Farhana mengacau malas milo 'O' panas yang dipesan sambil dia menongkat kepalanya sambil dia menebar pandangan ke arah kesesakan lalu lintas kota. Meskipun begitu, fikirannya sudah jauh dari hiruk pikuk pekerja kolar putih dan biru yang sedikit - sedikit sudah memenuhi kedai nasi berlauk itu.
Manalah Jackie... Tadi suruh teman dia makan tengah hari, tapi empunya nama masih belum muncul - muncul. Dah pukul berapa ni?
" Boleh kami berdua duduk di sini?" Tegur dua orang lelaki yang segak dalam kemeja mereka, tersenyum pada Farhana yang duduk di meja seorang diri.
Tersedar, cepat - cepat Farhana memperbetulkan tubuhnya tanpa matanya memerhati pada dua lelaki yang berdiri terpacak bagai tiang, di hadapan mejanya. Dah tak ada tempat duduk lain ke? Ish...
Farhana mula meliarkan bola matanya ke sekeliling, ah! Patutlah, dah tak ada kerusi. Semuanya sudah penuh dihuni orang yang kelaparan.
Melihatkan sudah tiada tempat yang kosong buat dua lelak itu, Farhana berkeputusan untuk membenarkan saja mereka melabuhkan punggung di meja yang sama dengannya.
Sopan, Farhana unjuk ibu jarinya menjemput dua lelaki itu duduk bersamanya di meja makan berkerusi empat itu.
Saat dua lelaki itu duduk melabuh punggung mereka, segera Farhana menundukkan kepala tidak mahu bertentang mata dengan dua lelaki asing itu.
Dicicip air milo suam itu sedikit. Buat - buat nampak dia senang padahal rasa kekok mula menyelubungi diri bila bau minyak wangi mahal dari lelaki yang duduk bertengangan mula menerobos lubang hidungnya.
Dari tekaan Farhana, bau itu mirip sekali dengan bau Aqua Di Gio, Georgio Armani. Bau buah limau bergamot dan laut itu menggamit fikirannya pada seseorang. Seseorang yang dia kenal tapi dia lupa siapa. Wangi tapi... Beragak la nak sembur minyak wangi pun, ini macam sengaja nak dapatkan perhatian je. Sebatu dah boleh bau...
Merasakan mata dua lelaki itu sedang memerhatikannya, Farhana mula membuat perhitungan. Nak bangun ke tak? Nak bangun ke tak? Nanti bangun, orang lain pulak duduk... Jackie nak duduk mana?
Belum habis Farhana bertimbang - timbang, salah seorang daripadanya mula menegur.
" You tak makan? Minum je ke?"
Ish, dia buat ramah pulak... Getus hati kecil Farhana.
" Erm... Tunggu kawan." Ujar Farhana dua patah. Itupun sudah terasa berat amat.
" Kawan yang mana? Jantan?"
Tersekima Farhana mendengar tutur kata lelaki yang suaranya kedengaran tidak asing itu. Serta merta dadanya naik berombak. Matanya yang tadi asyik memandang air milo yang tidak terluak, terus diangkat mencari dua bola mata si penutur lancang.
" Kau tunggu siapa? Kawan yang mana? Jantan ke?" Diulang gesa ayat yang sama.
Air liur yang tersangkut di kerongkongan ditelan pahit. Bergetar bibirnya saat dia melihat wajah Har Azmeer yang tampak segak dalam kemeja biru cerahnya.
" Aku tunggu Jackie..." Jawab Farhana ringkas sambil matanya melingar ke arah lelaki yang duduk di sebelah Har. Siapa pula lelaki cina ni?
Seminit dua, Har tidak membalas. Farhana lega. Nasib baik dia ni reti juga tak melalak macam orang gila tengah - tengah orang ramai ni.
" You kenal Har?" Soal suara lain. Lebih tepat, lelaki yang bertanya soalan pembuka padanya tadi. Ada kerut di dahinya yang putih kemerahan.
Farhana menoleh ke arahnya lalu dia menguntum senyum. Kemudian lagi, dia mengeleng. Ada idea jahat.
" Tak. I just love talking to strangers."
" Well, pelik... Har doesn't talk to strangers." Jawab lelaki itu tersenyum. Ah! Ada lesung pipit.
" Oh... Emmm... Kenallah kot."
" Hello..."
Berlari bola mata Farhana mengerling ke arah Har yang sibuk dengan telefon bimbitnya. Wajah tunduk Har tiba - tiba mengegarkan jantungnya.
Bila Har yang menunduk menaikkan wajah mencari wajahnya, dia terpana. Lekuk - lekuk wajah Har nampak sempurna sekali. Pipinya lesuh bak seludang tanpa calar sedikit pun. Apatah lagi dengan bibir Har yang nipis dan —. Farhana menelan air liur lagi.
Ya Allah! Jangan buat pasal hati. Jangan buat pasal.
" Beeto, kau balik office dulu. Aku ada 'hal' dengan perempuan ni." Sengaja dia tekankan ayat 'hal' itu.
Serta merta lelaki berbangsa cina itu mengangkat punggungnya berlalu dari meja yang dihuni Har dan Farhana. Seketika, dia menepuk bahu Har tanda perpisahan.
Farhana yang sudah tahu apa yang mahu dibincangkan, bersegera bangun dari kerusi tapi tidak jadi dia melangkah pergi lalu, dia duduk semula. Matanya menyorot ke arah tangan Har yang mengelus lembut tangannya, tanda sesuatu. Dadanya tidak semena bergerak dalam tempo yang cukup laju.
" Kalau kau tak nak aku naikkan suara aku tengah - tengah orang ramai ni, baik kau duduk Hana."
" Kau nak apa lagi hah perogol?!" Keras sungguh bunyi perkataan 'perogol' itu dibibir Farhana. Meruap - meruap rasa amarah yang datang tidak diundang.
Har yang mendengar, menarik senyum herot. Dia suka. Suka amat bila Farhana menggelarkan dirinya seorang perogol.
" Kau jangan nak tipu aku Hana, jangan jadi perempuan acah suci..." Balas Har perli.
Farhana mengetap bibir, dah agak. Memang takkan percaya sampai ke mati kalau dia berkata benar pun.
" Whatever Har, aku tahu diri aku. Kerja terkutuk tu, kau seorang je yang mampu buat sebab hati kau busuk Har."
Har diam saja memandangi bibir yang tangkas bergerak - gerak itu. Apa yang tertutur di bibir Hana hanya sekadar angin lalu saja. Dia tak ambil hati. Urghhh, sumpah aku nak rentap ratah bibir kau lagi, Hana.
" Dan kau, kalau tak kerana papa, aku dah lama sumbat kau meringkuk dalam penjara!" Amarah Farhana yang mengetuk deria sabar sudah menunggu masa retak. Ada juga yang mengamuk serupa orang gila di sini.
Har senyum saja. Apalah yang seronok sangat dia sendiri tak pasti.
" Penjara aku lebih mewah Hana... Kau jangan risau..." Balas Har setelah diam yang agak lama.
Farhana menelan air liur. Matanya dipaku ke arah Har yang tampak begitu segak mencicip milo panas. Terasa sesuatu pula melihat aura kelakian yang menjerit - jerit pada Har. Bukan dia dahulu lelaki loser?
" Kenapa kau pandang aku macam tu?" Soal Har menongkat kening.
" Mata aku. Suka hati lah."
" Jangan tenung lama - lama nanti kau terjatuh hati pulak dengan aku."
" Gila! Perogol!" Kata Farhana mendengung keras dengan gigi terkatup rapat.
Har melengkungkan senyum nipis, hatinya berbunga tiba - tiba. Shit! Har... Jangan!
" Jangan buat fasal dengan aku hari ni Hana... Ramai orang ni..." Serentak bebola matanya memerhati sekeliling kedai yang penuh berpusu - pusu dengan pekerja pejabat berhampiran.
Farhana turut juga begitu, meliar matanya pada sekeliling.
" Tinggal kurang seminggu lagi Hana... Kau tak happy ke?"