Chereads / DENDAM HAR AZMEER (Malay) / Chapter 2 - DHA 2

Chapter 2 - DHA 2

Pada umur lewat 20-an ini, Haris sudah punya segalanya. Kemewahan yang dimilikinya kini semua dengan hasil titik peluhnya sendiri. Menjadi seorang pegawai eksekutif disebuah syarikat multi-racial besar di ibu kota, menjadikan Haris adalah salah seorang pemuda yang disanjung tinggi.

Pintu kereta dibuka dan segera dia meloloskan diri masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan, gear memandu dimasukkan lalu meluncur laju dia keluar dari perkarangan hotel. Meninggalkan titik hitam dalam sejarah buat gadis 21 tahun itu.

Kota raya Kuala Lumpur lengang, jalan raya kosong tiada kenderaan. Hening sungguh. Radio dihidupkan dan lagu klasik yang dinyanyikan Frank Sinatra menjadi halwa telinga. Membisik merdu menyentuh hati jantan Haris.

Dia melepas lelah dan membetul - betulkan posisi badannya. Urat - urat yang ketegangan sudah mulai mengendur perlahan - lahan.

Namun, ketenangan yang dikecapinya tidak lama saat telefon bimbitnya berdering dan terpapar nama seseorang pada layar papar navigasi kereta. Nama yang terpahat dan terpaku di dalam hatinya.

" Farhana?" Gumam diri sendirian. Dadanya mula berkocak kencang saat dia menyebut nama perempuan itu.

Iya, hanya perempuan itu saja yang membuatkan tubuhnya berasa aneh. Mahu dikata demam, sihat. Mahu dikata pening, masih boleh berfikir. Dia sendiri pun tidak pasti kenapa hanya perempuan ini saja mampu mengoncang pangkal hatinya.

Segera jarinya menekan punat jawab dari butang stereng kereta. Takut tak sempat kalau - kalau panggilan mati.

" Muiz?" Suara riang Farhana mengetuk halwa telinga Haris. Tersungging senyum mendengar tawa kecil Farhana di hujung talian.

" Heyy, Hana... What in the woooorld?!" Haris dapat meneka pasti gadis itu sudah membolak - balikkan matanya. Dia senyum lagi membayangkan seraut wajah cantik itu.

" Yeah - yeah. I call nak tanya bila you nak kahwin sebab I tak sabar nak jadi bridesmaid you ni..." Mengekek Farhana ketawa.

Haris mengeluh, " You ni... Call bagilah news yang best sikit. Balik - balik soalan basi tu je yang you tanya." Haris mencebik.

" Awww... Comel sangat you merajuk Muiz. Habis tu you nak news macam mana?"

" News macam... Heyyy! I balik Malaysia ni, come pick me up Muiz! Pleaseeee..." Kata Haris dengan mimik suara yang manja. Kedengaran gelak besar dihujung talian. Dia merasa begitu bahagia.

" Okayyyy... Muiz, I dah sampai Malaysia ni. Tapi tak ada orang nak ambil I. May you pick me up, please... Please... Please..."

Terbuntang mata Haris, nafasnya tersangkut di dada. Dia ketawa besar.

" Noooo! You... Serious?!"

" Yes of course I am serious! Boleh tak? Scary la duk airport lama - lama, Muiz."

Senyuman dibibir Muiz melebar. Hatinya melonjak - lonjak gembira. Stereng keretanya segera dipusing masuk ke exit KLIA.

" Be right there love. Tunggu I dekat Starbucks okay. I'll come pick you up now."

" Thanks Muiz."

Talian mati. Matanya kembali fokus pada jalan sebelum dia kerling pada layar papar navigasi kereta, pukul 2 pagi.

Dia menekan pedal minyak keretanya sedikit keras dari kebiasaannya. Kereta mewah itu mulai laju mengharungi pekat malam. Haris tak mahu kalau Farhana perlu menunggunya terlalu lama. Risau kalau - kalau apa - apa terjadi pada wanita itu.

Kakinya yang melangkah laju membawa dirinya ke Starbucks namun ia mati bila dia terpandang akan seorang perempuan yang bertudung tidak jauh dari situ.

Anggun dan cantik dengan seluar palazzo hitam yang dipadankan dengan blaus kapas biru laut. Dia terpegun. Kakinya seakan - akan diikat. Jantungnya berdegup kencang. Farhana sudah bertudung?

Perlahan langkahnya mendekati Farhana dan bibirnya melebar senyum bila bola mata Farhana bertaut dengan bola matanya.

" I baru je duduk order air, You dah sampai? Serious lah. Arghh... I dah tak boleh la nak mengelamun." Cebik Farhana kononnya merajuk. Haris ketawa kecil.

" Haha. I missed you, Hana." Ujar Haris bila punggungnya selamat duduk di kerusi bertentangan. Wajah Farhana ditenung tidak lepas.

" I missed you too. Muiz. You... Look amazingly handsome. Just like always." Puji Farhana sama seperti sebelum - sebelumnya.

Kalau dah handsome, kenapa kau tak pandang aku macam kau pandang Qaish, Hana? Apa kurangnya aku? Soalan itu hanya bermain di minda tanpa mampu ia meluah.

Perasaannya sudah menjadi rahsia kerajaan hati yang entah bila bakal diwar - warkan pada wanita dihadapannya kini. Mungkin bila dia sendiri mengetahui erti berputih mata agaknya.

" And you... Look antonishingly beautiful. Since when ni Hana?" Haris menyoal. Sebenarnya memang itu juga soalan yang bermain di kepalanya.

Farhana angkat bahunya lalu dia ketawa kecil, " I guess I've grown up. Difficult paths lead me to a better one. Alhamdulillah... Tapi sikit je la. Sikit je... I tak give up on my Choki Choki lagi tau!" Farhana ketawa lagi.

Muiz tergamam, bukan kerana tudung dan perubahan itu tapi kerana Farhana berjaya mencuri hatinya. Adakah ini yang orang panggil cinta? Betul ke?

Tawa Farhana saja sudah dapat melumpuhkan hampir semua fungsi organnya. Rasa bahagia mula menusuk menebar ke dalam saluran darah. Ini semua, hanya Farhana saja yang mampu membuatnya sebegitu.

" Alhamdulillah, I am so happy for you. So happy. You nampak cantik sangat! Cantik sangat, Hana."

Haris teruja bila pipi gebu Farhana mula merona merah. Jikalau dibenarkan Farhana, mahu saja dia membelai dan mengucup pipi gebu itu.

" Jangan over sangat okay. Nanti timbul riak pula, habis pahala I jadi tak istiqamah nak bertudung." Larang Farhana.

Haris mengeleng lalu tertawa kecil," So how's Qaish?"

Bola mata Farhana yang tadinya memandang cawan berisi Hazelnut Coffee panas beralih padanya. Haris terkedu bila senyuman di bibir merah Farhana hilang serta merta.

Suara wanita itu kedengaran rosak, seakan menahan air liur yang bertakung di kerongkongan, " Betul cakap dia orang, you tak tahu Muiz?"

" Who? Tak tahu apa ni, Hana?" Jemari runcing bak menduri landak Farhana diraih dan digenggam kemas.

Farhana tarik senyuman tawar dan menyeka air mata yang bergenang tiba - tiba.

" Qaish dah tak ada. He— died in an accident, Muiz... On the day of our engagement day." Bergetar suara Farhana menuturkan sesuatu hal yang amat berat bagi dia.

Tiada kata - kata yang mampu terluah. Haris tergamam. Bibirnya seakan dikunci. Qaish dah tak ada? Tak mungkin.

" Its been over nine months Muiz. You didn't know?" Soal Farhana. Tampang muka Farhana jelas terpapar kecewa. Butir - butir air mata yang bertakung dilereng mata Farhana menambah berat di dada Haris.

" I — I — Sumpah Hana... I tak tahu. I tak tahu langsung. I am so sorry Hana..." Bergeluman rasa serba salah di dalam jiwanya. Genggaman tangannya semakin kuat.

" I missed him so much, Muiz. I missed him so damn much." Ujar Farhana mengetap gigi menahan supaya air matanya tidak tumpah jatuh ke pipi.

" Oh god, Qaish... Last time I cakap dengan dia pun masa dia bagitahu pasal pertunangan korang. Since then..."

Haris mati kata - kata. Masih dia ingat sewaktu Qaish menghubunginya tahun lepas tentang hajatnya untuk bertunang dengan Farhana.

Kata - kata Qaish yang memintanya untuk melepaskan Farhana masih tersemat di dalam kalbu. Qaish memang sudah lama mengetahui perasaan dia, perasaan istimewa yang dia simpan untuk Farhana sejak mereka berada di dalam kelas kewangan di London dulu lagi.

Hubungan Qaish dan dia dingin sejak mereka berdua dalam diam menyukai perempuan yang sama. Ada juga beberapa kejadian yang tidak menyenangkan berlaku antara mereka berdua. Namun, mereka akhirnya bersetuju untuk berdiam diri dan tidak sampai mengadaikan persahabatan mereka.

Siapa yang mampu mencairkan hati perempuan riang itu, maka pihak yang satu lagi harus berundur dengan rela. Itulah perjanjiannya. Itulah tanda mereka berdua bertanding tanpa mengotorkan tangan.

" Since then apa Muiz?" Soalan Farhana memutuskan lamunannya. Dia lupa, dia sudah memungkiri janjinya pada Qaish. Dia tidak patut berada disini bersama Farhana.

" Hana... Jom. Dah lewat ni, I hantar you balik." Ajak Haris. Dia bangun memimpin tangan Farhana keluar dari Starbucks.

Haris terasa tubuhnya ditarik lembut, lalu dia berpaling ke belakang dan membuang pandang ke arah wanita yang berdiri tegak itu.

Ahhh! Senyuman itu lagi sekali melemahkan jantungnya.

" I tak nak balik rumah, can I stay with you? Before I check in any hotel around?" Farhana yang tadi melepaskan genggaman tangan Haris, mula bermain jari.

Wajahnya menunduk ke lantai, segan bila seorang wanita bertudung sepertinya meminta perlindungan di rumah lelaki ajnabi.

" Sure..." Senyum Haris memberi jawapan tanpa berfikir panjang. Sedikit, dia agak terkilan juga bila genggaman tangannya dilepaskan Farhana tiba - tiba. Terasa seperti dibuang pula, sama seperti dia membuang Raudah tadi.

" You're okay with it? Your girlfriend?" Farhana mengigit bibir, iyalah mana tahu kalau - kalau lelaki itu sudah berpunya.

" Fuck whoever my girlfriend is. Hahaha, you always welcome to come, babe... Oh! I'm very sure my housemate doesn't mind having you around." Ujar Haris mengenyit mata.

" Eee, tak mau la kalau ada housemate." Farhana menolak tidak mahu. Dia berpeluk tubuh kerana rasa dipermainkan pula. Haris meletus tawa.

" Cik putih, the kitty cat tak marahlah kalau you ada, unless you kacau tempat tidur dia." Haris tarik bahu Farhana merapat ke badannya.

Sebelum dia membisik, " I'll let you have my bed if you want to."

" Urgh, tak berubah langsung you ni." Senyum Farhana diikuti tawa Haris yang agak kuat sebelum mereka berdua jalan beriringan dengan membawa bagasi bersama.