Why didn't you tell me yang you dah balik? I boleh pick up you semalam. Siapa yang bawa you balik? You nak kahwin dengan siapa pulak kali ni? — Noah.
Pesanan ringkas yang dihantar Noah hanya dibaca sekilas tanpa dibalas. Soalan berbaur dominasi Noah itu sedikit menyerabutkan kepalanya.
Apa lagi dia nak? Cukuplah aku dah tolak cinta dia sewaktu zaman sekolah dulu... Masih nak kejar aku ke?
Walaupun mereka bukan sedarah, tetapi bagi Farhana, tak patut Noah menyimpan perasaan sayang yang melebihi sayang seorang adik padanya.
Baginya, Noah itu adalah abangnya. Seorang keluarga, bukan seorang lelaki bukan mahram. Ya, mungkin dalam Islam, apa yang dirasakan Noah itu tidak salah tapi bagi dia, itu sudah tidak terjangkau akalnya.
Dapur besar tidak berpenghuni itu dia pandang kosong. Entah apalah yang dia perlu sediakan untuk makan malam hari ini? Tetamu dari neraka pula tu.
Ish! Apalah kau ni? Tak baiklah cakap macam tu. Pangkah hatinya yang baharu saja mengenal erti husnuzon.
" Hana mau masak apa? Ibu mau nolong—." Tersembul wajah tua Ibu Kartini yang sudah hampir 20 tahun berkhidmat di rumah agam Encik Nizmi ini. Kalaulah ada cinta yang sesetia ini, dia pun mahu!
Hati Farhana sedikit lega saat Ibu Kartini memberitahu hasratnya untuk menolong. Tak adalah dia kelam kabut sangat.
" Hmm, apa kata kita buat masak lemak sotong puaka?" Farhana cuba menjual idea gilanya pada Ibu Kartini yang sudah mengaru kepala.
" Maksud mu apa ni Hana? Masak lemak Cumi puaka? Itu apa?" Mengerutu kepala Ibu Kartini mendengar resepi baru Farhana.
Farhana ketawa kecil lalu dia tergeleng melihat wajah lucu Ibu Kartini.
" Masak lemak sotong 100 biji cili api!" Farhana buka satu plastik cabai hijau dihadapan Ibu Kartini dengan kening terjungkit beberapa kali.
" Biar terbakar mulut dia orang macam naga keluar api. Huuuu~." Bibirnya dimuncung - muncungkan serupa naga yang menghembus api dari mulut. Kelucuan, Ibu Kartini ketawa.
Bahu Farhana dielus keras Ibu Kartini, elusan memberi amaran secara sayang, " Kok kamu hilang akal ya, Hana? Ngak sopan deh kamu buat begitu pada tetamu. Allah ngak suka."
" Alah, ibu ni main tuhan - tuhan pulak..." Muncung bibir Farhana. Dicampak malas ranting cili api ke dalam plastik putih.
Ibu Kartini tertawa kecil. Dia masak benar dengan perangai Farhana. Sekeras - keras hati Farhana, dia tahu anak gadis ini begitu lembut dan suci hatinya.
" Udah la ya? Tetamu itu kan bagaikan raja. Haruslah kita layani mereka dengan baik..."
" Raja? Haah... Macam Firaun!"
" Firaun?! Hahaha. Ada - ada yah kamu ini, Hana..." Ibu Kartini mula mengauk segenggam cili padi dalam tangannya lalu laju tangannya membuang ranting cili padi.
" Hana tak sukalah lelaki tu, bu..." Luah Farhana sedih.
" Yahh... Laki - laki yang mana?" Ibu Kartini masih belum berkesempatan untuk mengenali Har. Dia cuma tahu ada sebuah keluarga yang bakal datang hari ini untuk menjamu selera. Itu saja.
" Lelaki berlagak dia hero, tapi nerd! Tak ada hati langsung! Perangai dia jahat! Hati dia busuk! Dah boleh tanam dia hidup - hidup kot, bu!" Farhana membuat onar. Hanya kerana peristiwa semalam, dia sudah membuat spekulasi.
" Sampe gitu yah bencinya? Astaghfirullahal'adzim..." Ibu Kartini mengurut dadanya begitu juga Farhana yang segera beristghfar dan mengurut dada. Baru teringat, dia sudah menambah dosa.
" Hana kenal ngak sama dia?"
" Kenal..."
" Kalau gitu, ceritain dong sama ibu, dia itu gimana orangnya... Kok sampe benci begini." Dengan senang hati, Ibu Kartini meminjamkan telinganya.
Farhana mula menyandar punggung pada birai kabinet. Dia berfikir sejenak, siapa Har ya?
" Dia tu, orangnya pakai cermin mata besar - besar. Rambut kalau sikat, selalu belah tengah macam Sahrul Gunawan masa muda tu..." Farhana menjeling melihat Ibu Kartini yang ketawa mengangguk. Mesti dia fikir penampilan Har lucu.
" Pastu gigi pagar, alah yang besi - besi dekat gigi tu. Dengan baju kemeja kotak - kotak, seluar slack besar... Gitulah dia. Jeleknya ya ampun, bu!! Lalat pun fikir dua tiga kali nak dekat dengan dia."
Ibu Kartini mulai ketawa berdekah - dekah seraya menyambung, " Aduh, lucu orangnya! Hahaha. Terus gimana akhlaknya? Bagus?"
Farhana berfikir lagi. Har... Lelaki itu...
Diam yang lama itu membuatkan Ibu Kartini tersenyum nipis. Pasti kerungsingan wanita muda ini memikirkan hal perkahwinannya. Dia amat memahami jiwa Farhana tapi dia cumalah seorang pekerja. Tak mampu mencampuri urusan hidup wanita itu yang dipandu keluarga.
" Hana ini makin cantik ya bila bertudung..."
" Eee, sajalah tu dia nak tukar topik!" Farhana mencebir tapi tidak lama dia ketawa kecil. Berselang seli tawa dua wanita itu dari dapur menghiasi suasana sunyi rumah bunglo itu.
❧
Farhana membuang pandang ke luar tingkap biliknya bila dia terdengar dua buah kereta terparkir di hadapan rumahnya.
Hmm, besar - besar kereta, lepas tu kereta buruk semalam tu siapa punya? Bisik Farhana sebelum dia melompat dari katilnya.
Baju karikatur Garfield bertahi sawa itu disarung ke tubuh bersama seluar Ahjuhma yang dibelinya di pasar Deongdaemun, Korea Utara beberapa tahun lalu. Dia memuncung mulut sambil kepala terangguk. Hmm, confirm parents dia reject aku!
Misi memalukan diri sendiri di hadapan keluarga Har Azmeer dilancarkan — Farhana
Keluar saja, tercegat Noah dihadapan pintu bilik. Lelaki itu mula menolak tubuh Farhana masuk semula ke bilik.
" You! Siapa yang nak masuk meminang you ni?" Soal Noah mengelabah. Pelik pula perangai si Noah bila dia balik ke Malaysia.
" Eh, you kenapa pulak mengelabah tak tentu ni?" Soal Farhana yang sudah merengangkan jaraknya antara Noah.
" Kenapa you tanya? I dah tak dapat you masa sekolah, masa universiti, takkan sekarang pun I tak boleh dapat you lagi?"
Farhana mengeleng lalu dia pegang dahi Noah, " Tak demam. Sihat."
" Hana..."
Lengan yang ditarik Noah membuatkan tubuh Farhana jatuh di atas dada bidang Noah. Noah yang sudah hilang akal itu mula memeluk tubuh Farhana erat.
" Eh, Noah! You gila eh?" Soal Farhana kehairanan. Bukan dia tak biasa Noah memeluknya tapi kali ini terasa asing pula.
" Hmm, I gilakan you Hana..." Naif tapi bermuslihat. Farhana cuba meleraikan rangkulan Noah.
" Look! We are brothers and sisters! Nothing will ever happen between us. Okay? Clear? Now I need to get rid of that parasite from our house."
" Hana! You know I'll never give up right?!" Farhana yang mahu turun dari tangga itu hanya mengeluh saja pada Noah.
❧