Chereads / Kerana Sayang / Chapter 5 - Penjahat Dan Penyelamat Jane

Chapter 5 - Penjahat Dan Penyelamat Jane

Seminggu berlalu seperti biasa. Bakery D'licious J' semakin dikenali ramai. Jane dan pekerja-pekerja nya sibuk menyiapkan tempahan dan melayan pelanggan mereka. Disebabkan kesibukan tu Jane langsung tak perasan kelibat Zein di kedainya. Setiap kali pergi kerja, keluar jumpa client atau pulang.Senang cerita, setiap kali lalu di hadapan Bakery D'licious J', Zein pasti akan singgah semata-mata untuk melihat Jane. Sekejap pun takpe. Untuk lepaskan rindu tengok dari jauh pun bolehlah. Zein tahu Jane sibuk kebelakangan ini,sebab itu dia tidak mahu menganggunya. Semenjak mereka keluar makan bersama mereka sering berbalas pesanan apabila berkesempatan. Setelah melihat Jane dari luar bakery, Zein mengeluarkan telefonnya dan menghantar pesanan ringkas kemudian berlalu pergi sambil tersenyum.

'Ting' telefon Jane berbunyi dari dalam poket apron nya. Jane kemudian membaca pesanan itu. Apabila membaca gerangan penghantar Jane terus tersenyum.

"Good morning Jane. Have a nice day 😊" - Zein

Jane balas " Morning too Zein.Awak pun.Take care Mr Lesung Pipit 😆"

'Ting' telefon Zein berbunyi. Zein segera membaca pesanan itu setelah kereta diparkirkan di hadapan Syarikat Mega Architect.

"Hahah..lesung pipit🤭.Zein melihat cermin keretanya sambil tersenyum. Happy dipuji.

Zein segera masuk ke pejabat sambil tersenyum lagi. Semasa bertembung dengan pekerja-pekerja Syarikat Mega Architect yang lain, dia membalas teguran mereka dengan gembira. Permulaan hari yang baik.

Jane segera menyambung kerjanya.

12.00 pm waktu rehat makan tengahari. Sebelum keluar makan, Jane memeriksa emailnya.Dia telah menerima pesanan dari sebuah syarikat yang sebelum ini pernah membuat tempahan kek dengan Bakery D'licious J'. Syarikat tersebut menjemput Jane dan pekerjanya ke Majlis Makan Malam syarikat tersebut. Setelah memastikan jadualnya pada keesokkan hari tidak penuh,dia kemudian menyatakan kehadiran nya ke majlis tersebut. Pekerjanya dibenarkan mengikuti Jane tanpa kad jemputan kerana Jane tetamu jemputan khas syarikat tersebut. Bakerynya Dan syarikat tersebut berhubungan baik setelah beberapa kali berurusan bersama.

Jane segera keluar setelah meletakkan penanda "Ditutup sebentar" di pintu dan kemudian mengunci pintu. Jane segera menyeberang jalan ke restaurant tidak jauh dari kedainya. Di situ Jane dan pekerjanya selalu makan tengahari bersama-sama.

Sampai sahaja, makanan yang dipesan pada pekerjanya untuk dipesan terlebih dahulu telah terhidang.Dia segera membasuh tangan dan duduk menjamu selera. Nasi berlaukan masak lemak ikan patin bersama sayur goreng kangkung cili dan air teh o ais limau.Semasa menjamu selera Jane bersuara memberitahu tentang jemputan itu.

Hanya Gabriel dan Adam sahaja yang free malam esok. Yang lain ada hal lain memandangkan keesokkan hari mereka akan pulang awal untuk cuti hujung minggu.Mungkin pulang ke rumah keluarga atau berjumpa kawan Dan maybe date.

Jane tidak mendesak.Sambil makan mereka berbual-bual. Setelah habis mereka membayar bil makanan.Tapi Jane membelanja pekerjanya hari ini. Mereka sudah seperti sebuah keluarga.Rapat.

Mereka kemudian berlalu merentas jalan pulang ke kedai. Mereka berpegangan tangan manakala yang lelaki pula berjalan di tepi wanita.Memastikan wanita selamat sentiasa. Setelah sampai di kedai, penanda itu ditukar "Dibuka.Silakan masuk🤗"

Kerja disambung,pelanggan semakin berkurang ketika jam menunjukkan pukul 6 pm. Waktu orang pulang ke rumah. Jane menyuruh pekerjanya mengemas dan membenarkan mereka pulang awal setelah memastikan segalanya baik.

Jane menukar kasut kerjanya ke heels apron nya dibuka kemudian disangkutkan. Jane melihat cermin until membetulkan makeup di mukanya.Dia menambah sedikit lipstick,membersihkan debu tepung di muka dan merapikan bun rambutnya. Dia menggapai beg dan mengunci pejabat dan berlalu turun ke bawah kedai. Dia meletakkan penanda "Ditutup" setelah mengunci pintu dan berjalan ke parking keretanya.

Semasa menghampiri kereta. Seseorang menghampiri Jane. Jane merasakan ada yang tak kena.Dia kemudian menoleh.

"Argh!!!!Tolong! jerit Jane apabila penjahat itu cuba meragut begnya.

Jane meronta-ronta sambil memegang erat begnya. Pergelutan itu menyebabkan Jane ditolak.

Jane disambut sebelum terjatuh ke jalan.Jane menoleh melihat orang yang membantunya. "Zein😟"

"Awak okay?" Tanya Zein.

Jane menganguk menandakan dia okay.

Zein menolak Jane perlahan ke belakangnya sebelum bertindak memukul penjahat itu.

Zein menendang dan menumbuk penjahat itu berkali-kali. Bergelut. Sehingakan penjahat itu terjatuh. Penjahat itu kemudian merayu until dilepaskan.

Zein menoleh ke arah Jane.Jane menyuruh Zein melepaskan penjahat itu.

Setelah penjahat itu pergi.

Zein menghampiri Jane Dan menghulurkan begnya.

Jane kelihatan risau dengan keadaan Zein.

"Awak okay Zein?Ada luka tak? kalau ada kita sapukan ubat kejap?" tanya Jane berkali-kali sambil melihat ke arah Zein yang berpeluh-peluh dengan bajunya yang sedikit tak terurus akibat pergaduhan tadi.

"Okay.Saya okay.Don't worry okay...kata Zein menghentikan kerisauan Jane apabila menyedari Jane masih terkejut.

"Sepatutnya saya yang Tanya awak.Awak tu mangsa...Awak ni" geleng Zein.

"Saya okay... jawab Jane lembut sambil memandang Zein.

"Baguslah.Awak lain kali keluar sekali dengan pekerja awak.Jangan balik lewat sorang diri.Bahaya." tegas Zein.

"Okay...😅."

"Kita pergi minum kat depan sana. Awak drive dulu.Saya follow belakang" kata Zein.

Jane menganguk.

Setelah tiba di Old Town mereka duduk bersama di meja dan menempah minuman masing-masing.

"Awak esok malam dijemput tak untuk majlis makan malam Syarikat Homestyler tu?" tanya Zein kemudian menghirup coffee nya yang telah siap.

"Oh,ada tengahari tadi diorang emailkan pada saya.Kenapa?Awak pun dijemput ke?" balas Jane.

Zein menganguk mengiyakan.

Jane memegang gelas kemudian menghirup Hot Chocolate nya.

Zein terpandangkan tangan Jane.Ada sesikit luka pada tapak tangan Jane.

Zein menggapai tangan Jane until melihat luka tersebut.

Berkerut dahi Jane kerana sakit.Baru dia perasan ada luka.

"Maybe luka masa bergelut tadi.Takpe sikit je ni.Saya ada plaster luka" kata Jane kemudian dia cuba menarik tangannya perlahan.

Zein menarik balik perlahan tak mahu lepaskan."Bagi sini plaster tu.. Saya tampalkan" kata Zein.

Jane teragak-agak.Malu.

Zein meminta sekali lagi dengan mengisyaratkan dengan menghulurkan tangan meminta.

Jane kemudian membuka begnya.Dia menghulurkan plaster tersebut pada Zein. Zein sedang membersihkan luka tersebut dengan tisu yang dibasahkan dengan air putih yang dimintanya tadi pada pelayan. Usai membersihkan luka, Zein meniup luka tersebut dan menampalkan luka itu.

Jane terpaku dengan keadaan itu. Cair dengan perbuatan Zein.

Siap menampal luka barulah Zein melepaskan tangan Jane.

Zein perasan Jane seakan malu. Pipi Jane sedikit merah. Zein tersenyum pada Jane.

"Kita jumpa esok di sana ya. Balik kunci pintu.Take care okay? Anything call saya" kata Zein setelah mereka bersetuju untuk pulang.

Zein menghantar Jane dengan pandangan Dan lambaian.

Dalam kereta masing-masing melayan perasaan. Jane memegang dadanya yang berdegup laju dari tadi. Bagitu juga Zein. Cinta mula berputik. Sebelum ini hanya Zein sahaja yang bertepuk sebelah tangan.

Setelah sampai rumah,Jane melakukan apa yang disuruh Zein. Jane kemudian menghantar pesanan kepada Zein menandakan dia selamat sampai di rumah dan mengucapkan selamat malam.

Begitu juga Zein.Zein membalas pesanan itu dengan mengingatkan Jane tentang majlis itu.

Jane membersihkan diri kemudian melelapkan mata.Sebelum melelapkan mata, Jane membelek tangan yang ada plaster luka itu sambil tersenyum. Begitu juga Zein. Zein suka kerana reaksi Jane tadi apabila dia menampal luka itu seakan memberikan isyarat hijau kepada hubungan mereka akan datang.