Dia yang aku kenal mengajar aku erti hidup, mengajar aku mengenal duniawi, dia segalanya untukku, dia Oliver lelaki yang sangat bermakna dalam hidup aku. Oliver ialah lelaki yang berjaya merentas garisan khatulisitiwa dan menyelam hati Royce. Oliver sangat menyayangi Royce. Dia jaga dan layan Royce seperti puteri. Keluarganya juga menerima baik buruk Royce dan menyayangi dia lebih daripada Oliver. Sampai kadang-kadang Oliver terfikir dia anak mama papanya ke Royce anak mama papanya. Mereka menyayangi Royce lebih dari Oliver, tapi Oliver tak kisah sebab dia faham lagipun Oliver takde adik perempuan. Oliver keturunan cina dan dia ada seorang adik lelaki jadi tak hairan lah kalau mama papa dia lebih menyayangi Royce.
Selepas berkenalan lebih dalam dengan keluarga Oliver sebagai keluarga teman wanita istimewa kepadanya, dia terfikir untuk bekerja di kawasan terdekat. Royce mula mencari kerja. Dia tak suka menyusahkan orang lain apatah lagi keluarga Oliver. Akhirnya, dia berjaya dapat kerja baru berdekatan dengan rumah keluarga Oliver. Oliver bekerja sebagai accountant di syarikat minyak dan gas cawangan Perak. Royce pula bekerja sebagai Sales indoor Coordinator di syarikat yang mengeluarkan produk sandal dan boots. Setiap hari sebelum pergi kerja mereka bersarapan bersama. Selepas habis waktu kerja Royce akan tunggu Oliver datang menjemput dia balik rumah mama. Mereka tinggal bersama dengan mama dan papa Oliver.
Adik Oliver pula namanya Oscar, tidak tinggal bersama kerana dia sambung belajar di Singapore Flying College sebagai juruterbang. Dia akan balik masa CNY dan Christmas sahaja. Selepas balik kerja mereka makan malam bersama di rumah, Royce selalu menolong mama masak dan kemas dapur selepas makan malam selesai. Mereka sekeluarga menganggap Royce seperti anak kandung sendiri. Selepas makan malam rutin harian mereka ialah duduk sembang di ruang tamu. Disini mereka akan ada sesi kongsi pengalaman setiap hari. Mama pula sibuk bersembang dengan makcik Oliver, papa pula baca surat khabar sambil sesi soal jawab bersama.
Usai sembang dengan makcik, mama memanggil Royce dan bertanya pasal kahwin. Royce kaku sambil memandang Oliver. Oliver hanya senyum membalas pandangan Royce. Mama dan papa betul-betul sayangkan Royce dan mahu dia jadi menantu keluarga Chung. Bila mama tak puas hati sebab takde jawaban, mama terus bertanya pada Oliver. Oliver kata, tunggu masa yang sesuai ma. Lagipun Royce muda lagi ma, baru masuk 20tahun. Bagi dia peluang menikmati zaman bujangnya. Mama dan papa hanya mampu mengangguk setuju. Tiba-tiba mama bersuara lagi, apa kata kamu berdua bertunang dulu katanya. Lagipun kita semua dah tinggal serumah, nanti jiran-jiran kita cakap apa bila tengok kamu berdua kehulu kehilir bersama tanpa ikatan. Setakat kawan istimewa orang lain kebas menyesal pun tak guna lagi, kata mama. Oliver diam sambil berfikir kata-kata mama tadi.
Esoknya Oliver meminta pendapat Royce pasal topik mama semalam. Oliver takut dengan ikatan pertunangan ini akan menganggu dan mengawal kebebasan Royce jadi dia perlu kepastian dan keyakinan dari Royce untuk mengikat tali pertunangan diawal usia 20an. Dia takkan paksa cinta hatinya untuk membuat keputusan semata mata nak puaskan hati mamanya. Memang benar dia sayangkan mama tapi soal cinta dia tak suka paksa pasangannya. Jadi dia bagi Royce masa untuk berfikir sama ada setuju atau tidak pasal pertunangan yang mama maksudkan.
Oliver dan Royce bekerja 5 hari seminggu. Setiap hari Ahad mereka akan menunaikan tanggungjwb mereka sebagai penganut agama kristian, mereka pergi gereja dan pergi mencari kedai makan terkenal dengan masakan yang sedap. Oliver bukan sahaja mengajar Royce tentang hidup tapi dia juga mengajar dia makan makanan yang tak pernah dia makan. Semuanya sebab Oliver, dia dapat belajar pasal politik, sikap manusia dan duniawi. Dia rasa sangat bertuah ada teman istimewa seperti Oliver.
Kadang-kadang setiap hujung minggu mereka akan melancong di nergeri yang terkenal dengan keindahan pulau dan laut yang cantik seperti Terengganu, Melaka, Port Dickson, dan banyak lagi. Selama mereka kenal, mereka sudah melancong ke Terengganu dan Melaka. Di Perak pula mereka sudah pergi ke pulau-pulau yang tercantik, pulau pangkor dan banyak lagi. Mereka rancang akan melawat tanah kelahiran Royce selepas melancong di seluruh pulau yang ada di semenanjung ini. Royce masih mempertimbangkan permintaan mama untuk bertunang dengan Oliver. Setelah dia fikir dan pertimbangkan permintaan mamanya dia buat keputusan untuk bertunang dengan Oliver di umurnya 21 tahun bersamaan pada hari lahirnya nanti. Tapi dia belum bagitahu sesiapa termasuk Oliver. Dia akan bertanyakan pendapat dari Oliver sebelum memutuskan dan memilih untuk menetapkan tarikh pertunangan mereka.
Dia sedang mendengar lagu sambil berbaring dalam biliknya, tiba-tiba mama mengetuk biliknya dan duduk sembang pasal tunang. Mama macam tahu-tahu je dia dah buat keputusan. Mama saja sembang sebelum masuk tidur. Sebab papa tengah melayan kura-kura kat tingkat bawah. Mama tanya sudah buat keputusan pasal tunang ke belum. Dia tak bagitahu lagi pasal dia bersetuju nak bertunang. Dia nak surprise kan mereka semua. Dia rancang nak bagitahu 3 hari lagi bersamaan dengan hari lahir Oliver nanti. Cuma mama tanya secara rambang je nak cincin apa. Mama siap bawa phone dia nak tunjuk cincin dan barang-barang hantaran nanti. Tengah sembang sambil tengok barang online tiba-tiba papa masuk bilik dia menyampuk. Papa kata pilih yang cantik-cantik katanya. Mahal pun takpe. Sebab semua kos mereka tanggung. Ye lah anak kesayangan dia nak bertunang kena lah buat yang terbaik. Nak tunggu Oscar memang takde cepat sangat lah mereka nak dapat menantu@anak perempuan dalam rumah.
3 hari lagi hari lahir Oliver. Royce tak tahu nak beli hadiah ape untuk dia. Nak beli jam, dah ada belambak jam dia kat biliknya. Nak bagi cincin, takkan la perempuan bagi cincin kat lelaki kan. Pening Royce fikir nak belikan hadiah ape untuk Oliver. Oliver tengah duduk tengok tv, Royce duduk sebelahnya. Dia tanya, bao bei nak jam baru ke? Royce bertanya, Oliver menjawab soalan Royce dengan selamba sambil mata tak beralih dari tv. Kenapa nak bagi hadiah ke? Sambil tersenyum. Tiba-tiba iklan dalam tv tu ada siarkan spectacle. Terus Oliver tunjuk kat tv, Royce menoleh ke arah tv. Mereka berdua tersenyum bersama. Mama menoleh ke arah mereka berdua, dia berkata malam ni kita makan kat luar yer. Papa balik lewat hari ini katanya. Nanti kita tunggu papa makan bersama kat luar nanti. Hari ini jumaat, Royce dan Oliver balik awal setiap jumaat.
Mereka bersiap-siap nak keluar rumah tiba-tiba henpon Oliver menyanyi mintak dijawab. Tertera nama Oscar di henpon Oliver. Royce menjawab panggilan Oscar , dia buka pembesar suara. Hello, Oscar apa khabar? Baik jawab Oscar dengan lembut. Ada apa ke call ni, tanya Oliver. Oscar call mama tapi mama tak jawab katanya. Mama dengan cepat cari henponnya dalam beg rupanya dia tertinggal henponnya di dalam bilik. Oscar sedang mendail henpon mamanya, bunyi bising berdering didalam bilik tapi tak dijawab. sebab tu dia call abangnya dia tau mereka keluar bersama hari ini. Dia menjawab panggilan anak bongsunya dengan mematikan pembesar suara, mama tau Oscar nak minta tolong sesuatu yang tidak boleh diketahui oleh abangnya. Rupanya Oscar call sebab dia nak bagi kejutan untuk hari lahir abang kesayangan nya. Dia jauh dengan keluarganya jadi dia hanya mewakilkan mamanya untuk menyelesaikan permintaannya. Dia minta tolong mamanya belikan seutas jam tangan Fossil untuk abang tersayang. Mama pun cerdik sangat dia langsung tak diketahui bila masa dia beli hadiah.
Maka tiba lah hari yang ditunggu-tunggu, hari lahir Oliver bersamaan pada hari Sabtu. Mama whatsapp Royce restaurant mana mereka perlu datang makan malam nanti. Mereka makan di restaurant berdekatan dengan rumah, banyak menu baru dan masakan pun sedap belaka. Restaurant kegemaran papa dan Oscar. Setiap kali menyambut hari lahir atau apa-apa majlis kecil, mereka akan pilih restaurant yang sama. Papa dan mama sudah sedia menunggu mereka. Makanan sudah dipesan oleh mama. Dia memesan makanan kegemaran kami berdua. Masing-masing mengucapkan HAPPY BIRTHDAY kepada Oliver. Makanan pun dah sampai jadi mereka makan dengan gembira. Selepas makan mereka memotong kek keju kegemaran Oliver. Cheese cake dari secret recipe favourite keknya. Oliver menyuap kek bagi mama dan papanya. Selepas memotong kek mama mengeluarkan hadiah dari anak bongsunya Oscar, Mama bagi kotak kecil dalamnya ialah kunci kereta. Oliver tidak membuka semua hadiah itu, dia akan buka bila sampai rumah nanti. Oliver tidak sabar menunggu hadiah dari kekasih kesayangannya. Royce mengeluarkan hadiah dari begnya dan dia mengumumkan keputusan dia untuk bertunang tahun depan pada hari lahirnya jika mereka bersetuju. Ketiga-tiga mereka terkejut dengan gembira kerana akhirnya Royce menerima lamaran Oliver. Oliver orang yang paling gembira mendengar keputusan dari Royce. Dia tidak menyangka dia akan dapat hadiah yang lebih bermakna dari kekasih hatinya. Dia tidak dapat mengawal perasaan gembiranya sampai dia mencium dahi Royce dengan penuh perasaan. Mama dan papa nampak betapa tulus ikhlas cinta dan sayang anaknya pada Royce.
Selesai makan malam hari jadi Oliver mereka sekeluarga pergi berjalan-jalan di shopping mall. Alang-alang semua ada sekali dia mahu membeli cincin tunang anaknya. Senang mereka memilih ikut kehendak anak-anaknya. Mereka masuk ke kedai emas Poh Kong berdekatan dengan kawasan rumah. Selepas memilih dan membeli cincin mereka balik ke rumah. Masing-masing sudah penat berjalan membeli cincin untuk persiapan pertunangan mereka yang akan dilangsungkan pada hari lahir Royce pada bulan April. Mama bukan sahaja membeli cincin pertunangan malah dia menghadiahkan cincin tanda percintaan mereka berdua. Mama membeli cincin dan rantai emas putih untuk Royce. Oliver sangat gembira melihat keakraban hubungan mamanya dengan Royce. Papa pula sibuk mencari dan menyuruh Royce memilih cincin. Sebagai tanda pengharaan mama dan papa pada Royce, mama membeli rantai dan papa pula membeli cincin untuknya. Hadiah yang dibeli oleh mama papa terlalu berharga buat Royce dan dia rasa segan kerana cincin dan rantai yang dibeli terlalu mahal baginya. Mereka balik rumah setelah puas berjalan. Mama dan papa terus masuk dalam bilik untun membersihkan badan dan duduk bersembang sambil menonton tv di tingkat bawah. Oliver turun ke bawah dengan hadiah dari mama papa dan kekasih hatinya. Dia membuka hadiah yang Royce berikan dulu sementara itu Royce di tingkat atas memebersihkan diri sebelum turun ke bawah meluangkan masa bersama keluarga angkatnya sebelum tidur. Itulah rutin harian Royce sebelum tidur dia akan meluangkan masa bersembang dengan mama papa dan Oliver. Bila dia membuka kotak hadiah dia terkejut bila melihat hadiah pemberian Royce. Royce membelikan dia neck tie kegemarannya. Dia menyangka Royce akan memberikan dia sun glass tetapi dia salah. Apa yang dia sangka tidak tepat sekali malahan dia mendapat hadiah yang tak pernah Royce belikan untuknya. Dia mengakui Royce memang sangat bijak memilih barang untuknya. Sebelum ini Royce selalu belikan dia jam dan kasut. Tapi kali ini lain dari sebelumnya.
Selepas membuka hadiah dari kekasih hatinya dia membuka hadiah dari Oscar. Oscar membeli jam tangan fossil terbaru padanya. Setelah selesai membuka hadiah dari adiknya dan kekasihnya dia membuka hadiah dari mama papanya. Alangkah terkejutnya dia bila dia buka kotak kecil itu, lalu dia memanggil mamanya. Ma, kenapa hadiahkan kereta pada Oliver? Papanya menjawab, kereta baru masih di kedai nanti ada masa pergilah ambil kereta tu kata papanya. Oliver mengucapkan terima kasih yang tak terungkap pasa mama dan papanya. Mereka terlalu menyayangi dia dan sanggup membeli hadiah mahal baginya. Kereta lamanya dia akan guna setiap hsri pergi dan balik kerja. Dia sayang nak pakai kereta baru yang dihadiahkan oleh mama dan papanya. Ada sebab kenapa papa membeli kereta bru untuk Oliver, papa nak bagi kereta yang Oliver pakai sekarang kepada Royce tapi tiada sesiapa yang tahu rancangan papa kecuali mama. Mereka berdua sudah membuat keputusan untuk menghantar Royce ambil lesen memandu. Papa akan bagitahu Oliver dan Royce bila sampai masa yang sesuai. Ini akan memudahkan mereka semua bila Royce dah ambil lesen memandu. Dia boleh temankan mamanya kemana sahaja pada hujung minggu dan bila mereka pergi ke luar negeri mereka boleh bergilir-gilir memandu nanti. Semuanya untuk kebaikan bersama. Setelah selesai membuka semua hadiahnya dia masuk biliknya sambil menghantar mesej pada Royce. Dia ucapkan terima kasih kerana memberikan hadiah yang sangat bernilai dan berguna untuk dia pakai pergi kerja. Royce membeli 5 helai tali leher paul smith kepada Oliver. Semuanya warna kegemaran Oliver. Ternyata Royce memang sangat memahami dan menghargai dirinya. Dia sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk mengenal dan mencintai gadis seperti Royce. Dia berjanji pada dirinya yang dia akan sentiasa menyintai Royce sampai hujung nyawanya.
Royce mengingatkan Oliver supaya menjaga dan sentiasa memakai tali leher pemberiannya itu. Dia bergurau dengan Oliver jika Oliver tidak menjaga sebaik mungkin hadiahnya dia tidak akan membelinya hadiah lagi. Oliver berjanji akan menjaga dan menggunakan hadiah itu sebaiknya, katanya pada kekasih hatinya. Jam sudah pun menunjukkan pukul 12am. Dia mendail nombor Royce. Hello bao bei, katanya pada Royce. Royce menjawab ye bao bei. Dah lewat ni kenapa tak tidur lagi katanya pada Oliver. Kejap lagi tidur lepas ucapkan terima kasih dan selamat malam jawab Oliver. Cara mereka membuatkan perasaan sayang makin mendalam dan bertambah sayang sesama sendiri. Sudah puas sembang dengan cinta hatinya dia mula menutup matanya untuk tidur. Kerana esok mereka perlu bekerja..