Chereads / Mawar dan Latte / Chapter 2 - "Dia Cintakan Orang Lain"

Chapter 2 - "Dia Cintakan Orang Lain"

Keesokan harinya, Adam teragak-agak untuk memasuki Sweet Cafè. Setelah berfikir untuk beberapa saat, dia terus memasuki tempat tersebut. Suasananya tenang kerana kurang pelanggan yang ada.

Dia memandang ke arah kaunter dan terlihat seorang lelaki muda sedang mengambil pesanan pelanggan. "Secawan latte, please," Adam membuat pesanan dengan rasa gelisah. Lelaki tersebut mengangguk faham. "Adakah Lina datang hari ini?"

Pekerja itu tersentak buat seketika. "Apa hubungan kau dengan Lina?" Seperti yang diagak, dia menanyakan soalan tersebut.

"Kawan!" Adam terus berkata.

"Dia tak datang. Aku rasa mungkin sepanjang minggu ini dia absent," dia beritahu.

Adam mula berasa risau. Namun begitu, dia masih sempat untuk menikmati latte panas yang dipesannya.

---

'Di manakah dia berada sekarang?' Adam bertanya kepada dirinya. Dia telah pergi ke merata-rata tempat, tetapi masih tidak nampak kelibat gadis tersebut. Setelah hampir sejam mencarinya, dia membuat keputusan untuk berehat sebentar di Lake Garden.

Sambil berjalan-jalan di sekitar taman tersebut, dia masih cuba untuk mencari Lina. Dia mula berasa haus, lalu dia membeli air oren bungkus di sebuah van yang menjual pelbagai makanan dan minuman.

"Oh! Tolong bungkuskan lima keropok lekor sekali ya, mak cik." Dia menyerahkan sekeping RM1 kepada penjual tua itu, dan duduk di bangku yang berhampiran.

Tanpa disedari, seorang gadis datang berhampiran dan bertanya, "Maafkan saya, tetapi adakah ada sesiapa yang duduk di sebelah awak?" Adam menggeleng kepala dan membenarkan dia duduk di situ. Dia berasa terkejut apabila mendapat tahu bahawa gadis tersebut merupakan Lina.

Mata Lina merah dan dia kelihatan sangat penat. "Awak okay, tak?" Adam tanya dengan risau.

"Saya okay, rasanya," dia membalas dengan pendek. Lina menguntumkan sebuah senyuman kecil supaya lelaki tersebut tidak berasa risau. Namun, senyumannya terus terpudar apabila dia perasan bahawa lelaki tersebut tidak mempercayainya. "Kekasih aku break up dengan aku semalam. Dia cakap yang dia cintakan orang lain."

Adam sedar yang gadis tersebut mula untuk bercakap dengan cara yang lebih kasual dengannya, dan dia berasa teruja. Riak wajahnya mempamirkan simpati, lalu dia terus menghalakan bungkusan keropok lekor kepada Lina untuk berkongsi. Gadis tersebut menolak. "I'm sorry to hear that," dia berkata dalam Bahasa Inggeris.

"Tak apa. Perkara dah lepas, bukan boleh ulang pun."