Chereads / Kerana Sayang / Chapter 24 - Kisah Ben dan Elaine

Chapter 24 - Kisah Ben dan Elaine

Maklumat yang Elaine kumpulkan adalah hasil pertolongan daripada Ben, pemandu kepada kereta Mercedes Benz GLE-Class Daniel sendiri.

Ben atau Benjamin Darwin adalah abang kepada kekasih Daniel (Bella Darwin) sewaktu Daniel mula-mula tiba di Auckland.

Daniel dan Bella berkenalan di kelab malam terkenal. Mereka berdua terlanjur kerana terlalu mabuk dan asyik berparty bersama-sama. Daniel menjadikan Bella tempat dia melempiaskan nafsunya setiap Kali dia bergaduh dengan Jane atau setiap kali Jane bersikap dingin dengannya.

Tapi bila lama kelamaan, Daniel menghilangkan diri. Tak lagi mengunjungi kelab malam tu ataupun berjumpa dengan Bella.

Sehinggalah, Bella dapati dia mengandungkan anak Daniel.

Disebabkan terlalu takut, Bella sendiri mencari maklumat mengenai syarikat Daniel, dan datang ke pejabat Daniel tanpa memaklumkan kehadirannya, lagi-lagi pada masa dia terjah masuk ke dalam pejabat Daniel, ketika itu Daniel sedang bermesyuarat dengan pelabur-pelabur syarikatnya.

"Who's she? Mistress? Don't be like that Elan.. please don't make our Miss Melissa sad. Or we had to cancel this investment?" kata salah seorang daripada pelabur itu.

'Pelabur-pelabur yang lain menganguk mengiyakan kata-kata lelaki itu'

"No! Hahaha.. I and that girl don't have any connections at all. Don't worry. I love Melissa. Only her." Daniel cepat-cepat berkata begitu apabila melihat pelabur-pelabur itu berkata sesama mereka seolah tidak sukakan apa yang berlaku.

"She's just a gold digger. Ha hahah" kata Daniel.

Kata-kata Daniel itu membuatkan pelabur-pelabur yang lain turut ketawa bersama.

'Bella yang masih berdiri kaku di hadapan pintu tergamam dengan kata-kata Daniel yang kejam itu'

'Bella rasakan dunianya hancur sekelip mata'

Dia dimalukan di hadapan orang ramai.

Bella sangkakan lelaki yang dihadapannya, yang selalu menghabiskan masa dengannya, yang melayan dirinya lebih dari seorang teman wanita, cintakan dirinya.

Tapi semua itu palsu!

Baru kini dia menyedari yang selama ini dia dipergunakan.

Bella tak Sanggup memberitahu perkara ini pada abangnya, satu-satunya lelaki yang ikhlas menyayanginya yang menjaganya setelah kematian kedua ibu bapa mereka.

Bella tak sanggup melihat kekecewaan dan semestinya kesedihan abangnya.

Semua itu bermain-main di kepalanya Tika itu juga.

Disebabkan terlalu marah, Daniel mengarahkan pengawal keselamatan menghalau Bella keluar dari biliknya itu tanpa sedikit pun hiraukan rayuan dan jeritan Bella.

Semenjak kejadian itu, Bella banyak Kali menghantar pesanan kepada Daniel, merayu-rayu supaya berjumpa dengannya, rayuan Bella kepada Daniel memohon supaya tidak membuangnya, semuanya diabaikan tanpa membalas.

'Disebabkan layanan Daniel, hinaan Daniel dan suara-suara yang mentertawakan dirinya ketika dia masih berdiri di hadapan pelabur-pelabur Daniel tika itu membuatkan Bella sangat tertekan, kemurungan dan sentiasa menangis.

Bella tak mahu perkara itu diketahui abangnya.

Tak mahu abangnya turut dimalukan sepertimana dia rasakan.

Tak mahu abangnya kecewa akan perbuatannya.

'Ben yang ketika itu bekerja lewat malam tidak langsung mengetahui perkara yang terjadi terhadap adik kesayangannya'

'Setiap kali dia pulang, kebiasannya adik kesayangannya itu akan menyambut kepulangannya dengan memeluk tubuhnya sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam rumah. Menonton movie bersamanya. Bergurau senda dengannya.'

'Ben semakin pelik dengan perubahan adiknya itu. Dia langsung tak melihat wajah adiknya walaupun bukan pada waktu malam. Beberapa kali juga dia dapati yang adiknya berkurung dalam bilik sepanjang hari semasa dia cuti tak bekerja.'

*Bilik Bella.

Bella duduk di hadapan meja soleknya sambil membelek-belek gambar bayinya.

Air matanya Tak henti-henti mengalir.

Berkali-kali dia menghantar pesanan kepada Daniel, tapi tiada satu pun dibalas.

Gambar di tangannya digenggam erat.

Gambar scan pbayi mereka serta bukti yang lain dihantar kepada Daniel.

Tapi tiada balasan.

Bella tekad. Demi masa depan bayinya, dia mesti berani walaupun dia tahu Daniel mampu melakukan apa sahaja terhadapnya.

"Elan! If you don't want Melissa know Im pregnant your child, come and see me NOW!"

Tapi 1 pesanan ugutan Bella merubah semuanya!

Daniel bersetuju mahu berjumpa dengannya, tapi bukan di luar, di rumah Bella sendiri.

*Ketika Ben baru sahaja balik kerja.

Perkara pertama yang Ben fikir dan dekati adalah bilik adiknya.

'Gelap'

'Kasut adiknya masih tersusun rapi di rak kasut, tiada tanda yang Bella keluar'

'Disebabkan terlalu risau, Ben memanggil adiknya untuk makan bersama dengannya sebaik sahaja dia balik kerja'

"Bell, let's eat hm?. I bought your favorite food. Bell? Bell..? Hello?!" pujuk Ben sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik adiknya.

'Senyap, tiada sahutan'

'Bilik adiknya sentiasa bergelap walaupun adiknya ada di dalam bilik'

'Kerana terlalu risaukan keadaan adiknya, Ben segera mencari kunci spare dan segera membuka pintu bilik tersebut'

Alangkah terkejutnya Ben melihat tubuh adiknya terbaring kaku dengan darah membasahi bahagian bawah pinggang adik kesayangannya.

'Tubuh Ben jatuh terduduk, longlai kaku melihat tubuh kaku adiknya yang sudah Tak bernyawa itu'

"Bell..."

"It's not funny okay..Ha..haha"

"Bell..? Wake up please? I'm back! Let's eat! I bought your favorite food!" rayu Ben sambil mengoyangkan tubuh Bella yang kaku berdarah di atas lantai.

'Kepala Bella dipangku Ben, Ben blank'

'Realiti memukul benak Ben'

'Ben meraung menangis memanggil-manggil adiknya berkali-kali seperti orang gila'

Kes kematian adiknya diklasifikasikan sebagai pembunuhan (dendam).

Tapi kes tersebut terkubur begitu sahaja disebabkan tiada bukti ditinggalkan suspek.

Adiknya mati kerana bergelut untuk menyelamatkan diri. Itu yang diketahuinya setelah post mortem selesai.

Kehidupan Ben berubah 100%, dia bagai orang gila ulang alik ke balai polis merayu-rayu supaya kes adiknya disiasat semula. Tapi rayuanya diabaikan pihak polis.

Sejak itu Ben Tak mengharapkan pihak berkuasa menyelesaikan kes pembunuhan adiknya.

*Dalam kereta Daniel yang dipandu Ben.

'Ben membelek-belek telefon pintar milik adiknya sewaktu menunggu lampu isyarat jalan raya menjadi hijau'

'Perkara yang terjadi beberapa tahun yang lepas terimbau kembali'

'Tragedi buruk yang menimpa dirinya, kehilangan adik kesayangannya betul-betul merubah diri Ben'

"Elan! If you don't want Melissa know Im pregnant, come and see me NOW!"

itu antara pesanan terakhir Bella sebelum dia ditemui mati berlumuran darah di dalam bilik.

Walaupun telefon pintar Bella dirosakkan tetapi Ben juga mempunyai sahabat yang genius membaiki barangan rosak dan lain-lain.

Ben memandang tajam ke dalam cermin pandang belakang.

Dendamnya pada Daniel semakin membuak-buak.

Mahu sahaja Ben bunuh lelaki yang telah membunuh adik kesayangannya itu.

Pintu kereta yang dibuka sesorang membuatkan Ben tersedar dan segera memandang ke arah wanita yang duduk di sebelah Elan itu.

Pada mulanya, Ben turut membenci Jane.

Padanya, jika Jane tiada pasti adiknya akan bersama Elan(Daniel).

Bahkan Ben pernah cuba mencederakan Jane ketika Jane keluar bersendirian.

Semua itu langsung tak menakutkan langsung Jane.

Kerana Jane tahu semuanya tentang Ben.

Jane sendiri yang datang menemuinya setelah mengetahui tragedi yang menimpa dirinya.

Jane menawarkan pekerjaan itu kepadanya.

Jane jugalah yang mahu Ben menjadi pemandu mereka.

Daniel yang tak menyedari apa-apa, bersetuju dengan permintaan Jane.

Jane menyuruh Ben supaya mendekati Daniel dan menghancurkan Daniel dengan tangannya sendiri.

Kesetiaan Ben pada Daniel? Semuanya palsu semata-mata.

Hanya kerana dia mahu jatuhkan Daniel, dia sanggup lakukan apa sahaja.

Kecuali bunuh.

Sebab itu, semua bukti kegiatan kotor Daniel ada di tangannya.

Ke mana saja Daniel pergi, Ben pasti akan ada.

Elaine pula?

Kemalangan itu terjadi sememangnya angkara kecuaian bekas suaminya.

Tapi, yang lebih sadis, kemalangan itu langgar lari.

Semasa bekas suaminya dan teman wanita suaminya tak sedarkan diri di dalam kereta, anak perempuan kesayangannya masih bernyawa.

Tubuhnya anaknya yang tercampak di atas jalan raya, dibiarkan begitu sahaja oleh suspek langgar lari(suspek Hanya berdiri di hadapan tubuh anaknya yang sedang nyawa-nyawa ikan) sebelum berlalu pergi meninggalkan mangsa begitu sahaja. Kejadian itu dirakam kamera CCTV dan black box pemilik kereta yang diparking berdekatan di tempat kejadian.

Puas Elaine merayu-rayu kepada pihak polis untuk mengetahui siapakah suspek berkenaan tapi rayuanya diabaikan.

Elaine sendiri yang pergi berjumpa dengan pemilik kereta yang diparking berdekatan tempat kejadian dan merayu-rayu untuk melihat rakaman black box berkenaan.

Disebabkan kasihankan Elaine, pemilik kereta itu memberikan rakaman itu padanya.

Dari situlah, Elaine tekad akan menghancurkan Daniel dengan tangannya sendiri.

Elaine sudah tidak lagi mengharapkan pihak polis.

Dia menawarkan dirinya untuk menjadi pembantu rumah di Villa itu semata-mata untuk menghancurkan Daniel.

Namun dia Tak sangka yang Jane akan bersependapat dengannya.

Jane melayannya dengan baik.

Hubungan mereka berdua semakin lama semakin rapat seperti keluarga, ibu dan anak.

Sengsara kehilangan anak perempuan kesayangannya berkurangan dengan kehadiran Jane yang telah dianggap sebagai anaknya sendiri.

Namun, Elaine tak pernah lupa akan apa yang Daniel lakukan pada anak perempuan kesayangannya.