Chereads / DENDAM HAR AZMEER (Malay) / Chapter 18 - DHA 18

Chapter 18 - DHA 18

Har yang ketiduran di atas meja pejabat, dikejutkan Beeto dengan secawan kopi panas dari Starbucks. Mengagau tangannya menarik minuman itu mencicip ke bibirnya sebelum dia menolak jauh cawan kertas itu.

" Babi! Panas la bodoh. Kimak punya kopi." Rengus Har yang terus terjaga dari mamainya. Marah betul dia dengan kopi yang tak bernyawa itu.

Beeto yang duduk di Sofa ketawa keras. Macam - macamlah bos dia ni. Kopi pun kena maki juga.

Dalam banyak - banyak manusia yang dia bekerja, Har Azmeerlah yang paling unik. Baginya, lelaki itu cukup merendah hati, tidak kedekut dan amat rajin, meskipun mulutnya lancang bak pedang dan keegoannya mengalahkan Gunung Everest.

Hari - hari, kalau tidak menular ke kelab malam atau pun pub, pasti Har melepak di meja pejabat dan pergi mengutip hutang. Terfikir juga, bilalah bos nya itu bakal punya wanita disampingnya. Nampak solo je memanjang.

Perempuan yang datang pun, biasanya lekat beberapa jam saja. Itupun diajak tidur saja. Tak ada lebih sampai melekat dua puluh empat jam.

" Kau kenapa ketawa? Ingat aku buat lawak ke? Hisss... Melecur lidah aku." Cermin sisi yang setia di atas meja ditarik dan terjelir - jelir lidah Har memeriksa keadaan lidahnya. Nasib baik belum terbakar.

" Tak adalah... Just kesian dengan kau." Kata Beeto dengan bahasa melayunya yang cukup lancar meskipun dia berdarah cina.

" Kesian dengan aku? Apa pasal? Bukannya aku terlantar dekat hospital pun..." Ujar Har sambil dia cuba kembalikan fokusnya pada kertas - kertas bertaburan di atas meja. Banyak betul kerjanya.

" Tengoklah, pakaian kau tu, dah berapa hari kau pakai? Misai janggut kau tu, dah nak panjang, bila nak potong? Kau ni... Aku tengok dah layak kahwin tahu. Biar ada orang jaga." Ujar Beeto suka memberi ceramah.

Bukannya apa, dia penat juga ke hulu ke hilir dari apartmen Har yang jauh dekat Cyberjaya semata nak ambil pakaian saja.

" Kalau dah malas sangat jadi PA aku, berhenti je lah... Aku boleh je letak dalam jobstreet tu, beratur orang berlumba nak kerja dengan aku." Bidas Har menjeling. Dia mencebik tak suka bila dibebel sebegitu. Setelah kopi mula menyejuk, dia cicip sedikit. Ahh, segar...

" Cubalah, tengok sanggup tak orang nak kerja dengan kau selama aku..." Berani pula si Beeto mengugut. Har mencerlung, ish! Siapa bos siapa ni?

Malas melayan, Har bangun dari kerusi lalu dia menapak ke arah beg pakaian gantung tertulis satu jenama gah, Yves Saint Laurent. Tapi di dalamnya hanya ada sehelai kemeja biru cerah dan sepasang seluar slack hitam. Har mengeluh kecil lalu dia pandang mata Beeto. Kepalanya terteleng malas sedikit.

" Kau ambil kemeja? Kau tahukan aku tak suka pakai baju macam ni."

" Kau nanti nak jumpa klien, janganlah selekeh sangat. Itu mujur aku bawa kemeja saja, kalau aku bawa sekali kot, tali leher semua, macam mana?"

" Kau ni macam - macamlah... Aish! Kalau aku tak dapat projek tu, aku salahkan kau." Kepala yang serabut digaru - garu malas. Har angkat kemeja lalu dia memuncung bibir.

" Oi! Mana aci." Melongo Beeto mendengarnya tatkala pandangannya menghantar Har yang hilang di sebalik pintu keluar pejabatnya.

Penyambut tetamu yang duduk di hadapan pintu bilik, mula menegur Har mesra bila dia tertangkap susuk tubuh majikannya itu yang berjalan menuju ke bilik air.

" Selamat pagi Bos. Nak coffee?" Tanya Wardina yang sopan dalam busana baju kurung bunga kecilnya.

Penyambut tetamu baru agaknya sebab hari tu muka lain. Ini muka lain. Har tak ambil pusing pun tentang penyambut tetamu yang dipecatnya beberapa hari lepas.

" Hmm...Kau boleh buat kopi lagi sedap dari Starbucks tak?" Soal Har semula.

" Saya tak tahulah, tapi setakat ni atuk saya kata, kopi saya buat sedap..." Jawab gadis polos itu. Har mula mengangguk kecil.

" Atuk kau cakap sedap? Hmm, sedaplah tu agaknya... Haa, boleh la. Buat aku kopi. Aku nak mandi kejap."

Terpinga - pinga bila dia tengok bos yang pakai baju pagoda dan berseluar tiga suku serta berselipar jepun itu mula masuk ke dalam bilik air. Ada bilik mandi ke dalam pejabat ni?

" Kenapa? Terkejut?" Sapa Beeto mula menongkat kepalanya di atas kaunter kecil mewah itu. Dia melebar senyum tatkala Wardina mula mencari dua bola matanya. Wah, boleh tahan cantik.

" Haah... Bos tu memang mandi dekat pejabat ke?" Tanya Wardina kembali.

" Bukan kata mandi, makan minum tidur semua dekat pejabat you... Kalau dia balik rumah, alamatnya nak kiamat la dunia ni." Kata Beeto masih merenung si gadis muda di hadapannya.

Hmm, bilalah aku pun nak ada awek? Asyik berkepit dengan Har je. Tak kahwin aku macam ni.

" Eh, awak pun tahu ke kiamat?" Soal si Wardina sambil melihat lelaki cina itu atas bawah.

" Tahulah sikit - sikit.... Eh, you nama apa?"

Wardina pandang lagi Beeto atas bawah, nampak gangster je. Takut aku...

" Ermm, Wardina..."

" Ohhh... Sedap nama you..."

" Oi! Kau buat apa dekat situ? Sini masuk! Aku lesing kepala kau nanti." Ujar Har yang sudah segak dan wangi.

Janggut dan misai yang bersepah sudah dia cukur licin. Har membolosi pintu masuk ke pejabatnya. Beeto merengus kecil, ada sajalah si bos memanggil dia buat kerja.

" Eh, tapikan handsome betullah Bos tu. Dia dah ada yang punya ke?" Beria - ria Wardina jadinya bila memerhatikan Har Azmeer yang 180 darjah berubah lelaki kacak Malaya.

Terasa meluap - luap aura gah pada lelaki itu.

Beeto memutarkan mata, perempuan semua sama saja, pandang rupa saja lebih. " You nak dia? You cermin dulu diri you layak ke tidak."

Har merenung dirinya sejenak di hadapan cermin. Bukan dia dalam pakaian sebegini. Dia lebih suka ber T-shirt pagoda, berbaju tee, berseluar sukan ataupun apa - apa yang bukan berunsur pejabat. Dia benci.

" Aku nak tanya kau, kau ni gay ke?" Soalan Beeto membawa kejut pada Har yang sudah duduk kembali ke kerusi.

" Aku gay?"

" Iyalah... Nampak asyik berkepit dengan aku je?" Beeto mula bermain kukunya sendiri. Bibirnya terkatup rapat menunggu balasan si bos.

" Woi, batang aku ni cari lubang authentic tahu! Lubang buat anak, bukan lubang berak. Kau kenapa ni?!" Mengeletak geli tubuh Har dibuatnya. Geli pula bila Beeto bertanya begitu.

" Tak adalah... Macam kau tak berminat pun dengan perempuan..."

" Adalah. Ada!" Bergerutu kepala Har dibuatnya pagi - pagi begini.

Terus saja dia teringat akan sesi food tasting yang berjalan pukul tiga nanti di hotel Four Seasons. Tangannya segera mendail nombor telefon Encik Nizmi, kononnya mahu meminta izin lelaki tua itu untuk membawa si bakal pengantin keluar bersamanya. Setelah dia mendapat persetujuan, dia mematikan telefon.

" Ohhh, bakal pak mertua ya?"

" Dah, jangan masuk campurlah! Jom, jumpa klien and then aku nak makan tengah hari."