Shi Feng kembali ke Kediaman Persatuan Sayap Sifar di Bandar Sungai Putih selepas tinggalkan Ujian oleh Dewa.
Pada asalnya Shi Feng berniat untuk melawat lagi Countess Katie Green. Tetapi Shi Feng membuat keputusan untuk tidak melakukannya selepas teringat semula apa yang mampu dilakukan oleh Countess. Dia tidak mempunyai masa dan tenaga untuk mengambil risiko dihantar sekali lagi ke Ujian oleh Dewa. Lagipun Countess tidak akan mempunyai sebab untuk melarikan diri jika tidak menjangka Shi Feng kembali.
Tambah lagi kedua-dua Air Hitam dan Pengebumian Syurga telah mengisytiharkan perang terhadap Sayap Sifar. Shi Feng perlu menyelesaikan masalah ini dengan secepat yang boleh.