Kereta kuda mula bergerak di jalan Bandar Sungai Putih.
Shi Feng dapat merasakan perubahan yang berlaku di seluruh bandar ketika dia menaiki kereta kuda dengan penuh selesa.
Semakin banyak kereta kuda yang bergerak di jalan. Tambah lagi terdapat pelbagai jenis kereta kuda yang ada pada masa ini.
Kawasan Dewa akan berevolusi dengan masa yang berlalu. Perkara yang sama juga berlaku kepada bandar NPC. Tiada apa yang kekal sama buat selama-lamanya.
Pemain biasa mungkin tidak berfikir banyak dengan angka atau pelbagai jenis kereta kuda yang ada tetapi Shi Feng yang telah bermain Kawasan Dewa lebih dari sedekad tahu perubahan ini memberikan maksud kemakmuran oleh sesuatu bandar.
Macam mana seseorang itu ingin menentukan betapa makmurnya sesuatu bandar?
Kriteria paling asas ialah kereta kuda di bandar. Ia sama seperti kereta di bandar dunia sebenar.