Sudah beberapa hari, Encik Nizmi hanya mengerling anak perempuannya itu dari hujung mata. Tidak ada ayat yang mampu dia reka untuk berbual dengan Farhana. Nak berbual apa, kalau masing - masing ego.
Encik Nizmi menutup skrin iPad Pro, tidak jadi dia ingin menghabiskan bacaan surat khabar atas talian, lalu dia membongkokkan tubuhnya dan merapati ke meja sambil dia memerhatikan wajah anak - anaknya satu persatu. Semuanya ada, kecuali Noah.
Noah pula satu, sejak kejadian tempoh hari, dia sudah jarang amat pulang ke rumah. Katanya dia OT. Banyak manusia mati sekarang. Ujarnya, tapi dia tahu, Noah ada sesuatu yang membelenggu kepalanya.
Masakan tidak, Noah itulah yang paling melekat dalam rumah daripada anak - anaknya yang lain.
" Papa, mana Noah? Dah selalu tak ada kat rumah." Noel menguis nasi goreng cina yang terhidang.
Tak ada selera nak menjamah, rindu abangnya. Dah tak ada siapa nak tolong hantarkan dia ke sekolah.
" Noah sibuk sayang... He's becoming a good doctor now."
" He is? Well... I guess you could send me to school now?" Ujar Noel mengharapkan Encik Nizmi menghantarnya ke sekolah. Dibibirnya mula memekar senyum.
" Sorry, papa tak boleh hantar la kiddo... Papa kan kerja... Noami boleh hantarkan tak?"
Meragam Noel bila mendengarnya. Dia mencebik memeluk bahu tanda protes.
" Pa, Naomi exit Cyberjaya. Jauh la Naomi nak patah balik. Tak payah sekolah la dia hari ni papa..." Jawab Naomi malas sambil dia memeriksa kukunya yang cantik disapu perwarna kuku frosted gray berkilau. Nampak macam bola gantung pokok krismas ada juga jika sekali pandang.
" Kalau ada Noah, kan senang Noel pergi sekolah!"
" Heh, eh Noel, kau tahu kenapa Noah tak balik?" Naomi mencelah dengan senyuman herot diberi pada Farhana.
" Sebab... Kakak Hana kau ada dekat sini..." Bisik Naomi, kedengaran memerli.
Farhana yang mendengar dari hujung meja sarapan, merengus kecil.
" Tak apalah, biar Kak Hana je hantar Noel ke sekolah. Jom, dah habis sarapan kan?" Bingkas Farhana bangun dari kerusi.
" Kamu nak guna kereta siapa? Kereta kamu dah lama tersadai bawah pokok mangga tu. Entah hidup lagi ke tidak..." Akhirnya bersuara juga Encik Nizmi menegur anak gadisnya. Farhana mengetap bibir, jadi beginilah, menegur bukan nak minta maaf ataupun bertanya khabar tapi menegur hanya kerana sebuah kereta.
" Boleh je. Kalau tak boleh pun, pandai - pandailah Hana hantarkan Noel. Jom... Nanti lambat pula Noel ke sekolah."
Noel mulanya nampak ragu - ragu tapi melihatkan wajah papa yang mengizinkan, dia akur. Sempat juga dia menjengil mata pada Naomi yang menolak menghantarnya ke sekolah.
" Eh budak ni! Aku cepuk karang!" Marah Naomi tidak suka dengan jegilan mata Noel.
Belum sempat Encik Nizmi mahu melarang, bunyi telefonnya memuntah dering lagu Deen Assalam nukilan Sabyan Gambus bernyanyi - nyanyi pinta diangkat.
Farhana yang mendengar lagu itu, melepas tawa kecil. Lagu ketuhanan? Papa? Heh, berlagak je lebih. Solat pun, solat jumaat saja.
" Hello, ya Har. Ya, ada apa?" Sungging senyum Encik Nizmi membuatkan hati Farhana panas membara.
" Oh, okay... Boleh... Tak ada masalah pun, lagipun dia kan bakal isteri kamu... Ya, uncle percayakan Har. Jangan risau." Lebar sungguh senyuman Encik Nizmi untuk si pemanggil dari untuk anak gadisnya sendiri.
Usai talian dimatikan, dua beranak itu merenung mata. Encik Nizmi mematikan senyumannya.
Wajah Farhana cukup iras dengan arwah Inara, tapi sayang... Pandangan anak gadisnya itu cukup penuh dengan api kemarahan. Tidak serupa pandangan ibunya yang penuh dengan kerinduan dan kasih sayang.
" Hari ni, pergi jumpa Har... Ada food testing untuk majlis perkahwinan kamu." Jawab Encik Nizmi tanpa memandangi Farhana.
" Papa tak boleh ke pandang muka Hana bila bercakap?"
" Kamu nak cari gaduh dengan papa ke pagi - pagi ni?"
Akur, Farhana keluar dari rumah diiringi Noel. Hatinya diselaput antara dua perasaan, duka dan amarah. Dia sendiri tak pasti yang mana lebih berat.
Kereta Suzuki Swift Biru yang tersadai dengan rimbunan daun - daun kering dari pokok mangga, dibersihkan Farhana. Dikerling ke arah Noel yang menanti berdiri tidak jauh dari lantai batu batan. Dia nampak tidak berminat langsung.
" Noel, Kak Hana bersihkan daun - daun ni kejap ya... Haha, biasalah, kereta lama tak pakai..." Ujar Farhana cuba menenangkan gundah di hati Noel yang mungkin takut terlambat ke sekolah.
" Emm..." Itu saja yang terkeluar dari bibir si adik. Matanya melingar ke sekeliling tapi tidak pada Farhana.
Pintu kereta dibuka dan Farhana cuba menghidupkan enjinnya. Sekali, dia gagal.
" Tak apalah, Noel suruh papa kawan Noel tumpangkanlah."
" Eh, boleh ni Noel. Kejap, kasi kereta panas sikit je ni. Biarlah Kak Hana hantarkan Noel... Dah lama Kak Hana tak hantarkan adik." Pujuk Farhana tidak berputus asa cuba menghidupkan enjin.
Memang sudah lama dia tak menghantar adik lelakinya ke sekolah sejak kematian Qaish. Kalau dahulu, dia dan Noah pasti akan menghantar Noel ke sekolah bersama - sama.
" Jangan panggil adik, panggil Noel. Noel tak suka." Tersinggahak Farhana seketika bila Noel melarangnya. Padahal dahulu itulah panggilan manjanya. Hatinya terkecil hati tapi dipaksa juga membibitkan senyuman.
" Ahhh, haha... Dah besar dah Noel ya. Dah jadi abang...
Zrooomm!
Hah... Alhamdulillah... Jom Noel." Pelawa Farhana masuk ke dalam perut kereta.
Perjalanan yang memakan masa lima belas minit itu hanya ditemani suara DJ radio Hot FM yang merapu meraban dengan lawak - lawak entah nak gelak atau menyampah.
Macam tak ada slot yang lebih cerdik, boleh mereka ke tengahkan, padahal pagi - pagi beginilah otak manusia cepat menerima informasi.
Buatlah slot berilmiah yang santai ke, macam radio luar negara. Barulah otak rakyat Malaysia maju.
Farhana kerling dari hujung matanya memerhatikan Noel yang leka memerhatikan susunan kereta yang banyak mahu keluar mencari rezeki. Pagi - pagi maklum sajalah, kereta banyak mana...
" Noel, okay tak?" Soal Farhana risau dan cuba beramah mesra setelah dia cukup tak tahan dengan suasana canggung itu.
" Emm... Bolehlah..." Jawab Noel acuh tak acuh.
" Sekolah okay? Kawan - kawan Noel macam mana? Oh, si Ginesh tu macam mana? Kak Hana rindu pulak nak borak dengan dia." Farhana mula mengorak senyum tatkala teringatkan rakan rapat Noel, budak berbangsa India yang banyak celoteh itu.
" He's fine..." Balas Noel pendek, seakan malas mahu bersembang.
" Apa kata, lepas balik sekolah... Kak Hana bawa Noel dan Ginesh keluar makan tengah hari? Nak makan apa, you just—."
" Jalan je la Kak Hana... Penatlah..." Balas Noel malas.
Terdiam, Farhana mengigit hatinya sendiri. Lain benar Noel kini. Tidak seperti beberapa minggu lepas. Entah apalah yang membuatkan budak lelaki itu tidak senang dengannya.
" Noel kenapa ni?" Tanya Farhana tidak berputus asa.
" Tak ada apa."
" Ceritalah... Mana tahu Kak Hana boleh tolong..." Pujuk Farhana tidak berputus asa.
" Tolong apa Kak Hana?! Noel tak nak minta tolong dengan orang kotor macam Kak Hana, Naomi kata nanti Kak Hana racun kepala Noel, jadi jahat macam Kak Hana.... Noel tak nak!"
" Noel tak percayakan Kak Hana ke?" Bergetar bibir Farhana cuba memujuk Noel. Bahu budak itu dielus sedikit tapi cepat Noel tepis.
" Noel malulah dengan Kak Hana. Malu. Naomi cakap Kak Hana dah jadi sampah. Sampah yang memalukan. Kak Naomi kata Kak Hana ni dah kotor, buat hubungan tak halal.
Noel rasa tertipu. Kak Hana yang Noel kenal, bukan macam ni!" Merah muka budak dua belas tahun itu menepik dalam kereta. Pintu kereta dihempas kuat bila dia membolos keluar dari kereta.
Gegar kereta itu serupa gegar hatinya yang menunggu pecah. Dia menekur kepalanya pada stereng kereta dan beresakan tangis. Dia bukan manusia kotor, dia manusia yang teraniya.
" Sampai hati Noel... Sampai hati papa, sampai hati mama, Noah, Naomi tak percayakan Hana... Sampai hati..."
❧