Clayde bersorak di dalam hatinya sebaik sahaja mendengar 'bakat yang tersia-sia'.
Dia sudah tahu pilihan Maharaja Suci.
"Kamu boleh pergi." Heidens berkata tenang sambil mengisyaratkan tangannya.
"Baik, Yang Maha Mulia." Clayde menunduk hormat, berpaling lalu meninggalkan tingkat atas Kuil Cahaya. Hanya Maharaja Suci yang tinggal dalam dewan itu. Heidens berjalan ke arah tingkap sambil memerhatikan Kota Fenlai, lama dia terdiam.
Setelah sekian lama….
*Tokk!* *Tokk!* *Tokk!* Bunyi ketukan pintu kedengaran.
"Masuk." Heidens berkata tenang.
Orang yang masuk ke dalam dewan itu adalah Kardinal Guillermo. Guillermo melirik ke arah belakang Heidens. Dia dapat mengesan angin Heidens tidak begitu baik. Dengan penuh hormat, dia berkata dengan suara yang rendah, "Yang Maha Mulia, bagaimana kita ingin memujuk Linley?"
"Memujuk? Tak perlu," jawab Heidens dengan tenang.