Chereads / Mawar dan Latte / Chapter 3 - Hati Berbicara

Chapter 3 - Hati Berbicara

Mereka terus menjadi kawan rapat setelah peristiwa tersebut. Setiap tengahari, Adam akan pergi ke Sweet Café untuk menikmati secawan latte yang dibuat khas oleh Lina. Dia sendiri yang ingin melakukan sedemikian, walau jejaka tersebut tidak menyuruhnya.

Hampir kesemua rakan mereka tahu yang Adam menyukai gadis itu, tetapi Lina tidak pernah perasan. Dia menganggap lelaki itu hanya sekadar kawan baik dan tidak pernah terfikirkannya sebagai lebih daripada itu.

"Weh, kau anggap Adam sebagai apa?" Mia bertanya dengan tiba-tiba.

Lina memandang kawannya dengan pelik. "Mestilah kawan. Dia tu layan aku dengan baik. Dia selalu bagi aku bunga. Rumah aku pun macam dah ada taman bunga sekarang," dia ketawa kecil.

Mia mengeluh apabila melihat perangai gadis itu yang sama sampai sekarang. "Kau ni.."

---

Sebulan kemudian.

Lina bekerja seperti biasa. Pelanggan tidaklah terlampau ramai pada hari itu, jadi dia hanya berehat sahaja kerana tiada kerja yang perlu dibuat. Dia terlihat Adam memasuki kedainya, lalu dia terus bangun dan menyapanya.

Muka Adam bertukar merah apabila dia datang terlampau dekat. Lina segera meminta maaf dan berundur. "Latte, macam biasa." Dia melemparkan sekuntum senyuman manis.

"Baiklah." Lina terus menyediakan pesanannya dan memberikan secawan latte kepada. Apabila dia mahu pergi, Adam memberikan secebis kertas kepadanya.

Walaupun agak keliru dengan kelakuan anehnya, dia tetap mengambil kertas itu dan membaca perkara yang tertulis di atasnya. Setelah membaca, dia menjadi tersipu-sipu dan terus memandang Adam yang tersengih.

'Sudi tak awak jadi girlfriend saya? ;)'