Seperti biasa Royce akan bersarapan bersama cinta hatinya sebelum mula kerja. Hari ini kerja di office bertambah banyak bila salah satu dari staff tak datang kerja. Aku kena take over barang-barang untuk pengesahan sebelum keluar ke logistic dan driver syarikat. Aku bekerja dengan syarikat yang mana majority semuanya berbangsa cina. Aku satu ayat pun tak reti nak cakap. Tu la masa kecil dulu papa hantar belajaq sekolah cina menangis tak mau kena tinggal papa. Sekarang menyesal pun tak guna. Tapi aku sangat beruntung sebab aku belajar bahasa cina dengan keluarga angkat @ keluarga mertuaku. Sepanjang Royce tinggal dengan keluarga mertuanya mereka bertutur dalam bahasa mandarin walaupun Royce tak reti nak bercakap mereka tetap menggunakan bahasa mandarin. Bak kata papa, kalau tak cakap takkan reti bercakap sampai bila-bila jadi lebih baik kita bertutur dalam bahasa mandarin supaya cepat belajar katanya. Memang betul kata papa, dalam masa 3 bulan aku dah reti bertutur bahasa mandarin. Kalau aku tak faham mereka akan bercakap melayu atau English sebab tu aku cepat dan reti mandarin. Cuma tak reti menulis dan membaca tulisan cina.
Selesai semua kerja QC aku masuk office, boss besar pula cari nak jumpa. Bukan apa, selama aku kerja sini dia tak pernah tegur apatah lagi terserempak dengan boss tak pernah langsung. Aku dengan pantas ambil pen dan notebook terus menuju ke office bigboss. Guess what??? Aku dah takut macam nak jatuh jantung bila pertama kali jumpa bigboss. Rupanya dia nak suai kenal dengan staff baru. Hahahahaaha.. Patut la dia nak sangat jumpa aku, rupanya dia BFF Oliver. Aku tak tahu langsung pasal syarikat ni dan BFF Oliver. Aku tak kenal dia tapi dia kenal aku siapa. Selesai sesi suai kenal boss dengan staff aku terus balik ke pejabat aku. Bigboss aku namanya Nicholas.
Selepas berjumpa dengan Royce, Nicholas menghubungi Oliver. Dia mengajak Oliver keluar makan tengah hari. Dan berjumpa lah mereka berdua dan sembang sampai tak ingat dunia. Lamanya mereka sembang sampai habis waktu kerja. Oliver tengok jam ditangannya. Dia cepat-cepat bangun ambil kunci kereta tapi dia lupa Nicholas ada dengan dia. Nicholas pelik melihat Oliver huru hara macam mengejar masa. Dia bertanya, Oliver kau kenapa huru hara nak pergi ni? Oliver teringat nak jemput Royce balik. Baru Nicholas faham kenapa dia beria nak cepat rupanya dia nak menjemput kekasih dia. Kedua mereka pergi bersama sama. Nick balik terus ke rumahnya selepas berjumpa dengan Oliver. Sampai sahaja di tempat kerja Royce, Oliver dah nampak dia baru nak keluar dari kawasan syarikat tempat dia berkerja. Nasib dia tak terlambat kalau tak, kesian kekasih hati dia menunggu lama.
Royce masuk dalam kereta, dia terus bagitahu Oliver pasal bigboss dia jumpa dia pagi tadi. Oliver mendengar dengan penuh perhatian dan dia tak terfikir nak bagitahu Royce yang bigboss dia tu BFF dia. Sampai masa nanti dia akan tahu juga, fikir Oliver. Sebelum balik rumah mereka berdua pergi market beli barang dapur. Walaupun mama tak suruh mereka beli barang dapur, Royce tetap minta Oliver teman dia. Dia tetap rasa segan sebab mereka terlalu baik dengan dia. Cukuplah mereka bagi dia menumpang kasih sayang dan menjaga dia seperti anak kandung sendiri malah mereka lebih sayangkan dia dari Oliver. Selesai shopping mereka terus balik rumah. Mama menunggu mereka berdua balik makan malam.
Sampai je di rumah mama nampak mereka bawa banyak barang dalam plastik. Mama dah agak menantu kesayangan dia beli barang dapur lagi tanpa pengetahuannya. Mama membebel sampai mereka siap mandi dan bersedia untuk makan malam bersama. Papa tiba-tiba menanya Royce, kerja macam mana? Royce jawab ok pa. Cuma Royce kena belajar banyak lagi papa. Banyak benda baru Royce belajar kerja sini pa. Papa nak Royce pergi ambil lesen memandu hujung minggu ni kata papa. Nanti papa bawa pergi tempat kawan papa sabtu ni ok? Royce hanya mengganguk setuju, dia tak boleh nak cakap apa-apa bila papa dah bersuara. Mungkin papa nak yang terbaik untuk Royce. Lagipun dah telebih layak nak ambil lesen memandu. Lepas ni boleh lah Royce teman mama pergi pasar, tokong, bawak mama jalan-jalan mama mencelah sebelum Royce bersuara. Oliver hanya mendengar dan setuju semua perkara yang berkaitan dengan Royce. Begitu suci cinta Oliver pada Royce. Royce sangat gembira dan bersyukur sangat kerana dia diberi peluang untuk disayangi oleh orang yang tiada pertalian darah dengannya tetapi menganggap dia seperti keluarga. Dia sangat menghargai keluarga Oliver sepertimana dia menghargai keluarganya sendiri. Walaupun dia jauh daripada keluarganya dia tak merasakan dia jauh daripada mereka kerana keluarga Oliver ada disisi dia dan menjaganya. Kasih sayangnya pada keluarganya dengan keluarga Oliver sama banyak dan tidak ada beza dan ianya sama adil. Minggu ini dia belum menghubungi mamanya di kampung. Biasanya dia akan menghubungi keluarga di kampung setiap minggu tak kisah hari apa. Setiap bulan dia akan mengirim duit untuk kedua orang tuanya walaupun dia tidak memberitahu mereka. Mama papanya tahu dia yang mengirim duit kepada mereka setiap bulan. Disebabkan itu orang tuanya tidak akan bertanya pasal duit padanya.
Keluarga dia juga tahu pasal keluarga angkat dia di Perak. Mereka rasa terhutang budi pada keluarga angkatnya sebab menjaga anak mereka dengan baik. Dia juga memberitahu keluarganya tentang hasrat dan permintaan keluarga Oliver dengan pertunangan kedua anak mereka. Jadi semua perkembangan dan tingkah laku dia diketahui oleh keluarganya di kampung. Tiba-tiba Royce terjaga dari lamunan dan memandang pada jam dinding yang menunjukkan pukul 10pm. Dia ingin menghubungi mamanya di kampung. Dia meminta diri untuk naik keatas dan segera menghubungi mamanya. Lebih kurang dua jam lamanya mereka bersembang dan Royce pun terasa mengantuknya. Dia mengakhiri panggilan mereka dengan mengucapkan sayang dan selamat malam pada mamanya. Dia rasa gembira selepas menghubungi mama dan bersembang dengan papanya jugak. Telepas kerinduaan dia pada kedua orang tuanya. Dia akan balik ke kampung bila sampai masanya nanti. Dia akan membawa Oliver sekali nanti. Oliver mengetuk pintu bilik Royce. Agak lama juga dia menunggu Royce membuka pintu. Dia pelik kenapa lambat membuka pintu padahal tadi dia dengar Royce bersembang dan gelak ketawa. Setelah 5 minit menunggu pintu bilik Royce dibuka dan Royce terkejut melihat Oliver ada didepan biliknya. Dia cuma ingin mengingatkan Royce esok lusa mereka akan pergi belajar memandu. Dia menyuruh Royce berehat kerana esok mereka keluar awal dari rumah kerana esok Oliver ada mesyuarat penting untuk mengumumkan ketuanya yang baru. Jam sudah menunjukkan pukul 130am tetapi Royce masih berjaga. Tidak ada tanda-tanda nak tidur pada mata Royce. Begitu juga dengan Oliver. Oliver mengambil henponnya dan mendail nombor kekasihnya. Hello, dah tidur ke? Hhmm tak boleh tidur, jawabnya pada Oliver. Oliver mengajak Royce keluar ambik angin. Royce tidak membantah, dia terus bersiap kerana mereka akan keluar sekejap pergi yam cha. Masing-masing bertanya soalan yang sama iaitu, kenapa tak boleh tidur? Mereka tergelak bersama. Oliver berterus terang dengan Royce kenapa dia tidak boleh tidur disebabkan teringin nak tahu dengan siapa dia bersembang tadi sampai tergelak gembiranya katanya. Tergelak Royce mendengar luahan Oliver, rupanya dia cemburu. Tergelak Royce bila dapat tahu kekasih yang disayanginya cemburu. Sayang sungguh ka dia pada aku, fikir Royce. Selepas keluar yam cha sekejap mereka pulang rumah dan masuk bilik masing-masing. Oliver masuk bilik menyarung baju kelawarnya dan keluar bilik lalu mengetuk pintu bilik Royce.
Royce tengok Oliver depan biliknya lalu bertanya bao bei kenapa ni? Oliver terus menjawab soalannya, boleh tak saya tidur dalam bilik sama dengan awak? Royce merenung Oliver dan berkata, tak takut mama papa marah ke kalau dapat tau kita tidur sebilik? Oliver tak menjawab soalan Royce. Dia terus masuk dan menutup pintu bilik. Royce masuk bilik mandi dan bersihkan diri dia sebelum tidur itulah amalan dia sejak kecil mamanya mengajar dan melatih dia sampai sekarang sudah menjadi tabiat pada Royce. Setelah selesai membersihkan diri dia melihat Oliver sudah terbaring di atas katilnya menunggu Royce baring disebelahnya. Setiap bilik dirumah mama papanya ada bilik mandi jadi mereka semua tidak perlu berebut bilik mandi. Selesai menutup lampu bilik sangat gelap. Royce baring sebelah Oliver, dia dipeluk dengan lembut dan selesa oleh kekasihnya. Pada masa ini jam sudah menunjukkan pukul 2:45am. Royce tidak pernah tidur sebilik dengan lelaki lain selain dari papa dan abangnya. Oliver orang pertama yang tidur sebilik dengannya. Walaupun Royce sosial masa remaja dia tahu menjaga dirinya. Dia takkan calarkan maruah keluarganya semasa bergaul dengan lelaki yang bukan darah daging dia. Tetapi sekarang dia tidur sebilik dengan lelaki yang bukan darah daging dia terapi dengan kekasihnya. Mereka tidur saling berpelukkan. Oliver terasa seluruh badannya panas lalu dia mengurangkan suhu penghawa dingin dalam bilik Royce. Dia memeluk Royce dengan penuh kasih sayang, tetapi dalam masa yang sama badan dia terangsang dengan keadaan mereka berdua. Royce kaku tidak banyak bergerak supaya mereka berdua boleh tidur dengan tenang dan lena. Tiba-tiba dia terasa sesuatu yang ganjil di bahagian belakangnya. Dia terus bertanya pada Oliver, kenapa? Tak ada apa-apa, tidurlahjawab Oliver. Royce tahu apa sebenarnya tapi dia sengaja bertanya pada kekasih hatinya. Lalu mereka berdua pun telelap akhirnya.
RINGGGGGGGGGGGGGGGGGGG.... Bunyi alarm henpon Oliver berdering kuat tetapi tuannya masih membongkang langusng tak sedar bunyi alarm henponnya sendiri. Royce mengambil henpon Oliver dan mematikan bunyi alarm itu lalu dia bangun mandi. Selesai mandi dia kejutkan Oliver supaya bangun dan bersiap sedia pergi kerja. Oliver bangun dan keluar ke biliknya, mujur mama dan papa tak bangun lagi. Dia tidur sangat lena sambil memeluk Royce malam tadi. Seperti biasa rutin mereka ialah sarapan bersama. Hari ini Oliver banyak kerja nak selesaikan jadi dia memberitahu pada Royce kemungkinan ari ini dia lambat menjemput dia petang nanti. Setibanya Royce di pejabatnya, dia melihat longgokkan kertas atas meja dia maksudnya dia ada banyak kerja nak diselesaikan pada ari ini. Dia tak tau boleh siapkan semuanya dalam sehari atau tidak. Dia menyimpan barangnya dan memulakan kerjanya. Masing-masing sibuk dengan kerja sampai Oliver terlupa menghubungi kekasihnya masa makan tengah hari. Dia terlalu sibuk sampai lupa makan tengah hari. Nasib baik dia dapat selesaikan semua kerja nya pada pukul 1645. Dia cepat-cepat menyelesaikan apa yang patut supaya dia boleh balik awal kerana mereka akan pergi ke mall bersama dengan kekasihnya.
Dia bersiap nak balik dan menjemput kekasihnya. Sampai di luar office Royce dia nampak Royce baru nak keluar dari pintu pagar office. Sementara itu Royce dari jauh dah nampak Oliver di luar menunggunya. Royce menanya dia, dah lama sampai? Oliver menjawab takde la baru je jawabnya sambil tersenyum manis. Dalam perjalanan menuju ke Ipoh parade mall di bandar, mereka bersembang pasal pertunangan mereka nanti. Oliver bertanya apa tema pertunangan mereka nanti dan dia juga bertanya apa dia mahu sebagai hadiah hantaran. Walaupun masih lama untuk menunggu hari pertunangan mereka, Oliver mahu bersiap sedia supaya dia boleh memenuhi semua keperluan mereka nanti. Oliver bersungguh menyediakan semuanya termasuklah bahagian Royce. Mereka masuk di kedai kasut lelaki. Royce memilih untuk menghadiahkan Oliver kasut sebagai hantaran. Selain kasut dia bercadang mahu memberikan tali leher, minyak wangi, tali pinggang dan kemeja. Dia masih berfikir apa lagi yang boleh dia beli untuk hantaran mereka nanti. Oliver pula tidak terburu-buru membeli barang untuk Royce sebab dia tidak mahu kekasihnya tahu dia beli hadiah apa untuknya. Tetapi Royce tidak kisah selebihnya dia cadang mahu beli sendiri untuk kejutan buat kekasihnya juga. Selesai membeli barang mereka singgah makan malam sebelum balik. Oliver sudah menghubungi mamanya mereka tidak makan malam dirumah hari ini sebab mereka balik lambat. Oliver menanya Royce mahu makan dimana? katanya. Royce teringin mahu makan nasi ayam stim taugeh. Mereka akan datang makan dikedai yang mereka selalu kunjungi dulu masa mereka bekerja sebagai sukarelawan dahulu. Royce memesan setengah ekor ayam stim dan setengah ekor ayam panggang. Kedua-duanya pun berselera menjamah rezeki didepan mata mereka. Selesai makan malam sudah pun menunjukkan jam 2200 malam. Jadi mereka bercadang untuk balik rumah terus. Semasa dalam perjalanan Royce menanya Oliver. Hari pertunangan nanti sayang nak pakai baju ape? Oliver memalingkan wajahnya melihat Royce, dia fikir sejenak dan menjawab pertanyaan Royce. Apa kata kita pakai pakaian yang orang lain jarang buat katanya. Contohnya? Tanya Royce pada Oliver.. Hhmmm contohnya, baju traditional masing-masing atau kita pakai pakaian orang cina je, nak? Oliver beria beri cadangan. Royce terus angguk bersetuju dengan cadangan bakal tunangnya. Tapi kita ubah sedikit design baju tu boleh? Oliver menambah. Royce baru terfikir nak mengajukan pendapat sama pad Oliver tetapi Oliver sangat memahami dan tahu apa yang Royce sedang fikirkan. Esok lepas belajar kereta nanti kita pergi tengok baju di kedai lepas tu kita bawa ke kedai jahit untuk ubah sedikit design baju nanti ya kata Oliver lagi. Royce cuma mengganguk tanda setuju.