Chereads / NAGA PUSAR / Chapter 722 - Ke Mana?

Chapter 722 - Ke Mana?

"Walau bagaimanapun…" Olivier berkata begitu kecewa, "Walaupun saya telah membunuh mereka semua, mereka terlalu ramai. Saya perlu melindungi Deia dan Leya, dua anak saya pada masa yang sama. Saya hanya mampu menghalang dua daripada tiga orang dan bukannya semua sekali! Jelaslah, orang yang bernama Bonin itu memberi arahan supaya membunuh saya dan dua anak saya! Dalam pertempuran ini, Leya mati! Kuasa saya hanya cukup untuk membolehkan saya melindungi Deia."

Linley mengeluh dalam hatinya.

Walaupun kuasanya meningkat dengan mendadak, Olivier bersendirian dan dia menggalas dua tanggungjawab di atas bahunya! Tambahan pula, musuhnya terdiri daripada sekumpulan Dewa Tertinggi. Sebaik sahaja mereka melancarkan serangan secara besar-besaran… Olivier mampu melindungi seorang anaknya sudah agak menakjubkan.

"Olivier, kamu mempunyai masa selama sebulan. Mengapa kamu tidak meninggalkan anak-anak kamu di dalam kota?" Linley spontan bertanya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS