Chereads / Neo : Mimpi Semalam / Chapter 34 - Ayame

Chapter 34 - Ayame

Ayame,

Sejak ayah meninggal dunia, ibu pulang ke rumah datuk yang terletak di kampong. Ibu kini bekerja di sebuah kilang gandum. Ketika datuk dan ibu tiada di rumah, kami berdua akan dijaga oleh seorang wanita muda yang bernama Surimah. Kami memanggilnya 'Kak Surimah'. Masuk hari ini, sudah tiga bulan dua hari ibu mengupahnya. Dia menjaga kami dari pukul 7.00 pagi sehingga pukul 2.00 petang.

Kami sebenarnya tidak suka kepadanya. Dia garang, mudah marah dan suka menjerit-jerit tak tentu hala. Aku dan Borhan amat takut kepadanya.

Di hadapan datuk dan ibu, perangainya sungguh baik. Pijak semut pun tak mati. Apabila mereka tiada di rumah, dia seringkali memukul dan menyeksa kami.

Ada satu ketika, dia mengikat kami pada tiang dan memukul kami. Kemudian, dia menghentak kepala kami ke dinding hanya kerana kami terlalu bising. Dia juga pernah menyuruh Borhan menjilat air yang ditumpahkannya di lantai. Dia kejam! Dia berhati syaitan! Alangkah bagusnya jika aku punyai kuasa untuk membersihkan hatinya….

Kami sebenarnya tidak tahan dengan apa yang dilakukan oleh Kak Surimah selama ini. Tetapi, kami hanya mendiamkan diri. Tiada sesiapa pun yang tahu mengenainya. Ibu, datuk, guru-guru dan rakan-rakan yang lain tidak pernah mengetahui tentang apa yang dilakukan oleh Kak Surimah. Dia pernah mengugut kami, sekiranya kami memberitahu sesiapa terutamanya ibu dan datuk, dia akan lemaskan kami ke dalam laut. Kami takut! Kami tak mahu lemas!

Satu hari, sebaik sahaja kami pulang ke rumah, poster Robert Redford yang aku tampal telah pun hilang. Aku menjadi hairan. Ke mana poster ini pergi? Aku mula terbayang wajah Kak Surimah, tentu dia yang mengambilnya. Tidak syak lagi! Tiada orang lain yang sanggup mengambil poster itu selain dia.

Aku cuba bertanya kepada Kak Surimah berkenaan poster itu. Sebaik sahaja aku bertanya, dia menyimbah air ke mukaku. "Berani kau tuduh aku ya!" katanya. Kemudian, dia memukul dan membelasahku. Borhan yang tidak terlibat juga menjadi mangsa. Aku tak tahan dengan semua ini! Mahu sahaja aku..... Ahhhh! Malas aku nak fikir.