. Dia keluar daripada keretanya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menghubungi Shahril tetapi cubaannya gagal. Talian pada ketika itu ternyata sibuk. Sudah lebih lima kali dia cuba menghubungi lelaki itu.

"Apa khabar Murukesh?" tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki menegurnya dari arah belakang. Murukesh memaling wajahnya ke belakang. Tiga orang lelaki dan seorang perempuan berada di belakangnya. Dia memusingkan seluruh badannya.

"Apa yang kau buat di sini?" kata Murukesh. Dia berasa hairan bercampur terkejut apabila melihat lelaki yang sedang berdiri dihadapannya itu. Dalam pada masa yang sama, perasaan takut mula timbul dalam hatinya.

"Aku tak perlu jawab soalan itu Murukesh!" dokumen yang dipegang oleh Murukesh itu diambil daripada tangannya. Murukesh hanya memerhatikan sahaja wanita yang berdiri di hadapannya itu melakukannya. Dia tidak banyak melawan. Wanita itu memakai kot hitam berpenutup kepala yang hanya menampakkan wajahnya. Dia memakai kaca mata hitam. Ini membuatkan wajahnya sukar untuk dilihat dengan jelas.

"Ricss!" lelaki itu memanggil seseorang.

"Ya Shahril" jawab lelaki yang digelar Riccss itu.

"Shahril?!" Murukesh terkejut apabila Riccss memanggil lelaki itu 'Shahril'.

"Jangan kau takut Murukesh. Aku tak akan mengapa-apakan kau" kata lelaki yang dipanggil Shahril itu sambil menepuk-nepuk bahu Murukesh. "Kalau kau nak tahu. Akulah sebenarnya "Shahril" bisik lelaki itu.

"Riccss. Bawa dia masuk ke dalam kereta." Arahnya kemudian. Mereka hanya mengikut arahan lelaki itu. Murukesh ditolak masuk ke dalam kereta. Mulutnya dilekatkan pelekat berwarna hitam dan kemudian tangannya pula digari. Dia diberi amaran untuk tidak banyak bergerak.

"Apa yang kami perlu buat seterusnya?" kedua-dua mereka yang tinggal bertanya.

"Aku nak kau settlekan kereta tu. Sepatutnya aku tak payah beritahu pada kamu berdua. Bukankah aku telah katakana tadi apa yang perlu engkau buat." Suara Shahril kedengaran agak kasar.