Kata-kata Shi Feng menyebabkan satu lagi kekecohan di dalam bilik.
Tidak seorang pun daripada wakil sangka itu niatnya dari awal. Pengumuman mengejut ini betul-betulk memeranjatkan mereka.
Ramai wakil syarikat yang pada mulanya duduk berhampiran antara satu sama lain, terus melilau mata memandang orang di sebelah mereka. Wajah berwaspada muncul di wajah mereka. Pada masa yang sama, mereka menghubungi pengarah-pengarah syarikat masing-masing dalam diam, berharap menerima maklum balas dengan segera.
Tiada siapa dalam bilik ini seorang bodoh. Mereka tahu apa yang sedang dipertaruhkan di sini.
Nilai sebuah pekan dilengkapi Menara Magik secara praktikalnya dapat menyaingi lapan pekan yang dimiliki pemain. Walaupun seseorang itu berjaya merampas banyak pekan, pelaburan yang diperlukan untuk memajukan pekan-pekan ini bukan sesuatu yang Persatuan besar biasa mampu tanggung.