Chereads / Neo : Mimpi Semalam / Chapter 36 - Dua dekad yang lalu…

Chapter 36 - Dua dekad yang lalu…

"Kita akan teruskan juga uji kaji ini Adam!"

"Kau pasti Fendi?"

"Ya. Aku benar-benar pasti. Aku mahu buktikan pada semua orang yang mentertawakan idea aku ini" kata Fendi dengan penuh semangat.

"Tapi bukankah ianya memakan belanja yang besar?"

"Kau jangan bimbang. Ada orang yang akan membiayainya"

"Siapa?"

"Kau akan tahu juga nanti. Dialah yang selama ini membantuku dari segi kewangan. Kawanku Fanny juga akan membantu"

"Baguslah kalau begitu. Tak sia-sia usaha kita mencari tajaan selama dua tahun ni. Akhirnya ada juga yang sudi menaja uji kaji kau ni."

"Kau nak turut serta?"

"Aku berminat tapi….aku tak sehandal kau Fendi. Mungkin aku boleh menyumbangkan sedikit idea kepada kau"

"Janganlah kau terlalu merendah diri. Aku tahu sejauh mana kemampuan kau. Kau ada potensi. Apa yang kau perlu tingkatkan adalah keyakinan diri kau"

"Kau percaya dengan aku?"

"Seperti mana kau percaya dengan idea dan projek yang bakal dijalankan ni. Macam tu jugalah aku percaya dengan potensi yang kau ada"

"Terima kasih Adam"

"Sama-sama. Oh ya! Kau ada menyebut tentang kawan kau yang bernama Fanny tadi. Siapa pula Fanny tu?"

"Kau akan tahu juga nanti. Sarah akan memperkenalkannya kepada kau"