Lina tidak terus memberi jawapannya. Dia perlukan lebih banyak masa untuk berfikir tentangnya. Dengan malu, dia menulis sesuatu dan memberikannya kepada Adam.
'Berikan aku masa untuk fikir'
Dia terus pergi ke ruang dapur kerana dia tidak mahu Adam untuk melihat mukanya yang merah bak tomato. Setelah beberapa minit, dia bertanya kepada Mia yang baru sahaja masuk ke ruang tersebut. "Dia dah balik ke belum?"
Dengan spontan, Mia terus membalas. "Dah."
---
Keesokan harinya, Lina menunggu untuk Adam datang. Dia melihat jam tangannya dan sedar bahawa sekarang sudah pukul 2 petang, tetapi dia masih tidak dapat melihat kelibat jejaka berambut hitam itu.
Dia mula berasa risau. 'Kenapa dia tak datang lagi ni? Dia ingat aku tolak dia ke?' Hatinya mula berkata-kata. "Mia, aku nak keluar sekejap. Lepas ini aku datang balik."
"Okay. Jangan lama sangat tau!"
Lina memasuki Dhia's Flowers dengan senyap. Dia terlihat Adam yang duduk di atas kaunter dengan muka yang masam. Dengan cepat, dia terus mengambil sekuntum bunga ros dan memberikannya kepada Adam.
"Sekarang boleh tak awak jadi boyfriend saya?"