Melopong Puan Salbiah melihat pakaian Farhana yang comot amat itu. Lengan anak perempuannya itu dipukul - pukul kuat.
" Kau tukar baju kau sekarang! Tukar sekarang!" Marah Puan Salbiah.
" Ala mama ni... Relaks la... Santai - santai..." Farhana menangkap tangan Puan Salbiah daripada mendarat ke kulitnya lagi.
" Assalamualaikum... Encik Nizmi, Puan Salbiah... Assalamualaikum." Terdengar suara orang memberi salam dari luar rumah.
" Yaa saya, waalaikumusalam... Haa, jemputlah masuk! Tukar baju kau, Hana!" Mencerlung Puan Salbiah pada Farhana yang hanya buat muka tak reti.
" Haa, masuklah..." Puan Salbiah menjemput lagi. Sopan saja dia mempelawa tetamunya itu bertamu di rumahnya.
" Lalalalala— Ehhh! Kita ada tetamulah!" Farhana panjat tangga dapur dengan riang gembiranya.
Kononnya dia happy sangatlah dapat memperbodohkan keluarga Har Azmeer namun senyuman lebar itu mati saat dia bertentangan mata dengan Tan Sri Hisham dan isterinya, Puan Sri Rubina berserta anak - anaknya.
Sempat dia mencari - cari susuk tubuh Har Azmeer tapi tidak pula ternampak di mata. Eh, agaknya bukan Har —Eh!
Berdiri tegak Har Azmeer di barisan paling belakang dengan senyuman herot.
Har Azmeer ni siapa?!!
" Err.. Kak Hana?" Hanani Azeera pandang Farhana atas bawah.
" Ohh... Hana baru lepas masak. Ehehe, kejap eh!" Malu, Farhana berlari naik semula ke atas. Dadanya berdegup kencang.
Tan Sri Hisham ada anak lelaki ke?!
❧
Farhana turun semula dengan berjubah hitam bermanik hitam yang dihadiahkan nenek sebelah emaknya sewaktu mengerjakan umrah di Tanah Suci. Tudung hitam di kepala dililit cantik. Serupa orang berkabung saja pakaiannya.
Iayalah! Berkabung kerana dia bakal mati di tangan bakal suaminya sendiri.
Farhana duduk di kerusi makan yang memuatkan hampir enam belas orang itu. Yang paling tak seronok, dia duduk pula bertentangan mata dengan Har Azmeer.
Saat dia tertangkap anak mata Har yang memerhatikannya dari atas bawah, dia mendengus kasar. Keningnya dicantum. Agak sudah boleh disulam keningnya jika ada yang menyua benang dan jarum.
" Tan Sri, jadi bila perkahwinan anak - anak kita nak dilangsungkan?" Soal Encik Nizmi yang sudah tidak sabar ingin melangsungkan perkahwinan atas nama perniagaan itu.
Perasaan Farhana yang menjadi korban perniagaan, langsung dia tak peduli. Perniagaannya harus juga dia selamatkan dahulu.
" Itu keputusan Har dan Farhana. Baik kita tanya mereka berdua."
" Lagi cepat lagi bagus." Kata Har tersenyum manis pada kedua - dua ibu bapa Farhana.
Farhana yang duduk dimeja, sudah membulat mata. Tak boleh jadi ni.
" Eh, betul! Betul! Bagus Har.. Kita cepat - cepatkan benda yang baikkan?" Sokong Puan Salbiah teruja.
Noah yang mendengar sudah menjeling tidak suka. Tapi dia masih diam tidak membantah, cuma matanya saja ditunakkan pada lelaki yang bakal menjadi suami kepada Farhana.
" Question!" Farhana mendiamkan Encik Nizmi yang sedang bercakap.
Masing - masing menumpukan pandangan mereka pada Farhana yang sedang tertunak bola matanya pada Har yang segak dengan baju kemeja kapas hitam.
" Boleh Hana tahu, siapa Har Azmeer uncle? Cause I never know you have a son." Farhana mengerling pada tangan Har yang sedang mengepal sudu garfu sebelum dia merenung dua bola mata kemarahan Har.
" He.... Is my second wife's son."
" So he's your son from another wife?" Entah kenapa soalan itu mendiamkan semua yang hadir di meja makan.
Tan Sri Hisham melingar mata pada semua yang memandang dia, lalu dia mendehem kecil, " No."
" Ohhh, I see... Welcome to the club Har. What a perfect match. Unrelated blood... I feel you. I, myself an unwanted doll in this family. It sucks... I know." Selamba Farhana sua gelas berkaki runcing pada Har yang bermuka ketat dihadapannya. Dibibirnya terlakar senyuman sinis.
" No offense. Carry on. What a wonderful dinner..." Perli Farhana pada semua orang yang menyantap makan malam itu. Hatinya puas. Puas sepuasnya.
Terketap rapat gigi geraham Har menjeling Farhana. Kalau tak kerana dia punya misi, sudah pasti wajah mulut Farhana sudah merah berbekas tangannya.
" Kurang ajar."
Jadi barulah Farhana tahu, Har Azmeer bukan anak dari benih Puan Sri Rubina. Patutlah air muka adik - adik perempuannya tak terlihat seperti Har Azmeer yang nampak lebih kebaratan.
Usai makan malam yang agak tegang itu, Farhana mendekati Har yang kelihatan seperti orang menahan amuk di sebelah pagar dekat taman Ala Bali rumah bunglo itu.
" Look like someone had to change his mind." Perli Farhana. Tidak punya sekelumit keinginan pun dihatinya mahu mempersuamikan Har Azmeer.
Di mata perempuan lain, mungkin lelaki dihadapannya kini nampak sempurna. Tapi Har Azmeer selamanya budak hingusan bagi dia. Lelaki yang dipahat kerana dendam itu tidak mampu menandingi jiwa seorang lelaki kental.
" Says who? Look like someone pushed me to play harder..." Jelingan mata Har Azmeer sedikit mengusik hati perempuan Farhana. Mata penuh kebencian itu membuatkan bulu tengkuknya naik merinding tegak.
" I'll make your beautiful face ruined with tears Hana... I promise."